Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Friday, February 28, 2014
Wednesday, February 26, 2014
Zolim....
Bismillahirrahmanirrahim.
Kadang-kadang, kita zalim tanpa sedar.
Kita makan, walaupun makanan yang halal, tapi kadang-kadang ia tak baik untuk kesihatan.Kita tidur, walaupun niat ibadah, tapi tidur berlebihan sampai terabai tugasan.Kita kerja, walaupun kerja kita siap, tapi ada waktunya kita tetap lalai dalam menjalankan amanah.Kita bercakap, walaupun maklumat sampai tapi kadang-kadang cara kita menyampaikan tu menyakitkan hati yang mendengar.Kita berjalan, walaupun sampai ke destinasi, tapi kita banyak susahkan orang dengan tidak berdikari.Kita shopping, walaupun memenuhi keperluan, kadang kita boros juga tak bertempat.Kita ziarah, walaupun untuk mengerat silaturrahim, tapi kita selalu tak jaga adab dalam berziarah.
Ada enam [6] perkara yang dipesan oleh Imam Syafi'ie:
1. Berbicara yang benar apabila berkata-kata.
2. Tunaikan janji apabila telah berjanji.
3. Tunaikan amanah bila mendapat amanah.
4. Menjaga kehormatan diri dimana sahaja kita berada.
5. Menahan pengelihatan dari melihat yang haram.
6. Mencegah tangan dari berbuat yang mungkar.
Kadang-kadang kita 'ter'zalim juga pada orang lain seperti :
"Laki kau nak pergi kerja tapi kau tak siapkan sarapan pagi."
Ok.
Bai.
***************
[Al-Anbiya' : Ayat 87]
:: Pesanan ringkas ; sila hadam Kisah Nabi Yunus untuk lebih penghayatan dan kefahaman. *Wink2*
:: Pesanan ringkas ; sila hadam Kisah Nabi Yunus untuk lebih penghayatan dan kefahaman. *Wink2*
Wednesday, February 19, 2014
Dengarlah kata Ustaz
Bismillahirrahmanirrahim.
Memata-matai jiwa agar tidak lencun dengan nikmat dunia.
Merajai hati agar sandarannya adalah cahaya yang datang dari ilmu dan Cinta.
Menjagai diri demi menjaga yang lain - yang terkasih - disana nanti.
"Di akhirat nanti, mulut akan ditutup menjadi bisu. Yang akan menjawab pertanyaan Tuhan adalah anggota badan yang lain. Kaki akan ditanyakan ke mana ia digunakan. Tangan akan ditanyakan apa yang dikerjakan sepanjang kehidupan. Telinga akan ditanyakan apakah yang ia dengar. Mata akan ditanyakan apakah yang ia lihat sepanjang kehidupan. Waktu itu kita dah tak boleh nak menipu dah. Semuanya akan tersingkap." -Abam
:: Kuliah subuh terbaik.
Wednesday, December 4, 2013
Wednesday, November 13, 2013
Mujahadah mendekati mahmudah..
Bismillahirrahmanirrahim.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [Al-Hujrat : 12]
“Sekali-kali janganlah kamu berburuk sangka, kerana sungguh buruk sangka adalah perkataan yang paling bohong. Dan janganlah kamu mengintai-intai, dan janganlah kamu merisik-risik, dan janganlah kamu berganding-gandingan, dan janganlah kamu berdengki-dengkian dan janganlah kamu berbenci-bencian dan janganlah kamu berbalik belakangan, dan jadilah kamu seluruh hamba Allah bersaudara.” ( HR Bukhari, Muslim dan Abu Daud ).
![]() |
| "we should fight to do the right." |
Elok umbutnya pandan singkil
Dilipat lalu dipekalang
Manis mulutnya sehingga bibir
Hatinya bulat membelakang.
- HAMKA
Friday, June 28, 2013
Bersama siapa kita di akhirat nanti?
“Ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw “ Bilakah hari kiamat akan berlaku wahai Rasulullah?” baginda menjawab, “Apa yang telah kau persiapkan untuknya?” Lelaki itu menjawab, “Aku tidak mempersiapkan banyak solat, puasa, ataupun sedekah. Namun aku mencintai Allah dan RasulNya.” Maka beliau bersabda: “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.” (Imam al-Bukhari dan Muslim)
Friday, April 19, 2013
Hijab yang tidak menghijab..?
Bismillahirrahmanirrahim.
"Pada pendapat saya, ada dua jenis orang yang berniqab. Satu, yang berniqab memang untuk 'menghijabkan' diri. Dan yang kedua, berniqab tapi tabarruj."
"Hah, maksudnya?"
"Yang pertama, jelas. Memang kita boleh tengok orang yang berniqab untuk 'menjaga' diri. Dengan pakaian yang labuh, tudung labuh, warna gelap dan tidak menarik perhatian. Itu satu golongan yang boleh dikatakan memenuhi ciri-ciri berniqab yang sepatutnya. Yang kedua, beniqab tapi tabarruj. Pakai pakaian yang 'fancy', 'lip-lap-lip-lap' begemerlapan, warna-warna yang jelas menarik perhatian lelaki, dengan beg tangan warna-warni, girly dan sebagainya."
"Itu dari satu sudut. Satu hal lagi yang saya kurang senang bila mana mereka-mereka yang berniqab dan bertudung labuh ni, gagal menjaga adab. Tak kiralah di luar ataupun di alam maya. Hakikatnya berniqab, tapi akhlaqnya tidak menunjukkan ciri-ciri yang sepatutnya. Sebebasnya bermuamalat dengan lelaki seperti berborak berdua-dua, bergurau senda dan sebagainya. Di alam maya juga begitu, berbalas komen dan bergurau dengan lelaki tanpa batas. Ada pulak dalam satu keadaan, ada lelaki yang boleh bergurau-gurau dengan 'niqabist' konon-konon untuk melihat wajah mereka. Apakah mereka tidak hormat pada dia?"
"Perkara-perkara macam ini yang jadikan saya hilang hormat pada orang-orang yang bertudung labuh dan berniqab. Sebab saya sangat memandang tinggi golongan yang sebegini. Bukan mudah untuk bertudung labuh dan berniqab sebenarnya kalau tak betul-betul mujahadah. Dan bukan mudah juga membawa 'tanggungjawab' atas tudung dan niqab yang dipakai kerana ia dipakai atas nama Islam. Bukan calang-calang."
[Seperti biasa, perbualan ini di'edit' supaya lebih kemas. Namun isi perbahasan utamanya tetap sama.]Saya secara peribadi memang 'sentap' dengan perbualan tersebut. Walau tidak berniqab, bertudung labuh sudah cukup besar tanggungjawab dan mujahadahnya dalm diri. [Fiuh~]. saya kira komen-komen saya (sewaktu perbualan tersebut), sebahagiannya merujuk kepada diri sendiri. [I'm not that perfect my dear~huuu]. Pada saya, bab 'FAHAM' masih perlu diletak nombor satu. Hijab bukan semata-mata soal pakaian. Ia lebih dari itu. Hijab adalah sesuatu yang perlu untuk dipelihara [i.a maruah, hati, diri] dari sesuatu yang buruk.
Saya yakin jika diteliti dengan baik, tak ada sesiapa di kalangan mereka yang bertudung labuh dan berniqab ini mahu dicop sebagai 'gedik' atau 'berpura-pura baik'. Cuma mungkin terkadang mereka lupa atau masih terbawa-bawa dengan perangai lama. Mereka sentiasa mengharapkan peringatan dari orang lain jika tersalah dan sentiasa mengharapkan bimbingan untuk memperbaiki diri dari masa ke semasa. Mereka bukan manusia sempurna seperti kita juga.
Mungkin jawapan yang boleh sama-sama kita kongsi ada dalam entri NIQABIS GEDIK ini. InsyaAllah. :)
:: Pesan Ostat, "Pakailah pakaian yang Allah suka." :)
Tuesday, April 16, 2013
Friday, March 15, 2013
لا تتوقف ; Jangan berhenti!
Bismillhirrahmanirrahim.
