
Bismillah.
Sejujurnya, untuk mula menulis semula, setelah terhenti beberapa ketika, agak sukar. Seolah hilang rentak. Ayat yang di tulis seakan pincang. Kurang cantik bahasanya. Lantas di biar begitu sahaja. Tidak lama. Seminggu cuma. Tapi sudah bikin orang tertanya. Exam agaknya. Mungkin begitu fikir mereka.
Kak Nur Azzahra ( kak ros )
Terutamanya, Kak Nur Azzahra yang tidak pernah a.K.u kenali siapa dia. Hadir tiba-tiba entah dari mana. Tapi komenya, selalu membuka mata, mendamai jiwa. Terima kasih kak. Ntah apa yang di carinya. Untuk Akak, di sini tiada apa-apa. Kadang-kala a.K.u malu bila dia kerap menziarah. Malu sebab blog ini ntah apa-apa. Huhu.
Exam
Exam. Ini yang terakhir. Sebagai seorang pelajar. Setakat ini mungkin. Hakikatnya, tak sebaik mana. Entah kenapa kali ini tidak mampu membahagi masa antara peribadi & study. Kalah barangkali. Lemas & rimas. Buku terkadang hanya dipandang di hujung mata. Tak bersentuh kecuali bila tiba masanya. Lantaran akal & hati terlalu asyik menompang tekanan rasa. Silap sikap sendiri. Inilah hakikatnya. Terima sahaja apa pun yang akan di beriNya nanti. Jujur a.K.u tidak punya yakin untuk kali ini. Sungguh.
Program
Janjinya a.K.u ke Induksi PKPIM PJ & Nilai minggu lepas. Tapi, antara amanah & tugas, a.K.u pilih tugas. Kerana amanah a.K.u itu, ada yang lain yang mampu menampungnya. Alhamdulillah. Dan demi melaksanakan tugas itu, a.K.u tak menyesal. Tidak menyesal kerana tugas itu juga amanah a.K.u. Salah satu cara ke lapangan. Melihat dunia. Melihat masyarakat.
Tapi masih juga punya rasa bersalah sama adik-adik itu. Walau a.K.u tahu tiada apa yang boleh a.K.u bantu, kecuali ada depan mata mereka, dan buat lawak ntah apa-apa. Hmm..
Program Motivasi SPM. Di bawah seliaan YATIM (Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia), bersama LZS (Lembaga Zakat Selangor). Menyelusuri permasalahan remaja pemerima zakat (ASNAF), a.K.u insafi akan keperluanya persediaan awal berhadapan bersama mereka. Memang a.K.u tidak bersedia. Sedikit terkilan dengan sikap sendiri.
Kata Abg Jo..”Budak-budak ni, muka je macam gangster, tapi...dalam hati ada taman”. Adaptasi dari kisah Adnan Sempit barangkali. Bikin kami senyum ramai-ramai. =). Ya, dia benar. a.K.u berhadapan dengan anak-anak muda yang jiwanya memberontak, berkocak, terlibat dengan masalah sosial yang membimbangkan. Hisap ganja, terlanjur, merempit, arak....dll....
“Menyelesaikan masalah dengan masalah”. [Abg Zaki]. Itulah cara mereka. Cara orang muda barangkali. Masalah keluarga..bercerai-berai..kurang perhatian, persepsi masyarakat. Mudah bukan alasan mereka memilih jalan yang salah.“Mana ada manusia yang mahu jadi jahat?”. Rata-rata mahu berubah. Tapi tidak punya kekuatan. Tidak punya pembimbing, penunjuk cara.
a.K.u bukan mahu mengaibkan mereka, cuma mahu membuka mata yang sedang membaca. Betapa bertuahnya kita yang sudah punya kebaikan-kebaikan disekeliling kita. Kita tidak punya masa bermain-main. Masyarakat perlukan kita. Ummat perlukan kita. Jika begini generasi sekarang, bagaimana mungkin masa depan nanti? Wahai para da’ie, dan diri a.K.u sendiri....mari bangkit dari tidur... amanah bukan bebanan. Fikirkan generasi anak-anak kita nanti, jika sekarang masyarakat seperti ini, bagaimana nanti? Bina diri, bina peribadi. Bak kata saiful Islam "Erti hidup untuk memberi". Sekali lagi, amanah bukan bebanan.
Peribadi

Ian Haris Ardani. Tanggal 28 Mac 2010, Alhamdulillah, a.K.u punya seorang lagi anak buah untuk di rai. Ian Haris Ardani B. Muhammad Fathullah. Nama yang kononya dari ilham mimpi Si Ayah. Hehe. 2.6 kilo. Lebih kecil dari Izzah dan Dhiya. Namun bahagianya masih sama. Bertambah mungkin kerana ini lelaki yang pertama. Alhamdulillah...
