Showing posts with label Cereka. Show all posts
Showing posts with label Cereka. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

Kenapa?


"Kenapa setelah usaha kita yang macam-macam, masih juga tidak meyelesaikan masalah?" 
*Diam. Fikir.* 
"Mungkin sebab niat kita tak betul?" 
"Hmm..mungkin.." 
"Atau mungkin, kalau Allah bagi, belum tentu itu yang terbaik. Kan?" 
"Ya juga.." 
"Dan mungkin juga sebab usaha kita tak cukup banyak?" 
*diam* 
"Ha, mungkin sebab Dia nak kita mintak dan merayu pada Dia kan? Mustahil la Dia tak bagi.
Cuma cepat dan lambat je kan?"

Konklusi : Menjawab persoalan dengan persoalan memang best. Ahaks!

Sunday, February 12, 2012

*Cari tanah*

Bismillahirrahmanirrahim.

"Kakak mau 'cari tanah' di Sabah."
"Isk, susah itu Kakak."
"Kenapa?"
"Susah mau diuruskan nanti tu bha."
"Alah, apa salahnya. Jarak je kan."
"Iya lah, tapi kan nanti susah mau selalu ke sana, ke mari lagi."
"Untuk dakwah, ndak apa-apa bha.."
"Hmm...Tinggi itu Kakak..."
*senyum*

Wednesday, March 30, 2011

Tugasan.

Bismillah.


Minggu ini, Cikgu Ritini beri tugasan untuk menulis surat kepada sahabat. Sama ada menulis mengenai pengalaman kesukarelawanan, kisah tokoh atau apa-apa sahaja.

Pada mulanya saya ingin menulis surat untuk orang 'itu'. Tetapi memandangkan hubungan dengan orang 'itu' yang masih kurang stabil, saya lupakan sahaja. Lagi pula belum tentu orang 'itu' ingin membacanya.

Apapun, sedikit pesanan untuk orang 'itu', saya sentiasa berdoa agar Allah memberi kekuatan untuk saya berusaha menyelesaikan segalanya. Dan kerana saya sedar doa sahaja tidak cukup, mungkin masa akan membantu usaha saya nanti. InsyaAllah.

Berbalik kepada tugasan tadi, ini adalah surat yang saya tuliskan untuk seorang sahabat:

"Bismillah. Assalamualikum w.b.t. Apa khabarmu di sana? Aku disini sihat seperti selalu. Cuma terlebih makan tempe sahaja. Kegemaran kita waktu kecil-kecil dulu. Pasti kau sedang merindui aku kan? Iya, aku faham. Tapi aku merasa pelik kerana aku tidak pula merindui kau. Kenapa ya? Mungkin kerana terlalu sibuk perihal tugasan-tugasan di pejabat. Di tambah lagi perlu menulis surat ini kepadamu pula. Maaf, aku bukan merungut, hanya meluah rasa. Kan fungsi sahabat itu untuk mendengar? Jadi, kau baca saja apa yang aku tulis ini. Kalau tak faham boleh tanya.

Berbalik kepada tugasan asal, aku cuma ingin menceritakan kepada kau prihal kerja aku di pejabat. Aku akan cuba bercerita sehabis baik agar kau tidak bosan. Percayalah.

Pertamanya, aku bekerja di Gombak. Alamat pejabat aku di Kampung Tengah. Kalau kau mahu ziarah pejabat aku, kau naik sahaja teksi dari Stesyen LRT Taman Melati dan katakan kau mahu ke simpang tiga, Gombak. Pak Cik teksi itu pasti akan hantarkan kau berdekatan dengan pejabat aku. Sekali lagi, percayalah.

Keduanya, aku bekerja sebagai Setiausaha Kerja bagi Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Sebuah NGO yang kepimpinanya dibarisi oleh golongan pelajar. Boleh kau bayangkan? Kalau tidak, sila beritahu. Seterusnya PKPIM ini sudah pun berusia 50 tahun. Separuh dari umur kita. Aku harap kau tidak terkejut.

