4 November 2010
Klaten-POSKO Bawukan-Sekretariat HMI cabang Sleman-Universitas Gajah Mada-Yogjakarta
Hari ke-4
Perjalanan hari ke-4 tanggal 4 November 2010, sedikit meletihkan. Mungkin kerana perjalanan yang jauh dan aktiviti yang padat. Perancangan awal untuk menjalankan aktiviti di Sekolah Darurat Dewan Dakwah terbatal kerana kawasan pengungsian mereka telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat berikutan Gunung Merapi yang semakin aktif memuntahkan gas-gas dan awan panas. Lalu, kami berubah arah ke POSKO Bawukan bersama sahabat-sahabat HMI. Seusai menurunkan barang-barang sumbangan, aktiviti bersama anak-anak POSKO diteruskan. Kebiasaanya bila berlaku bencana, anatara satu perkara yang sering terlepas pandang adalah soal pengisian jiwa. Di kebanyakan POSKO yang didirikan, soal kerohanian agak kurang diambil berat kecuali POSKO yang didirikan oleh persatuan-persatuan Islam.
Usai berada POSKO, kami terus bergerak ke Universitas Gajah Mada, Yogjakarta untuk solat dan berehat di Sekretariat HMI cawangan Slemang sebelum dibawa bertemu Prof. Hasanu Simon, penulis buku ‘Misteri Syekh Siti Jenar’. Berada di Sekretariat HMI adalah antara perkara yang sangat bermakna. Mengingatkan saya kepada Sekretariat PKPIM di Gombak. Layanan baik yang ditunjukkan oleh mereka sangat menyenangkan walaupun baru pertama kali berjumpa. Sempat juga berkongsi-kongsi pengalaman dalam persatuan dan mencari titik persamaan antara keduanya. Kehadiran ahli-ahli HMI dari Jakarta yang singgah berehat sebelum ke POSKO menambah kemeriahan perbincangan antara kami. Sesuatu yang kami kagumi pada mahasiswa HMI ini adalah sikap berdikari mereka dalam menjalankan misi atau program. Contohnya untuk ke POSKO mereka sanggup menaiki bas dengan tambang sediri dari Jakarta hingga ke Yogjakarta semata-mata untuk membantu mangsa Merapi.
Pada malamnya, kami dipertemukan dengan Prof. Herman Sinung Janutama, penulis buku ‘Kesultanan Majapahit-Fakta sejarah yang tersembunyi’. Perkongsian Prof. Herman banyak berkait dengan bukti-bukti penemuan arkeologi dan pendangan-pandangan sejarah yang berbeza berbanding sejarawan lain. Ini memberikan kami satu sisi baru dalam memandang sejarah dan mencari kebenaran disebalik setiap sejarah yang didengar, dilihat dan direkod.
Kebenaran,
Harus ada asasnya,
Qur’an dan sunnah..
Jadi panduanya.
Ilmu dan iman..
Kuncinya..
:: Moga Allah tunjukkan yang benar..Ameen..
No comments:
Post a Comment