Usai exam semalam, exam yang terlalu dipengaruhi dengan perasaan. Tidak tenang jiwa a.K.u. Mahu tidur sahaja dalam dewan. Akibat tidak tidur malam. Itulah, tidak bersedia lagi awal. Perasaan a.K.u, oh Tuhan..Kau saja yang tahu.... Keliru a.K.u.. Jiwa yang bertingkah..
“Kau pun salah, ada hati menyalahkan orang”. Itu yang terbit berkali-kali. Beribu kali. Siapa a.K.u mahu membetulkan orang? Diri sendiri pun tidak betul. Senget! Hoh. [Sedang marah pada diri sendiri. Harap maklum].
Kerjaya. Belum lagi bergelar graduan sepenuhnya. Tapi fikiran sudah tepu memikir kerjaya idaman. Sejujurnya mahu tinggalkan bidang latihan. Sudah letih mungkin. Sudah hadam juga cabaranya mungkin. Namun, bidang itulah yang paling dekat dengan diri, dengan hati, dengan peribadi. Setelah berusaha, DIA tidak juga tunjukkan yang lain. Bila mencari-cari, yang itu juga yang menjengah. Lalu sekarang, terima sahaja. Mungkin DIA mahu a.K.u belajar dari bawah. Alhamdulillah. a.K.u juga sedang persiapkan diri untuk hidup di atas kaki sendiri. Full time berdikari. Mahu ada rumah sendiri [sedang mencari]. Moga dapat dalam masa terdekat ni. InsyaAllah.
Kau, Dia dan mereka..
Kau yang a.K.u diamkan, malas mahu a.K.u ungkitkan. Sebab a.K.u tidak punya kekuatan mahu sampaikan. Dan kerana a.K.u sendiri tidak tahu apa yang mahu di bangkitkan dan bagaimana. Dan ya, kalau kau rasa persahabatan ini masih mahal, cuba kau yang selesaikan dahulu. Kerana segalanya bermula dari kamu. Sikap kamu. Dan mungkin silap a.K.u juga. Sejujurnya, a.K.u tercari-cari cara mengharmonikan keadaan sehikmah mungkin. Kerna a.K.u tahu, a.K.u ini kurang hikmahnya. Takut-takut tertipu dengan niat dan cara. Kerna itu terlepas juga sebaris dua kata yang menyakitkan. Mungkin. Hanya mampu minta maaf, pada kesalahan yang entah apa.
Dia. Diam sahaja kalau kau mahu diam. Ambil masa. a.K.u tunggu. Walaupun hakikatnya a.K.u tidak sesabar mana. Maaf kerana a.K.u terlalu pentingkan diri. Terlalu terganggu dengan masalah sendiri. Hingga membebankan dan mengabaikan kau. Berkali-kali. Maaf yang sangat.
Kamu berdua. a.K.u sudah hadam kisahnya. Cuma, tolong..jangan terbawa sama perasaan dan harapan. Kenyataanya bertahun lagi. Belum mungkin pun jadi realiti. Kalau benar mahu menjaga, kawallah sebaiknya. Kalau mampu, jangan berkomunikasi jika tidak perlu. a.K.u faham benar bila manusia sudah terjebak dengan perkara seperti ini. Mudah saja terganggu. Bukan mudah menjaga hati. Dan yang penting, jangan sampai kerja-kerja/amanah da’wah terganggu gara-gara semua itu. a.K.u tahu kalian faham. Sangat faham. Mujur. InsyaAllah, a.K.u doakan yang terbaik untuk kalian.
Sakit yang dirasa, Tuhan punya jawapnya

Sakit apa yang a.K.u rasa sebenarnya ini? Berminggu ini.. dan ya..a.K.u sudah punya jawapnya.. ada pada DIA.... InsyaAllah..akan a.K.u perbaiki lagi...InsyaAllah..
:: Apa susah, DIA kan ada..... :)
9 comments:
T_T
Jua dalam pencarian ...
sebutir sakinah yang bisa mendamaikan jiwa
Jua masih dalam pencarian ...
sebutir sakinah yang bisa mengalirkan air mata ketenangan
Jua masih dalam pencarian ...
sebutir sakinah yang bisa menyejukkan jiwa yang bergelodak dan bercelaru
Jua masih dalam pencarian ...
sebutir sakinah yang masih jua belum kunjung tiba
Jua masih dalam pencarian ... sebutir sakinah yang bisa mendekatkan diri pada-Mu
lemas dalam pencarian diri
lelah dalam mengenal diri
namun ...
segala-galanya perlu diteruskan ... perlu digagahkan agar usia yang masih berbaki lagi tidak lagi sia-sia seperti hari ini dal kelmarin ...
aduh jiwa ... temuikanlah diri dengan sebutir sakinah yang dicari2selama ini
duhai hati ... janganlah lelah janganlah penat janganlah mengeluh ... kau mesti kuat kau mesti tabah
duhai diri ... bangun dan bangkitlah ... Jangan leka dan terbuai dengan mimpi dunia.
wahai diri ... sesungguhnya rahsia titik noktah kehidupan di luar jangkaanmu ... bimbang jika tiada lagi hari esok untukmu ...