Ketiganya, selain bertugas sebagai Setiausaha Kerja, aku juga adalah salah seorang exconya. Berjawatan Penolong Setiausaha 2 tidaklah membuatkan aku bangga melainkan takut. Takut andai tugasan yang banyak tidak mampu aku jalankan sebaiknya. Manakan tidak, kegagalan melaksanakan amanah bukan sahaja di tanya orang di dunia, pasti diakhirat nanti Allah juga akan bertanya. Kerna itu juga aku mengharapkan setulus doa kau untukku disini.

Keempat, selain membuat kerja-kerja pejabat, aku juga di dedahkan dengan pengalaman yang lebih luas antaranya menganjurkan program-program kemasyarakatan, siri latihan, usrah dan sebagainya. Aku juga terlibat dengan kerja-kerja kesukarelawan di peringkat antarabangsa melalui perkenalanku dengan Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD). Waktu kau membaca ini pasti mata kau jadi bulat kerana tidak percaya, kan? Percayalah, aku ini temanmu yang sama-sama main guli waktu kecil-kecil dulu. Sekarang sudah tidak sempat bermain guli kerana sudah sibuk bekerja.

Kelima, aku sangat bersyukur berada disini. Memang aku pernah pulang ke kampung tempoh hari selama sebulan dan menjalani hidup sebagai peniaga kuih sewaktu Ramadhan. Kau sendiri sudah ketemu aku kan waktu solat terawikh di surau hari itu Jangan kau tidak mengaku kerana waktu itu sahaja aku bertemu kau. Baiklah, aku teruskan cerita. Di sini walaupun di pandang kehidupanku ini susah, gaji tak banyak, harta tak ada, tapi aku tenang dan puas hati. Tenang kerana di kanan dan kiri ramai orang yang bisa menyokong kehidupanku ini. Maksud aku, di medan ini. Bukan Medan di Indonesia itu, tetapi medan yang ku panggil jalan perjuangan ini. InsyaAllah.

Maaf sudah bikin kau ngantuk. Jadi aku terpaksa hentikan penulisanku ini agar kau dapat berehat dan tidur nyenyak. Semoga kau faham isi surat aku ini kerana seperti yang aku sudah sebutkan tadi, aku menulis surat ini kerana di suruh oleh Cikgu Ritini. Kau tak kenal? Tak apa, nanti aku kenalkan pada kau cikgu aku yang manis ini.

Akhir kata, semoga kau dapat tidur nyenyak malam ini. Selamat malam.

Wallahu'alam.

Friday, February 18, 2011

Long time ago~~~

'kasut sakti ini...sampai bila-bila pun ia masih sakti...'

Bismillah.

Saya datang pada dia dalam keadaan separuh kusut minda & jiwa. Tidak boleh berfikir rasional seperti selalu. Haha.MySpace Pandai saya berlakon cool time tu.. Padahal dia tahu jiwa saya kusut masai~

Dan dengan direct tanpa basi-basi.. Saya sergah dia dengan masalah saya... Kegusaran saya.. Bertalu-talu.. *diam* Akhir..dia buka mulut. "Aku dah faham cerita kau." dan bertanya. "Kau tahu apa hukum membuka pintu-pintu ikhtilat?" *diam* *tunduk* "Berdosa." Sambungnya. "Kau tahu kan hukum percampuran antara lelaki & perempuan tanpa sebab yang mengharuskan percampuran tersebut?" "Kau pasti sudah hadam ilmu-ilmu muamalah. Muamalah yang perlu dan tidak kan?" "Dan kau yang aku kenal dulu semmangnya orang paling tegas perihal pergaulan lelaki & perempuan." Jawapan dengan cara persoalan diajukan tanpa henti. "Pelajar universiti Islam, masakan begini? Ah, soal universiti pula disentuh. "Baiklah. Aku faham." Menjawab lemah.

Diusapnya bahu saya.. "Kau tahu kenapa kau tak tenang?" *diam* "Sebab Allah tak Redha dengan cara aku bersahabat...." *bisik hati*

 "Jom makan!" Tukar topik... Wallahu'alam...

