Showing posts with label GPTD. Show all posts
Showing posts with label GPTD. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

"Meneruskan Aspirasi Perjuangan"

Bismillahirrahmanirrahim.


"Pengalaman sejarah umat Islam menyimpan catatan kedua-dua - kesatuan dan kepelbagaian (al-wihdah wa al-tanawwu') - sekaligus. Sekali lagi, kesatuan dan kepelbagaian adalah dua sisi mata wang yang sama. Yang selalu diperjuangkan oleh umat Islam memang kesatuan dan keseragaman, tetapi yang banyak terjadi adalah kepelbagaian dalam bingkai kesatuan."


"Terdapat 5 matlamat khusus seperti yang digariskan oleh Dr. Siddiq Fadhil dalam ucapan dasarnya pada muktamar ABIM Ke -11 iaitu :

  1. Membina sahsiah (peribadi) Islam.
  2. Membina usrah (keluarga) Islam.
  3. Membina ummah (masyarakat) Islam.
  4. Menegakkan dawlah (negara) Islam.
  5. Membina khilafah (dunia) Islam.



"Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi pernah menulis dalam kitabnya, Wajibu Syabab' Islami, terdapat 4 kewajiban bagi belia dan pemuda Islam iaitu :
  1. Berilmu. 
  2. Beramal.
  3. Berjamaah. 
  4. Melaksanakan." 
**********************

"Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dialah sebaik-baik Hakim." [Surah Yunus : 109]

p/s: Gambar-gambar diambil dari laman FB kekanda naqibah, Kak Fadhlina. 

Thursday, September 27, 2012

Dup Dap~

Bismillahirrahmanirrahim.


Sepuluh bulan lepas..
"Kenapa awak tak ajarkan topik Fiqh Taharah tu Dalila.. Penting tu.." soal YDP dengan sedikit rasa kecewa.
Aku dah gelabah. "Alamak, acane nak jawab neh." bisik hati.
Mujur si Nini tolong jawabkan.
"Ada ajarkan YDP, tapi tak cukup masa. Mereka mintak diajarkan Iqra'. Mereka mau baca Al-Qur'an juga macam anak-anak mereka."
Selepas dibebel sedikit...
"Jadi kamu nak datang lagi?" Soal YDP.
"InsyaAllah." Dengan muka mengangguk yakin.
*Kalau tangan boleh tunjuk gaya 'peace' dah lama aku tunjuk.
Tamat.....

Ahaha..padahal ceritanya panjang lagi..
Kini..
Kurang 36 jam dari sekarang..
InsyaAllah.
Aku akan berada di Kota Kinabalu semula..
Misi Rahmatan Lil'alamin & Misi Hidup Biar Berjasa.

Alhamdulillah. Minggu ini macam-macam betul diperingatan demi peringatan dari DIA (pastinya):
"Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan NYA, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." (At-Taubah : 24).
Memang syok kalau dapat duduk KL. Tiap-tiap minggu boleh balik rumah. Hujung bulan dapat gaji. Waktu-waktu bosan ada kawan-kawan. Rumah pun selesa. Tapi..itulah.. Apabila nikmat menjadi ujian & ujian adalah nikmat. Pilihan di tangan sendiri.
"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam." (Al-anbiya' : 107)
Dan apabila Allah dah pilihkan kita menjadi agen menyambung risalah dakwah Nabi, satu ; syukur alhamdulillah, dua ; sedar bahawa jalan ini tidak pernah mudah.
Pesan emak ; "Jangan buat perangai kat tempat orang." *Huhu -.-"v
dan kata En.Eks
"Memang perlukan kekuatan yang luar biasa.. Dah baca banyak ayat motivasi dalam quran kan? Dah paham ayat-ayat ustaz kan? Dah selalu diingatkan oleh pentazkirah kan? Tinggal diri sendiri je yang kena kuat. Ayuh..AMALkan apa yang sudah difahami..!

:: Ayo Geng! Laksanakan tugas kita di tempat masing-masing! \(n_n)/

Monday, September 17, 2012

Bedah & Kongsi~


Bismillahirrahmanirrahim.

“Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku. Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita” ― Dhiya Zafira, Hati Bergetar Rindu

Wallahu'alam. 

Sunday, September 16, 2012

Geng

Bismillahirahmanirrahim.


Bila kita tahu geng-geng kita sedang kuat teruji di tempat masing-masing.
Tempat jauh.
Apa yang kita punya sebenarnya cuma doa.

