Bismillahirrahmanirrahim.
Untuk kehamilan kali kedua ini -
berdebar-debar sungguh Ummi.
Waktu Morsi dulu sempat merasa sampai minggu ke 30 saja.
Kiranya ini adalah pengalaman pertama melalui trimester ketiga.
Boleh tahan juga cabaran minggu ke 30 dan ke atas ni.
Malas nak cerita la bab cramp, leguh, sakit pinggang, allergies, mengah, cepat penat semua tu.
Bila baca di internet bahawa semuanya normal, maka tak perlu risau banyak.
Tabah saja menghadapinya dengan jiwa kental.
Gigih la ibu-ibu yang mengandung berkali-kali & full term.
Dengan kuasa Allah dikuatkan ibu-ibu ini.
#salute!
Projek checklist Ummi belum selesai lagi.
Alhamdulillah, barang adik baby hampir sempurna.
Cuma persediaan Ummi untuk berpantang je masih huru-hara.
Bila plan pantang sendiri ni, semua benda kena fikir sendiri.
Nak kena sesuaikan dengan keadaan sendiri.
(Bersedia awal sebab takut adik baby keluar awal..haha)
Tapi setakat ini Alhamdulillah.
Adik baby sihat dan aktif bagai juara.
Moga kekal begitu hingga waktu yang Allah telah takdirkan adik baby melihat dunia.
InsyaAllah.