Wednesday, October 13, 2010

Aneh~

Bismillah.
Hidup terkadang benar aneh.
Ada perkara besar terpandang kecil,
Ada perkara kecil terpandang besar.
[mode:sila basuh pinggan selepas makan]

Banyak perkara bercampur.
Antara desak tanggungjawab,
Susun atur keperluan & kehendak,
Penuhi hidup insan lain.

Terkeluar kadang segala rasa,
Geram, sakit, penat,sedih,
Diam, sunyi, rindu, sayu.
Puas hati juga yang penting.
Hidup, tanpa rasa yang bercampur,
Umpama tiada warna luhur.
Indah saja sebenarnya.

Perjuangan.
Takkan aku jadikan sesuatu yang konon-konon.
Itu nafas aku.
Nyawa aku.
Degup jantung aku.

Engkau sahabat.
Ada ruang percaya.
Dan ada ruang khianat,
Yang tak terpandang dek mata.
Keduanya, kan alat menguji iman kita.
Aku terima dua-dua.

[edited]
Politik kerja kau.
Bukan kau saja yang tahu.
Aku juga tahu.
Kerna aku ada politik aku sendiri juga.
Kau saja yang tak tahu.
Haha.

Teman.
Hilang sebentar,
Bukan kiraan masa.
Tapi kiraan jiwa.

Kau yang lihat jiwa aku dalam-dalam.
Tak apa kalau tak ada sekarang.
Aku tunggu saja.
Bukan salah kau.
Dan bukan tidak usaha aku.
Tapi kuasa DIA.

Ngomel-ngomel,
Seronok juga.
Ada indah yang tidak terfaham mereka.
Ada hitam yang tidak ternampakkan semua.
Mujur..

Dan aku..
Masih juga terus hidup.
Atas Kasih Cinta DIA..
Alhamdulillah.


::Alhamdulillah..

Tuesday, June 29, 2010

Janji.


Bismillah.
Saya sedang mencuba.
Melatari hidup saya dengan kejujuran.
Sedaya upaya.
Jika tidak berani di hadapan orang pun,
Biarlah dengan diri sendiri.

Kerana itu kadang-kadang saya lari.
Kerana takut menipu diri.
Dan orang lain.

Dalam hidup,
tak pernah rasanya saya berjanji.
Akan sehidup semati,
dengan siapa-siapa.

Kerana saya pasti,
Pertemuan dan perpisahan itu akan terjadi,
Jika bukan semasa hidup, pasti bila mati nanti.
Dan saya tidak mahu bersedih jika berpisah.
[Mungkin saya akan sedih, tapi kerana rindu.]
Kerana saya yakin, Allah ada menjaga sahabat-sahabat saya.
Saya yakin Allah telah aturkan yang terbaik di atas perpisahan kami.

Dan jika saya punca perpisahan, saya harap ia atas tujuan kebaikan.
Setakat ini, saya yakin itulah yang terbaik.
Walau bukan di mata mereka, tapi InsyaAllah, nanti-nanti pasti mereka faham.
Saya tidak mahu ungkit siapa salah dan betul.
Saya hanya mahu masa untuk Allah tunjukkan jalan-Nya satu hari nanti.

Saya janji takkan menangis lagi bila berpisah.
Kerana kita berpisah kerana Allah.
Bukan kerana kehendak diri.

Jika kehendak diri.
Sahabat saya tidak akan saya lepaskan.
Walau sekali.

Jika kerana Allah,
Perjuangan adalah tunjangnya.
Jika sahabat saya pergi berjuang,
Sayalah manusia yang paling gembira.
Dan saya akan cemburu.

Sahabat saya pergi berjuang.
Saya mahu temani dia.

Tapi jika tidak.
Jika bukan kerana perjuangan.
Jika hanya kerana kehendak peribadi.
Persahabatan pasti akan tawar.

Umpama kopi tanpa gula.
Gulai tanpa garam.
Di jamah sedikit dan di diamkan.

Saya juga tidak mahu besahabat kerana kenangan.
Kenangan adalah sejarah.
Yang tak mampu di ubah.

Biarlah bersahabat kerana keimanan.
Seperti para sahabat.