Jawapan paling agung untuk setiap cabaran yang bertimbun dalam hidup, cuma satu :
************************
Jangan Berhenti
Berhenti Berarti Kalah
Oleh: Chandra Kurniawan
"Kadang ke Kufah, kadang ke Bashrah, kadang ke Hijaz, dan kadang ke Yaman. Sampai kapan?"
"Bersama mihbarah (wadah tinta) sampai ke maqbarah (kuburan)," jawab Imam Ahmad bin Hanbal saat ditanya tentang kegigihannya dalam menuntut ilmu.
"Engkau harus kuat. Engkau harus sabar. Bergaullah dengan orang-orang yang shalih karena mereka akan menjaga dan membimbingmu. Takutlah akan azab-Nya yang pedih dikala engkau seorang diri. Tutuplah rapat-rapat mulutmu dari perkataan dusta. Pergunakanlah harta bendamu untuk tujuan yang mulia. Jauhilah sumber-sumber fitnah. Banyaklah menuntut ilmu dan merenungkannya. Tepati janji yang pernah engkau ucapkan. Dan rajin-rajinlah mendekatkan diri kepada Allah.
Benarlah apa yang dikatakan seorang ulama, janganlah engkau hanya melihat kesuksesan seseorang, tetapi lihatlah proses mereka meraih kesuksesan itu. Dari sembilan imam fikih yang ku baca sejarahnya, tak satu pun yang tidak pernah mendapat ujian dan cobaan; dipenjara, diasingkan dan disiksa. Bahkan Imam Zaid bin Ali dibunuh dan mayatnya disalib di tempat umum. Untuk menjadi orang besar, mereka harus mempertaruhkan apa yang mereka punya termasuk diri mereka sendiri. Mereka tidak terikat pada suatu apa pun kecuali hanya kepada Allah dan Rasul-Nya."
:: Ya, jangan berhenti..ada perkara yang lebih besar dihadapan.. :)
Wednesday, November 21, 2012
*11 dari 40
Bismillahirrahmanirrahim.
Hadis ke Sebelas (Daripada Kitab Hadis 40 - Imam Nawawi)
Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib r.a., رضي الله عنهما cucu Rasulullah SAW dan orang kesayangan Baginda. Beliau berkata: Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW hadis: "Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau." (Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaai)
Pengajaran hadis:
Seorang mukmin tidak seharusnya terus melakukan sesuatu yang dia sendiri merasa sangsi dan ragu. Hal ini menyebabkannya terjebak jatuh dalam perkara yang kemungkinan hukumnya haram. Meninggalkan sesuatu kerana ragu-ragu dan kerana ingin menjaga maruah diri dan keharmonian agama adalah suatu sifat wara' yang terpuji. Keyakinan adalah asas amalan dalam lslam. Amalan yang dilakukan dengan yakin dikira sah dan diberikan ganjaran pahala. Sebaliknya amalan yang dilakukan secara ragu-ragu, tidak memadai dan mesti diulangi.
Monday, October 8, 2012
Dal.Ain.Wau.Ha.
Bismillahirrahmanirrahim.
Saat aku sedang menyiapkan kertas kerja berkaitan satu program kepimpinan, aku bagai dibasuh-basuh dengan pesan-pesan yang begini.
Telah berpesan Imam Hassan al-Banna, di dalam Risalah Taalim, “yang saya maksudkan dengan Thiqah ialah keyakinan seorang Jundi (pendakwah) kepada Qiyadi (pemimpin) nya pada kemampuan dan keikhlasannya, dengan keyakinan yang mendalam sehingga akan lahirnya perasaan kasih, penghargaan, penghormatan dan ketaatan”
“Qiadah merupakan sebahagian daripada Da’wah. Da’wah tidak akan wujud tanpa Qiadah. Kekuatan sistem jemaah, kekemasan strateginya, kejayaannya menuju matlamat dan keupayaannya menghadapi segala bentuk halangan serta kesusahan bergantung kepada sejauh mana timbal balik Thiqah di antara Qiadi dan Jundi”“Dalam Da’wah, qiadah mempunyai hak seorang bapa dari sudut ikatan hati, hak seorang Ustaz dari sudut memberi ilmu, hak seorang Syeikh dari sudut pendidikan Rohani dan hak seorang pemimpin di sudut siasah dan polisi umum Da’wah, da’wah kita merangkumi semua makna-makna ini”
:: Dakwah oh dakwah.......