Doa saya untuk teman-teman tak pernah putus.
Walau sedar air mata bagi seorang pejuang adalah lumrah.

Moga kalian aman.. 
*senyum*

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-Ankabut : 2)


"Aku nak jadi kuat macam korang.."



Wallahu'alam..

Monday, August 27, 2012

Menjejak-Meneladani-Memimpin

Bismillahirahmanirrahim.

"Sorang-sorang terbang."
Begitulah ayat-ayat yang terungkap di kalangan kami.

InsyaAllah.
Allah menjagai mereka.
Walau dimanapun mereka berada.

Grup Cheng Ho

This is awesome!


Ucapan terakhir Hakim sebelum berlepas ke China.


Projek Dakwah Pulau Kokos

*Seronoknya Shazni di Pulau Kokos... :D

Salah seorang dari mereka di atas pernah menyebut:

"Kita akan pulang dengan misi yang lebih besar."

InsyaAllah.
"Seandainya orang yang mencela mereka yang suka mengembara (untuk menuntut ilmu) mengetahui betapa nikmatnya pengembaraan tersebut, betapa besarnya semangat yang dirasakannya ketika meninggalkan tanah kelahirannya, dan kenikmatan yang dirasakan oleh semua anggota tubuhnya pada saat memanfaatkan seluruh kesempatannya untuk melihat tempat yang baru dan rumah yang baru, pada saat melihat dusun-dusun kecil, pada saat melihat kebun-kebun dan tanah-tanah yang lapang, pada saat mengenal bentuk muka baru, pada saat melihat keajaiban pelbagai negeri, pada saat melihat perbezaan bahasa dan kulit, pada saat istirehat dibawah bayangan dinding-dinding dan kebun, pada saat makan di dalam masjid, minum dilembah-lembah, dan tidur dimanapun saat malam tiba pada saat berteman dengan siapa saja yang dicintainya kerana Allah s.w.t tanpa memandang lagi faktor kerabat dan keluarga ketika segala bentuk kepura-puraan ditinggalkan dan ketika semua kegembiraan itu sampai ke dalam hatinya kerana sudah dekat dengan apa yang dia inginkan kerana tercapainya maksud yang dia dambakan, kerana kejayaannya menembusi majlis yang dia dambakan, dan kerana kemampuannya menakluki semua rintangan." (Al-Hafiz Ar-Ramhurmuzi)

Misi Rahmatan Lil-'Alamin

Wednesday, August 22, 2012

Syawal 1433 H

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Syawal tiba lagi.
Doa demi doa Allah makbulkan.
Untuk Emak dan Bapak terutamanya.
Moga dilimpahi kebaikan untuk setahun yang akan datang.
Ameen.

*We do cry, but we choose to smile..* :)


Ikhlas dari : Keluarga Melatu Samsi B Suhadah & Siti Fatimah Bt Aspan - Siti Zakiah - Hiswadi Anuar - Mohd. Zaki - Azliza Abd Majid - Mohd. Fathullah - Wan Natasha - Siti Nur Dalila - Mohd. Izuddin - Mohd. Badiul Juman - Mohd. Zin Fauzan

Dan 7 budak kenit : Luna Maya - Nur Izzah Insyirah - Ian Haris Ardani - Dhiya Hiswaniza - Nur Idleen Irdina - Izyan Izani - Muhammad Darwisy Hayyan

Maaf Zahir & Batin

***************************************



Dan untuk adik-adik dan sahabat terbaik saya yang bakal ke China 26 Ogos 2012 ini. Saya doa yang terbaik untuk kalian. Moga Allah permudahkan perjalanan perjuangan kalian. Ameen.
Untuk Hakim, moga tercapai segala impian merantau dibumi Tuhan. Setahun. [a.K.u doa yang baik-baik saja untuk kau ;)] 

Thursday, June 30, 2011

Wisata Madani; Kembara Wali Songo


Bismillah.

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan lanjut dan bumi (seraya berkata), “Ya Robb kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka dipeliharalah kami dari siksa neraka.” (QS.3:190-191)

:: Jom mengembara..! :)

Thursday, April 7, 2011

Misi Menjejak Wali Songo (14)

Bismillah.

Hari ke 14
14 November 2010
Juanda

'Es Jeruk'. Minuman kegemaran sepanjang di Tanah Jawa.