Jika saya tidak mampu jadi sahabat yang mengajak untuk menambah iman.
Saya takkan sanggup jadi sahabat yang meruntuhkan.
Kerana itu ada sahabat yang saya tinggalkan.
Maaf andai saya pernah punya dosa itu.

Saya tenang tapi tidak gembira dan takkan berpura-pura gembira.
Tidak gembira kerana ada yang tidak gembira kerana saya.
Kerana saya belum bertemu jawapannya,
dan belum mampu berikan jawapan kepada mereka.
InsyaAllah. Jika sudah, akan saya kongsikan bersama.
Saya cuma mampu doakan ketenangan mereka.






:: Maafkan saya sahabat. Tak mampu penuhi hati kamu lagi.

Saturday, June 26, 2010

t.a.n.g.i.s


Bismillah.

Kalau boleh dia mahu menangis kuat-kuat.
Luahkan segala yang terbuku dalam hati.
Tukar jadi air mata.

Dan mulakan hidup baru.

Walau tak semudah itu.

Tapi ia tak mahu keluar.
Walau dipaksa-paksa.

Entah di campur apa hatinya keras macam batu.
Tapi mudah pecah macam kaca.

Pelik.

Manusiakah dia?


Bukan dia tak tahu ramainya yang sayangkannya.

Tapi entah kenapa sayang mereka jadi beban dalam jiwa.

Bukan dia tak tahu berapa ramai yang bertanya.
Malah sudah malas mahu dengarkan semua.

Andai di jawab juga tidak akan terjawab.

Untuk apa?

Buat dia makin sakit saja.


Nanti-nantilah.

Hidupnya belum pulih dari pengkhianatan.

Dia cuma mahu lari sebentar.
Entah kenapa dunia seakan tidak membenarkan.

Tolonglah.
Untuk sekali ini.
Jika benar cinta & sayang.

Biarkan dia sendiri...

Jeruk, dek kerana lamanya ia di dalam cuka.
Sangat sukarlah untuk dibuang rasa masamnya.

Mungkin harus di rendam dalam air gula.




:: Tapi sampai bila?

Thursday, June 24, 2010

a.K.u bukan sahabatmu~

Bismillah.
Usai membaca ini.
Sumber: Di Sini.


Manusia kadangkala bersengketa. Dan kadangkala kita tidak sabar dengan sahabat kita. Namun kita terlupa, kesabaran kita ke atasnya adalah satu tanggungjawab sebenarnya. Jika kita faham bahawa hubungan kita terbina kerana-Nya.

Satu puisi saya reka untuk menghiburkan jiwa-jiwa yang katanya terluka dengan sahabatnya.

Agar kalian kembali berpimpinan tangan.

Menghubungkan semula talian persahabatan dengan keimanan.



Aku bukan sahabatmu

Aku berjanji pada tuhanku
takkan melepaskan dirimu
walau terbakar hangus jiwaku
diperlakukan sikap burukmu

takkanku berpaling
dalam menarikmu dari tersepit asing
walau aku bukan sahabatmu
tetapi dikau sahabatku

tidakku pinta balasan
hanya kucari keredhaan
tiada kusanggup melepaskan
sahabat di neraka kepanasan

aku belum tentu penghuni syurga
tetapi aku ingin ke sana
maka bencimu bukan hentian langkahan
aku akan bersabar hingga kematian

takkan kulepaskanmu
takkan kutinggalkanmu
walau aku bukan sahabatmu
tetap kau sahabatku.

~angkasa
5.43am
4 Mac 2010
Azan Maghrib
Menjejak Mu’tah
Puisi Aku bukan Sahabatmu

:: Puisi ini untuk a.K.u kah?

Thursday, June 10, 2010

[Alkisah~]

Bismillah.


Tulis~

Semenjak seminggu dua ni,

a.K.u semakin malas mahu menulis.

Hati senang barangkali~

Huhu.

Saat ini.

a.K.u Cuma berharap.

Jiwa masih besar untuk hidup.

Terima kasih untuk mereka yang menyokong.

Benar sekali kata [adik ini]

Setiap orang perlukan sokongan.

Kan?


Dan ya, motivasi terbaik a.K.u..