Monday, July 16, 2012
AKU
Bismillahirahmanirrahim.
Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.” H.R. Abu Hurairah
:: Dan jika benar coklat besaq kat sana yang kita kejar....
***********************
Doa agar dipertemukan dengan Ramadhan yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi ni.
Moga tenang...
Moga tenang..
InsyaAllah.
Ameen..
:: DIA sayangkan kita, lebih dari yang kita tahu....
Monday, July 9, 2012
Wednesday, May 9, 2012
Cinta Dunia & Takut Mati
Dah macam Hafiz awan Nano dah muka si Izzah ni.. -.-"
Bismillahirrahmanirrahim.
Daripada Tsauban RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” (Riwayat Abu Daud)
Dunia cuma tempat singgah.
Peluang sekejap Allah bagi.
Untuk kumpul bekal ke negeri abadi.
:: Jangan pernah lupa itu duhai diri..
Saturday, April 7, 2012
Tuesday, January 3, 2012
Tarbiyyah..
"Tidak wajar bagi seorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al kitab, hikmah dan kenabian, lalu ia berkata kepada manusia, 'hendaklah kamu menjadi penyembahku, bukan penyembah Allah'. Akan tetapi(dia berkata),'hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya."(Al Imran:79)
Bila bos masuk TV : http://www.youtube.com/watch?v=q-HNLyOqzHw&feature=related
Wednesday, September 7, 2011
Sifat Taqwa~
Bismillahirrahmanirrahim.
Imam Ibn Kathir menerangkan di dalam tafsirnya, bahawa Umar Al-khattab r.a pernah satu ketika di tanya oleh sahabat Ubay bin Ka'ab r.a tentang erti taqwa, lalu dijawabnya:
Ertinya: Pernahkah engkau melalui satu jalan berduri?
Jawab Ubay: Pernah
Umar: Bagaimana kamu lakukan?
Ubay: Aku sentiasa bersedia, peka dan berhati-hati dengan penuh usaha agar tidak terpijak duri.
Umar: Itulah juga sifat taqwa.
:: Hati-hati ya... :)
Thursday, June 16, 2011
*Pesan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna*
Bismillah.

Amanat As-Syahid Hassan Al-Banna buat kita pejuang-pejuang di medan dakwah.
" Wahai Ikhwanul Muslimin, terutama yang gopoh dari kamu. Dengarkanlah daripadaku satu kalimah yang tinggi yang berkumandang dari atas mimbar ini di dalam muktamar umum ini. Sesungguhnya jalan kamu ini adalah yang telah digariskan langkah-langkahnya, ditentukan batas-batasnya dan aku tidak mahu melanggar batas-batas itu. Aku telah yakin dengannya. Keyakinan yang sebenar-benarnya bahawa itulah jalan yang paling selamat untuk mencapai tujuannya.
Benar, boleh jadi ia satu jalan yang panjang tetapi disana tidak ada jalan lain selain itu. Sifat kelakian tidak akan lahir kecuali dengan keberanian, ketekunan, kesungguhan dan amal usaha yang serius dan berterusan. Barangsiapa dari kalangan kamu yang hendak cepat dan gopoh memetik buah sebelum masak atau hendak memetik hasil sebelum masanya, maka aku tidak bersama dengannya sama sekali dan lebih baik baginya meninggalkan dakwah ini dan carilah dakwah yang lain.
Barangsiapa yang bersabar bersama aku waktunya untuk berkembang dan membesar benih itu lalu tumbuh pokoknya baik buahnya sehingga tiba waktunya untuk dipetik dan diambil, maka ganjarannya terserahlah kepada Allah SWT semata-mata. Kita dan dia tidak boleh lari dari dua kebaikan ini. Sama ada kita menang dan berkuasa dan berkuasa atau mati syahid dan berbahagia".
"Ya Tuhan kami, berikanlah kesabaran ke atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir". (Al Baqarah: 250)

Sumber: disini.
"Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorangpun di antara orang-orang kafir itu tinggal di atas bumi. Sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka tinggal, niscaya mereka akan menyesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak akan melahirkan selain anak yang berbuat ma3siat lagi sangat kafir. (Nuh: 26 – 27)
Sumber: Cik Puteri
:: semoga kita termasuk orang-orang yang tidak terhalangi untuk
mendapatkan pahala para mujahidin dan da'i. Ameen.
Thursday, April 28, 2011
Sabar Itu Indah
Bismillah.
Sabar itu sesungguhnya akan memberikan keindahan pada fizikal kita. Sabar juga akan memberi keindahan pada jiwa dan perasaan kita. Imam al-Ghazali menegaskan bahawa sabar itu ada dua.
Pertama bersifat badani (fizikal). Sabar fizikal berupa seksaan, penyakit dan kesusahan yang menimpa jasad. Yang kedua bersifat rohani (spiritual) seperti ejekan orang, perpisahan, kekecewaan, kegagalan, kematian dan lain-lain yang kebanyakannya menekan nafsu dan bertentangan dengan kehendak diri.
Justeru, jika seseorang mampu bersifar sabar (ketika kesusahan menimpa fizikal dan rohaninya), maka dia akan memiliki dua keindahan. Pertama, keindahan fizikal dan kedua keindahan rohani. Sabar itu bererti “menahan”. Jika kita mampu menahan diri ketika melakukan ketaatan, meninggalkan maksiat dan ditimpa musibah, nescaya akan semakin indahlah wajah dan akhlak kita.
Sabar itu ada di hati. Apabila hati baik, wajah akan kelihatan cantik. Apabila hati baik, kita akan sentiasa dapat melihat kebaikan. Ya, bersabarlah! Do good, you will become good and feel good – buat baik, kita akan jadi orang baik dan kita akan merasai ketenangan dan keindahan dengan kebaikan itu. Sesungguhnya… sabar itu indah!
- Ustaz Pahrol Mohd Juoi
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
– Surah AlBaqarah : Ayat 286
Monday, July 5, 2010
Program Kejurulatihan Da'ie Muda.
Bismillah.
Jumaat. 2 Julai 2010.
Biarpun saya datang lewat, namun sempat menghayati pengisian malam ini.
Slot A.Razak. Ini yang saya mampu kongsikan:
Matlamat hidup.
Apa dia matlamat hidup kita?
Pastinya mardhatillah.
Siapa saya?
Apap itu hamba?-Dimiliki oleh tuan.
Pengabdi? -Hamba abdi yang menurut perintah dan bergantung segala kehidupanya kepada
tuan punya diri selamanya.
Pemakmur?-pemimpin, pembimbing, pendamai, meneraju.
Dari mana asal saya?-Tanah
"Jika merasa diri kita berasal dari tanah-Jangan sombong."
Soalan:
Hidup untuk makan atau makan untuk hidup?
Hidup untuk mati atau mati untuk hidup?
Jawapan"
= Makan untuk yang maha Hidup.
= Hidup dan mati hanya untuk Allah.
Pengajaran dari kisah Ashabulkahfi: Mereka hidup beribu tahun tanpa makan dan minum.
Kemana saya pegi selepas mati?
Pastinya alam barzakh.
Diari hidup manusia di dunia: BAYI--> KANAK-KANAK--> REMAJA--> BELIA--> DEWASA-->ALAM TUA
Diari alam dan manusia: ALAM RUH--> ALAM RAHIM--> ALAM DUNIA--> ALAM BARZAKH--> MAHSYAR--> AKHIRAT.
[mahu syurga atau neraka?]
Bagaimana seharusnya hidup di dunia?
Halatuju kehidupan: Matlamat hidup ----> menentukan cara hidup----> menentukan cara mati----> menentukan cara bangkit-----> menetukan pembalasan. [baik atau buruk?]
Anugerah Allah kepada manusia:
Intellectual, Spiritual, Emotional, Physical.
Tanggungjawab manusia: 1) Pada Tuhan. 2) Pada Alam. 2) Pada Masyarakat. 3) Pada Diri.