Hari ke 14 membawa menung dan fikir yang panjang. Namun hari ini juga, masing-masing berdebar kencang. Bakal menjejakkan kaki semula di Malaysia beberapa jam lagi. Untuk hari yang terakhir di Tanah Jawa, kami berqiyamullail dan bersolat subuh berjemaah. Usai subuh, tazkirah ringkas dan perkongsian dari setiap seorang. Entah kenapa hari ini yang kerap disebut soal masa lalu dan masa depan. Soal ibu ayah dan ketaatan seorang anak. Masing-masing punya kisah dan cerita tersendiri. Keharuan.

Kiyai Su dan tongkat Sakti. Hek3.

Usai tazkirah kami bersiap-siap mengemas barang. terkejar-kejar dengan waktu darihal ketiadaan air sedikit menyesakkan. Sepatutnya kami bertolak ke Bandara Juanda (Lapangan Terbang) seawal 7.30 pagi, namun hingga jam 8.00 kami masih belum bertolak sedangkan waktu yang dijadualkan berlepas jam 9.30 pagi. Alhamdulillah, akhirnya kami masih juga mampu sampai pada waktunya di bantu supir (Pak Irfan) dan van tajaan DDI.

Hani dan kipas patah. Ngee :D

Saat-saat akhir di Tanah Jawa kami habisi dengan mengenang waktu-waktu sepanjang dua minggu. Mengingat kembali mereka yang telah banyak membantu. Tak ketinggalan juga menahan sabar untuk menjejakkan kaki di Malaysia nanti. Segalanya bercampur.

Tiba di Kuala Lumpur, sahabat jiwa orang pertama yang saya hubungi. Saya menahan untuk menelefon Emak sehingga waktu yang benar-benar selesa untuk saya dan Emak melepas rindu. Suara Emak yang mendamaikan membuatkan saya lega dan berpuas hati. Saya bersyukur kerana redha Emak sentiasa mengiringi. Harapnya membuktikan Redha Ilahi juga. InsyaAllah.

Senyum garang Cik Rau~

Tukang cari pasal & kamera mahal~

"Saya janji nak jadi budak baik.." Hmph...

Izat si kanak-kanak rebena~ Lalala~

Alhamdulillah. Akhirnya Allah takdirkan juga misi berakhir dengan baik. Malah yang diharap beribu manfaat telah di kutip sepanjang perjalanan pengalaman, telahpun di terima sebaiknya. Yang bukan hanya dengan niat menjayakan misi hidup. Tetapi juga misi mengejar hidup selepas mati. Amin ya Rabb. Alhamdulillah.

Buat semua yang menyumbang tenaga, berkongsi rasa, melatih diri, memberi percaya dan menghadiahi doa. Terima kasih di ucapkan. Keluarga yang di cintai, sahabat yang jauh, yang dekat, senior yang hebat-hebat.. Tak terkata ucap maaf dan terima kasih. Moga Allah membalas semuanya dengan kebaikan dunia & akhirat. Ameen.


:: Ini bukan travelog terakhir..InsyaAllah :)

Monday, April 4, 2011

Inspirasi Tokoh: Generasi Salahuddin Al-Ayyubi


RESOLUSI [SINT] SALAHUDDIN AL-AYYUBI : KETOKOHAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI DALAM MEMPERKASA GENERASI MUDA

1) FAKTOR PENTING KELEMAHAN UMAT ISLAM ADALAH PENGAMALAN FAHAMAN SEMPIT (FANATIK PUAK) DALAM KALANGAN ULAMA’ DAN MASYARAKAT.

- Hal ini dapat dilihat sebelum zaman Hujjatul Islam Imam al-Ghazali, rata-rata ulama’ fanatik dengan mazhab masing-masing. Namun, apabila muncul Imam al-Ghazali keadaaan sedemikian berubah dengan usaha tajdid beliau. Usaha ini didokong oleh Sultan Nizam al-Mulk dan Sultan sendiri banyak berperanan dalam mengembalikan masyarakat pada ketika itu kepada ajaran Islam sebenar.

2) GENERASI MUDA PERLU BERPAKSIKAN KEPADA AQIDAH MATINAH (AQIDAH YANG MANTAP), BUKAN KEPADA NILAI NISBI YANG MENGATASI NILAI AGAMA (ISLAM).