Pasti DIA.

Alhamdulillah.

[Bantu a.K.u Ya Allah.. T_T]


Untuk manusia sekeliling.

Mari syukur.

DIA beri akal.

Walaupun selalu kita tak guna.

Tapi DIA beri juga.

Alhamdulillah.

Kerana dengan akal.

Terbukti bahawa kita ini manusia.

Wallahu’alam.


*******************************


Mujahadah~


a.K.u sedang bertarung mujahadah dengan sesuatu.

Bukan mudah melepas dunia dari hati.

Fuh~


Dan yang a.K.u perlukan.

Selain TAKUT dan HARAP pada DIA.

Adalah seorang solehah.

Yang a.K.u yakini keperibadianya.

Dan a.K.u yakin dia ada bersama dalam hati a.K.u.

Biarpun kami jauh.

Dan hari lahirnya menjelag 12 jun ini.

Sanah Helwah ya ukhti!

Bahagia kau, bahagia a.K.u juga.

InsyaAllah.

[Bantu pertarungan mujahadah a.K.u ya sahabat]


Dan dia nukilkan:

“Hadarat Ibn Abbas r.a: Jagalah Allah, Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, engkau akan dapati Allah sentiasa di hadapanmu. Apabila kamu minta, mintalah daripada Allah. Apabila kamu mohon pertolongan, mohonlah pertolongan hanya daripada-Nya.”


Wallahu’alam.


****************************

Hari Lahir.



Semalam hari lahir dia ini.

Si Hepah yang sengal~

Selamat hari tua ya!

Maaf tiada hadiah.

Mujur tak berjanji. Huhu.


Alkisah, mahu di ceritakan.

Kali pertama bertemu dia.

Training of Fasilitator.

Semenyih. [kot]

Ditegur sahabat:

“Itu adik Abang S*****”

a.K.u jawab: ‘owh. ok’.

Sambil berlalu pergi.


Beberapa lama selepas program.

Di beritahu sahabat lagi.

“Penat sudah mahu ajak dia ini. Selalu tak mahu.” Keluh.

a.K.u jawab: Bak sini no. telefon dia, biar a.K.u basuh [brainwash].”

Dan a.K.u masih ingat butir-butir perkara yang a.K.u bahaskan.

Supaya bikin dia ada seiringan sama kami.

Dalam jalan ini.

Noktah.


Dan a.K.u puashati.

Hahaha.. :p




:: Apa-apa sajalah~

Friday, May 21, 2010

Jom membaca!

[Baru ku perasan, ini di rumah Nenek Izzah! -Merujuk pada tikar & bantal kecik]

Bismillah.

Selain membaca majalah,
membaca Al-Qur'an juga sangat bagus untuk perkembangan otak...

(n_n)v

Wednesday, May 19, 2010

Turun-naik dengan laju! terhempas!


[Adam shukri-Tubuh Dalam Jiwa]


Bismillah.

Jiwanya.
Turun-naiknya.
Laju.

Terkadang terhempas.
Lebam sana-sini.

Terkadang terlepas.
Terayun jauh sekali.

Turun-naiknya.
Laju.

****************************************

Bila mereka kata,
'Kau kan ada dia'.

'Ah, siapa dia? semuanya sudah pergi.
Sudah pergi. Tinggalkan aku sendiri.'


Dan berkali-kali.
Jiwanya.
Turun-naiknya.
Terhempas laju.




:: Padan Muka..Ah, mugkin sendiri lebih baik..~

Tuesday, May 18, 2010

Ape kehal~


Bismillah..

Apekehal...
Kalau sekadar mau tunjuk kaya kau..
Banyak duit kau...

Apekehal..
Kalau tetamu dilayan macam tak wujud..
Sedikit air dan makanan tak kau hulurkan..
Akhirnya yang bertandang datang dan balik kelaparan...

Apakehal...
Duit banyak tapi adab xde...
Hati tak tenang bahana mahu tunjuk hebat-kaya-raya..
Tapi pincang-tunggang-langgang-sana-sini..

Apekehal..
Rumah besar-canggih-manggih..
Jiwa kusam-masam-pedih...