Tuhan ... bantulah diri dalam pencarian sebutir sakinah ini ... dalam menuju kasih yang benar2 kasih melebihi kasih pada yang lain ... iaitu kasih kami kepada Mu dan jua kasih kepada Kekasih-Mu.
mengapa terlalu sukar untuk menjaga hati dan menjaga diri ...
T_T
dyll ... terima kasih kerna entri ini " Pencarian sebutir sakit" hadir saat akak benar2 memerlukannya. Saat sedang tenat T_T , sakit dalam pencarian diri.
dyll ... thanks a lot.
310310
Akak, T.A.B.A.H.
Kak Dyll, butir itu aku jumpa di hening sepertiga...
Aku doakan kamu juga.
Syukran kakak. Kamu dan hikmahmu buat aku muhasabah selalu. JKK!
ALlah bless you Kakak Comel!
Semoga berjumpa! Aku doakan!
salam dyll ...
minta maaf byk2 kerna telahpun 'mengotorkan' entri dyll yang cantik ini dengan satu nukilan yang entah apa2. Maaf ye ... Saat itu ... emosi diri benar2 kurang stabil. Huuu
p/s : dyll ... teruskan menitipkan bait2 indah. Jangan dibiarkan ia hilang ... sayang sangat jika ia hilang ... kerna di situ ada tautan antara dyll dengan yang membaca. Apatah lagi jika dari tulisan dyll ia bisa memberikan sesuatu ole2 untuk yang menatapnya.
Teruskan selagi diizinkan oleh-Nya.
salam
awal pagi K010410
nur azzahra ( kak ros ):
xpe kak...ok je..sy suka...
akak pandai menulis madah yg sangat indah...
taknak buat blog ke? :)
Terima kasih kak..
Masih juga sudi menjadikan blog ini salah satu tempatnya..
Andai baik, akak ambillah..andai buruk, akak tegurkanlah..
sy juga manusia biasa yg sedang dalam pencaria...
InsyaAllah, moga Allah bantu pencarian kita...InsyaAllah...
Senyum kak (n_n)v
Hepah: InsyaAllah..DIA kan ada..
Naheed: Syukran... sungguh, tiada di tempat lain...
InsyaAllah... yg terbaik buat kamu juga... :)
salam dyll ...
tentang blog ... entahlah. masih belum bersedia lagi.
dyll ...
diri dyll cukup beruntung. punya ramai yang menyayangi diri dyll. moga dyll sentiasa bahagia bersma-sama mereka yang dyll sayangi dan juga bahagia bersama mereka yang menyayangi dyll.
dyll ...
semoga bisa menjadi insan yang baik untuk semua.
p/s : sepi itu indah ... betul kah ?
wah..lajunya akak komen.. :)
Alhamdulillah kak...sungguh saya syukur... Allah bagi saya macam2... x patut kan kalau saya merungut?
DIA juga tautkan hati saya sama akak..pasti ada hikmahnya kan..? InsyaAllah...
InsyaAllah..saya mahu juga lebih memberi dari menerima...InsyaAllah..Saya mahu yang terbaik untuk semua..
Dan jika ujian itu terbaik buat manusia..buat saya, saya redha... Mungkin dengan itu saya kekal ingat pada-Nya... Subahanallah..
:: Sepi itu indah bila bersamaNya... sangat indah... sangat...
:: Yang terbaik kak..InsyaAllah..
terkadang ... kita sering lakukan sesuatu perkara dan dengan itu kita beranggapan bahawa perlakuan atau tindakan kita itu bisa mengembirakan mereka di sekeliling kita.
namun ... mungkin kita terlupa apakah tindakan atau perlakuan kita itu benar2 bisa mengembirakan mereka ataupun sebaliknya telah pun menyusahkan mereka serta membebankan mereka. kerna kita tidak tahu apa yang tersirat di hati mereka.
bagaimanakah jika itulah yang terjadi ...
atau mungkin ... menyepi itu lebih indah daripada kebiasaannya ?
Salam..akak, sy sedang memerah otak mencari jawapan utk persoalan itu...
Wuuu.... +_+
Mendalam ni... persoalanya bertingkah.. berkait antara hati + perasaan + kehendak & keperluan...
Saya dapat jawapan natnti sy kongsikan ya... :)
InsyaAllah...
Post a Comment