:: Satu muhasabah untuk diri yang pernah meletakkan dunia di hati.
*Next session will be posted on the next entry. Slamat beramal! :D
Jumaat. 2 Julai 2010.
Biarpun saya datang lewat, namun sempat menghayati pengisian malam ini.
Slot A.Razak. Ini yang saya mampu kongsikan:
Matlamat hidup.
Apa dia matlamat hidup kita?
Pastinya mardhatillah.
Namun, ukuran kejayaan matlamat hidup bergantung 93% kepada sikap, 4% ilmu dan 3% kemahiran.
Dan ia di dasarkan kepada tiga perkara yang membentuk sikap.
1) Sistem Nilai bermaksud nilai baik-bukuk, benar-salah, halal-haram yang di sandarkan kepada perbuatan.
2) Pandangan hidup merupakan persepsi/worldview yang kebiasaannya berasakan sesuatu spt latar belakang kehidupan [kaya-miskin], sosial [keluarga, kawan, guru] etc.
3) Sistem kepercayaan iaitu iman. Bagi orang Islam, iman hanyalah kepada Allah. Tidak layak mempersekutukan Allah dengan apa-apa atau siapa-siapa.
Dan ia di dasarkan kepada tiga perkara yang membentuk sikap.
1) Sistem Nilai bermaksud nilai baik-bukuk, benar-salah, halal-haram yang di sandarkan kepada perbuatan.
2) Pandangan hidup merupakan persepsi/worldview yang kebiasaannya berasakan sesuatu spt latar belakang kehidupan [kaya-miskin], sosial [keluarga, kawan, guru] etc.
3) Sistem kepercayaan iaitu iman. Bagi orang Islam, iman hanyalah kepada Allah. Tidak layak mempersekutukan Allah dengan apa-apa atau siapa-siapa.
Siapa saya?
Apap itu hamba?-Dimiliki oleh tuan.
Pengabdi? -Hamba abdi yang menurut perintah dan bergantung segala kehidupanya kepada
tuan punya diri selamanya.
Pemakmur?-pemimpin, pembimbing, pendamai, meneraju.
Dari mana asal saya?-Tanah
"Jika merasa diri kita berasal dari tanah-Jangan sombong."
Soalan:
Hidup untuk makan atau makan untuk hidup?
Hidup untuk mati atau mati untuk hidup?
Jawapan"
= Makan untuk yang maha Hidup.
= Hidup dan mati hanya untuk Allah.
Pengajaran dari kisah Ashabulkahfi: Mereka hidup beribu tahun tanpa makan dan minum.
Kemana saya pegi selepas mati?
Pastinya alam barzakh.
Diari hidup manusia di dunia: BAYI--> KANAK-KANAK--> REMAJA--> BELIA--> DEWASA-->ALAM TUA
Diari alam dan manusia: ALAM RUH--> ALAM RAHIM--> ALAM DUNIA--> ALAM BARZAKH--> MAHSYAR--> AKHIRAT.
[mahu syurga atau neraka?]
Bagaimana seharusnya hidup di dunia?
Halatuju kehidupan: Matlamat hidup ----> menentukan cara hidup----> menentukan cara mati----> menentukan cara bangkit-----> menetukan pembalasan. [baik atau buruk?]
Anugerah Allah kepada manusia:
Intellectual, Spiritual, Emotional, Physical.
Tanggungjawab manusia: 1) Pada Tuhan. 2) Pada Alam. 2) Pada Masyarakat. 3) Pada Diri.
:: Satu muhasabah untuk diri yang pernah meletakkan dunia di hati.
*Next session will be posted on the next entry. Slamat beramal! :D
Subscribe to:
Posts (Atom)
Relapse
Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...
-
Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...
-
Bismillah... Mantan Untuk kali keduanya. a.K.u sudah bergelar mantan. Alhamdulillah. Dari satu sisi, a.K.u beryukur atas peluang yang diber...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Kawin sudah Angah saya ni. Moga Allah limpahkan kebahagiaan kepada Angah dan Ashraf. Duni...