Apekehal...
Tebiat manusia semacam itu..
Tuhan sudah tidak di kenang seperti waktu susah dulu..
Waktu senang lenang..
'Lihatlah dunia usaha aku!'
'Lihatlah dunia hebat aku!'

Ah, apekehal....~



:: Meluat~

Tuesday, May 11, 2010

Belajar~


Saya belajar,
bahwa saya tidak dapat memaksa orang lain
mencintai saya.
saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang
yang saya cintai..

Saya belajar,
bahwa waktu bertahun-tahun
untuk membangun kepercayaan dan hanya
beberapa detik saja untuk menghancurkannya....

Saya belajar,
bahwa sahabat terbaik bersama saya
dapat melakukan banyak hal dan kami selalu
memiliki waktu
terbaik...

Saya belajar,
bahwa orang yang saya kira
adalah orang yang jahat,
justru adalah orang yang membangkitkan
semangat hidup saya kembali serta
orang yang begitu perhatian pada saya...

Saya belajar,
bahwa persahabatan sejati senantiasa bertumbuh
walau dipisahkan oleh jarak yang jauh,
Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati....

Saya belajar,
bahwa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian
seperti yang saya inginkan,
bukan berarti bahwa dia tidak mencintai saya....

Saya belajar,
bahwa sebaik-baiknya pasangan itu,
mereka pasti pernah melukai perasaan saya....
dan untuk itu saya harus memaafkannya...

Saya belajar,
bahwa saya harus belajar mengampuni diri sendiri
dan orang lain...
kalau tidak mau dikuasai perasaan bersalah
terus-menerus...

Saya belajar,
bahwa lingkungan dapat mempengaruhi pribadi saya,
tapi saya harus bertanggung jawab untuk apa yang
saya telah lakukan..

Saya belajar
bahwa dua manusia dapat melihat sebuah benda,
tapi kadang dari sudut pandang yang berbeda...

Saya belajar,
bahwa tidaklah penting apa yang saya miliki
tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya...

Saya belajar,
bahwa tidak ada yang instant atau serba cepat di
dunia ini,
semua melalui proses dan pertumbuhan,
kecuali saya ingin sakit hati...

Saya belajar
bahwa saya harus memilih
apakah menguasai sikap dan emosi atau sikap dan
emosi itu yang
menguasi diri saya...

Saya belajar,
bahwa saya punya hak untuk marah, tetapi itu bukan
berarti
saya harus benci dan berlaku bengis....

Saya belajar,
bahwa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat
perpisahan dengan
orang yang saya cintai...

Saya belajar,
bahwa orang-orang yang saya kasihi justru sering
diambil segera
dari kehidupan saya...

Saya belajar,
bahwa saya harus belajar dari kesalahan yang
pernah saya lakukan dan hidup untuk masa depan,
bukan terus-menerus melihat ke masa lampau..

Saya belajar,
bahwa cinta itu memberi dan mengerti tanpa harus
diberi dan dimengerti..

Saya belajar,
bahwa apa yang kita inginkan tidak selalu sesuai
dengan apa yang kita butuhkan, dan kita harus
berlapang dada menerimanya..

Saya belajar,
bahwa keluarga saya adalah harta terbesar yang
saya punya..

Saya belajar,
bahwa dengan berterima kasih pada Yang Maha Kuasa,
maka Ia akan memberi rahmat lebih banyak lagi..

Saya belajar,
bahwa saya harus tidak boleh berhenti belajar...




:: Iqra'...

Monday, April 26, 2010

Yang memekik dan menggelabah...


Bismillah

“Mahunya yang bagaimana?”

“Yang begitulah.”

“Iya, tahu yang itu. Tapi bagaimana?”

“Begini... Mulakan dari yang pertama. Yang asas. Hati dan niat.”

“Lalu?”

“Terus kepada perancangan yang tersusun. Tanzim gitu. Harus ada harakinya. Harus ada tempoh masanya. Harus jelas targetnya.”

“Hmm..itulah. Mahu yang itu. Tapi tidak tahu..ya, bagaimana. Bagaimana mahu dapat yang itu.”

