Tuesday, July 4, 2017

Monolog Hari Tua

Bismillahirrahmanirrahim.


"Puan, hidup puan belum cukup tragis jika dibanding manusia lain. 
Puan hanya menakutkan diri dengan masa lalu yang penuh penyesalan 
dan masa hadapan yang tidak pernah pasti. 

Puan banyak berfikir perkara yang tidak perlu, sedangkan yang 
paling penting untuk Puan fikirkan sekarang ini adalah tentang kebahagiaan 
Puan sendiri. Sama ada keinginan bahagia di dunia ini,
atau diakhirat nanti.

Puan cukup bertuah memiliki segala-galanya yang tidak orang lain miliki.
Seorang suami yang bertanggungjawab - 
tidak pernah sekali melupakan kepentingan anak isteri.
Seorang anak pun sudah membahagiakan, apatah lagi dua, atau tiga atau empat
jika telah tertulis rezekinya Tuhan disitu.

Puan perlu menepis segala anasir negatif dalam kepala Puan 
supaya Puan akan lebih merasa syukur akan nikmat Tuhan ini.
Kerana tidak semua orang memiliki apa yang Puan miliki.

Mungkin Puan memerlukan semangat baru untuk menuliskan semula 
visi dan misi hidup Puan yang terkadang terasa kosong ini - walhal
insan lain melihat sebaliknya. 
Walaupun sebenarnya Puan tidak perlu pun memandang berat pandangan 
manusia lain itu - tapi ambillah ibrah kehadiran insan lain
dalm hidup Puan. 

Akhir, puan fikirlah dari mata hati. 
Sesunggunhnya pengalaman Puan yang banyak sewaktu muda itu,
wajarlah jadi panduan agar Puan sentiasa
termotivasi untuk menjadi lebih baik.

Saya mendoakan kehidupan Puan dilimpahi keberkatan Tuhan, kecintaan tidak putus 
dari insan-insan sekeliling dan ketenangan
menjalani kehidupan tanpa gusar akan kehilangan
demi kehilangan yang pasti akan berlaku disepanjang 
riwayat hidup ini.

Sesungguhnya Puan hanyalah manusia.
Maka Tuhan juga yang akan menentukan semuanya."



Thursday, June 1, 2017

Ramadhan 2017

Bismillahirrahmanirrahim.


Walaupun sebenarnya video ini tiada kaitan dengan Ramadhan,
Tetapi Muhammad Morsi merupakan antara faktor terbesar yang menyumbang kepada 
ketenangan dan ketidaktenangan Ramadhan. 

Anak kecil ini, mulai 1 Ramadhan sudah mula menunjukkan taringnya tersendiri.
Biasalah, umur menjejak dua tahun.
Akal sudah panjang.
Begitu begini, akhirnya Ummi Ayah jugalah yang harus banyak bersabar 
atas setiap cabaran dan ujian membesarkan.

Apapun, kepada Allah sajalah kami berserah.

Sahur, berbuka, tarawih, tadarus - sesederhana yang mungkin.
Semampunya Ummi Morsi mengerjakan.

Mudahkan agar tiada tekanan.

Salam Ramadhan 1438H! 
Moga Allah menerima amalan-amalan kita.

Ameen!

Monday, May 22, 2017

Anakanda 1.0

Bismillahirrahmanirrahim.


Untuk anakanda Morsi yang dicintai sepenuh hati.
Selamat ulangtahun kelahiran kedua.

Moga Allah mengurniakan kebaikan-kebaikan sepanjang jalan hidup Muhammad Morsi.
Moga Allah mengurniakan keimanan yang benar, kebesaran jiwa, keteguhan hati, kepetahan bicara,
kesolehan amal budi buat anakanda.

Dan semoga anakanda sentiasa mencintai Allah lebih dari selainnya.

Maafkan Ummi jika Ummi masih belum mampu menjadi yang terbaik sepanjang dua tahun ini.

Moga Allah terus menerus mencintai kita.



Thursday, May 4, 2017

Keabdian kepada Tuhan, Pembaktian kepada Manusia.

Bismillahirrahmanirrahim.


Diriwayatkan bahawa Ibnu Umar r.a berkata: 
“Aku bertanya kepada Nabi Muhammad SAW : “Apakah amal perbuatan yang dikasihi oleh Allah? Lalu Baginda bersabda: “Solat pada waktunya”. Kemudian apa lagi? Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua ibubapa”. Aku bertanya lagi: “Kemudian apa lagi?” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah”.

Tuesday, April 25, 2017

#hiduppenuhsyarat

Bismillahirrahmanirrahim.


Kau tahu, antara perkara-perkara yang boleh menatangkan tekanan adalah ;-
Banyaknya syarat yang kau letak terhadap hidup orang lain.

Contohnya, 
Kau kena cantik,
Kau kena kaya,
Kau kena pakai kereta besar,
Kau kena buat macamtu,
Kau kena buat macamni..
Kena begitu,
Kena begini..

Kalau sekadar cadangan,
bolehlah ditepis-tepis bak menepis rambut.
Dengan ayat "lantak kau lah~"

Tapi kalau datangnya macam arahan,
Mungkin kena tanya balik,
"Apa kata kau buat sendiri?"

Apa manusia ini memang akan terpagar kehendak dan 
kemahuannya sendiri apabila dia menjadi orang bawah?

Why now?
Why?

Tuesday, April 11, 2017

Manusia dan Ketamakan

Bismillahirrahmanirrahim.


Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian
kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain.
(Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan,
dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan,
dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. 
(Surah An-Nisa Ayat 32)

Kadang masalah kita bukan kerana kita tidak tahu,
tapi kita tidak sedar diri.

Terikut nafsu.
Terkalah dengan kehendak.
Biarpun keperluan telah Allah cukupkan.

Kerana kehendaklah manusia menjadi tamak.
Hendakkan harta.
Hendakkan rupa.
Hendakkan dunia.
Hendakkan cinta.
Hendakkan rasa.
Hendakkan nama.
Hendakkan kuasa.

Tamak hingga terlupa milik siapa semua didunia.
Tamak hingga tekabur mata antara yang betul dan tidak.

Bermohon maaf dan istirghfarlah... 
Agar Tuhan luruskan hati dan jalan.

Wednesday, April 5, 2017

Worst.

Bismillahirrahmanirrahim.


"You're wrong... you're wrong....you're wrong....!"

.
.
.
.

And...


This is how i feel deep inside.


Worst.




May Allah forgive me.

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...