“Usahakan. Berbincang. Mesyuarah. Syura. Begitulah.”

“Sama siapa?”

“Sama yang dekat. Yang jauh. Yang bisa mendengar. Yang bisa percaya.”

“Hmm. Jelas mungkin. Sedikit.”

Dari kejauhan...

“Hoi, Sudah-sudahlah... Ada mulut perlu di suap..Ada perut perlu di isi. Ada tanggungan perlu teduhan. Yang akan mudah nanti engkau. Yang akan kaya nanti engkau.”

Dalam hati..

“Ah, godaan lagi... lagi-lagi..”

Kata jiwa...

“Bukankah aku lebih penting?”




:: Buntu~

Friday, April 23, 2010

Separuh hati yang a.K.u beri~

Bismillah.

Setelah kau robek separuh hati yang a.K.u beri..
Kini a.K.u tidak punya percaya lagi..

Tapi a.K.u tenang.
Tenang bila tahu kebenarannya.

Mujur.
Tidak sepenuh hati a.K.u beri...

Hahahaha...
Ketawa a.K.u hanya tanda menghina.
Maaf, a.K.u bukan malaikat.

Sudah jadi hakikat,
Kau dan a.K.u terlalu jauh bezanya.

Bukan bagai langit dan bumi,
Tapi lebih lagi.

Siapa enggang, siapa gagak,
Malas mahu peduli,

Yang penting suatu hari nanti,
kita tetap akan mati.

[Bahagia]



:: Buat penyumbang tangis & tawa~


Monday, April 5, 2010

Nadia~


Bismillah.



"Ibu dan ayah sudah bercerai, dan kami 9 beradik tinggal bersama Mama. Ayah pula kahwin lain dan tinggal di tempat lain. Orang yang paling saya sayang adalah Mama. Sebab Mama yang lahirkan saya dan besarkan saya. Bekerja untuk kami adik-beradik."

"Ada jawapan lain tak selain tu? Ayah? Kawan-kawan?

"Saya tak ada kawan baik. Kawan-kawan semua jenis yang datang pada saya bila susah. Bila senang semua lupakan saya."

"Ayah?"

Geleng kepala. Angkat bahu.

"Hmm..Mama macamana?"

"Sebenarnya, saya tak rapat pun dengan Mama. Saya rasa Mama tak pernah faham saya."

"Kakak? Abang?"

"Saya tak rapat dengan adik-beradik"

"Jadi awak rasa awak tiada sesiapa dalam hidup?"

"Hmm.."

"Kamu bagaimana di rumah?"

"Saya suka bersendiri. Duduk dalam bilik sorang-sorang."

"Buat apa?"

"Tak buat apa-apa. Selalunya tidur."

Ada apa-apa lagi yang kamu mahu kongsi dengan kawan-kawan kat sini?"

"Saya selalu berfikiran negatif"

"Contoh?"

"Contohnya, kalau saya nak makan, saya akan tanya Mama 'Mama, saya nak makan'. Kalau Mama diam, saya takkan makan."

Diam.

"Ok. Tak apa. Nanti kita cerita lagi ya Nadia."

Angguk. Keluh. Simpan sakit dalam-dalam.









:: Speechless..Pedih kau..pedih a.K.u juga...



Tuesday, February 9, 2010

Minggu ini~


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Minggu ini a.K.u dikelilingi aura-aura positif dari sekalian insan yang disisi dan tidak disisi a.K.u. Antara yang banyak, beberapa perkara ini punya nilai dalam hati a.K.u.

Mr.Complicated.

a.K.u tahu ada sesuatu yg DIA mahu ajarkan lagi pada a.K.u.
Lalu diberi ilham pada Mr.Complicated untuk jadi alatnya.

Beliau kata.
Manusia itu ada dua jenis; yang rumit [seperti dia] dan yang merumitkan [seperti mereka].

Yang rumit; dirinya sendiri rumit untuk dia fahami.
Apatah lagi orang lain.
Terlalu banyak bertingkah dalamanya.
Biar di luar jiwanya nampak mudah & memudahkan.

Born to be a leader. Born also to be a helper.
Yet confused and keep asking why.

Yang merumitkan; kerjanya merumitkan & memeningkan orang.
Perkara yang kecil dibesarkan,
Perkara yang besar di diamkan,

Ah, sudah..bercakap tentang yang merumitkan ini pun sudah cukup merumitkan~

E.M.A.S

Mungkin tidak semahal mana.
Mungkin tidak sesetia mana.
Tapi, ada a.K.u kisah?
Mahal hidup a.K.u bermula disini.
Mahal perjuangan a.K.u punya sisi yang ini.
Mahal titik kesempurnaan a.K.u di bantu yang ini.
Mahal air mata a.K.u, walau tidak semuanya di habiskan disini...
Jangan suruh a.K.u tinggalkan ia lagi! Noktah!


LIMA

Lima itu numbor bertuah a.K.u.
Lima itu tarikh lahir a.K.u.
Lima itu nilai a.K.u dalam keluarga.
Ditengah-tengah.
Adil.

Lima yang ini.
Tidak boleh kurang satu.
Lima ini tidak boleh ditinggal satu.
Kalau hilag satu-jadi empat.
Kalau hilang dua jadi-tiga.
Biarpun masih punya nilai.
Tapi tak sama.
Sebab ia bukan lima.

a.K.u bersyukur lima ini ada.
a.K.u bersyukur lima ini setia.
Walau terkadang a.K.u mahu pinta lima ini jadi lima puluh.
Tapi lima ini tidak mahu beranjak.

Namun tak siapa tahu masa depan.
Lima ini pasti hilang juga akhirnya.

Maaf kalau a.K.u kata, lima ini sekadar di sini sahaja.
Tapi memori itu kekal ada di dalamnya.
Mohon percaya.

Sebab a.K.u tiada kudrat mahu beri janji palsu. Noktah.


Sahabat.

"Sahabat itu bukanlah dia yang selalu diam dan membenarkan engkau. Tapi dia yang tegas menyatakan engakau salah dan perlu berubah" -ayat a.K.u..tp diadaptasi dari ayat siapa ntah~ lol.

Sahabat yang satu itu.
Iya, a.K.u tahu hatinya sedikit gundah dan resah.
Tapi a.K.u sudah bilang perkara yang sebenarnya.
Cuma doa a.K.u agar dia terus bertahan dan bertabah sentiasa.
Sebab hati dia, mahal sekali untuk disakiti.
Mahal tahu!
Moga Allah lindungi & kuatkan hati kau duhai sahabat.

Maafkan a.K.u karana hanya mampu ada untuk sekejap cuma.













:: Mujahadah Hati bersmbung lagi..Subahanallah..=)

Wednesday, December 23, 2009

Santai~


Ini bukan kambing Incik Khairullah ya..Harap maklum..

Orang kata, hati itu tidak boleh selalu di bebankan dengan perkara-perkara yang berat supaya ia tidak menjadi buta. [Tak mo la jadi buta hati kan?]. Jadi, mari bersantai bersama Pakcik yang sempoi ni...Hoyeahhhh~




Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.
 
 
Pemuda : Boleh saya tanya beberapa soalan tak? 
Pakcik : Boleh aje... 
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari? 
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?" 
Pemuda : Yang putih. 
Pakcik : Kalau yang putih lebih kurang enam kilometer setiap hari. 
Pemuda : Yang hitam? 
Pakcik : Yang hitam pun sama... 
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari? 
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam? 
Pemuda : Yang putih? 
Pakcik : Ah, yang putih lebih kurang empat kilo rumput setiap hari. 
Pemuda : Dan yang hitam? 
Pakcik : Yang hitam pun sama... 
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun? 
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam? 
Pemuda : Yang putih? 
Pakcik : Aaa...yang putih sekitar enam kilo bulu setiap tahun. 
Pemuda : Dan yang hitam? 
Pakcik : Yang hitam pun sama... 
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg 
hitam, padahal jawapan semuanya sama aje? 
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye. 
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye? 
Pakcik : Yang hitam pun sama... 





:: Sempoi kan Pakcik ni? eheh..=p

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...