- Sebelum berjaya membebaskan Baitul Maqdis daripada tentera Salib, Salahuddin al-Ayyubi terlebih dahulu ‘membersihkan’ fahaman masyarakat daripada pelbagai fahaman yang sesat. Fahaman sesat itu digantikan dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Misalnya, Sultan Salahuddin al-Ayyubi berjaya menumbangkan kerajaan Mesir di bawah fahaman Syiah Batiniyyah Fatimiyyah.

3) PENDIDIKAN ISLAM BERSEPADU MERUPAKAN TERAS UTAMA DALAM MEMPERKASA GENERASI MUDA SETERUSNYA MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN GENERASI SALAHUDDIN AL-AYYUBI.

- Sistem pendidikan Islam bersepadu yang meliputi ilmu fardhu ain dan ilmu alat telah diperkenalkan oleh Imam al-Ghazali bagi mengatasai masalah ‘penyakit’ umat ketika itu. Sistem madrasah Imam al-Ghazali telah diteruskan oleh ulama’-ulama’ selepasnya sehinggalah berjaya mendidik seorang pejuang Islam yang kompeten Sultan Salahuddin al-Ayyubi.

4) GENERASI MUDA PERLU BERFIKIR SECARA HOLISTIK DAN KREATIF DALAM MENCARI PELUANG UNTUK MEMAJUKAN POTENSI DIRI BERLANDASKAN AJARAN ISLAM.

- Contoh yang ditunjukkan oleh Salahuddin Al-Ayyubi dalam merancang strategi perang sangat dikagumi oleh semua pihak termasuk pihak musuh. Salahuddin al-Ayyubi berjaya menyatukan Syria dan Mesir dalam usaha penggabungan tenaga untuk menawan Baitul Maqdis.

- Beliau sentiasa mencari peluang dalam untuk mengelirukan pihak musuh dan juga mengikut jejak langkah Rasulullah SAW ketika perang.

5) GENERASI MUDA MESTI SENTIASA BERANI BERTINDAK DALAM MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN.


Disediakan oleh :
Ibnu Ghazali
Ketua Grup Jil Salahuddin al-Ayyubi



:: Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya..

Wednesday, March 9, 2011

Saktinya DIA~

Bismillah.

Alhamdulillah. 4-6 Mac 2011.

Saktinya DIA dia menempatkan saya di Kem SAKTI V biarpun awal yang sebenarnya dengan separuh jiwa. Maafkan saya kerana tidak banyak membantu malah lambat hadir.

Antara perkara paling besar yang saya belajar sepanjang SAKTI V adalah kadang kala awlawiyat (keutamaan) itu bukanlah apa yang kita mahu, tapi apa yang kita perlu. Sama ada apa yang perlu kita buat, atau kita yang memerlukan.

Saya juga belajar, sebagai seseorang yang sudah di didik (tarbiyyah) dengan sangat banyak bertahun di dalam jalan da'wah, sekarang bukanlah masanya untuk berasa selesa malah sebenarnya terlalu banyak tanggungjawab menanti untuk di tanggung. Agar bisa menjawab ketika di sana nanti. Allahu.[Amanah bukan bebanan].

Saktinya DIA juga mendampingkan saya bersama insan-insan terpilih yang bukan calang-calang hebat. Abang Din dan Kak Tini yang saya hormati. Sahabat seSAKTI-Hakim, Shazni, Epah, Fizi, Awe, Ziha. Terima kasih. Banyak pengajaran untuk kita kali ini. Kan?

Buat peserta-peserta SAKTI V yang maha hebat tepuk saktinya itu, teruskan perjuangan kalian di dalam GPTD dan dakwah. Sedikit puisi untuk mereka-mereka yang selalu bertepuk sakti itu:

Kesaktian apakah yang paling sakti melainkan saktinya DIA?
Yang menemukan kita tanpa duga,
Yang mempersahabatkan kita tanpa pinta,
Yang menyatukan hati-hati kita tanpa bicara..

Kesaktian apakah yang paling sakti melainkan saktinya DIA?
Menyatukan jiwa-jiwa,
Memberi faham dan ilmu pada kita,
Menempatkan kita kekal di jalan-Nya,

Dan hati..
Moga tenanglah ia mensyahadatkan kesaktian-Nya,
Mengakui kebesaran dan keagungan-Nya,

Dan hati kita,
Marilah terus bicara..
Maha saktinya DIA..
Subahanallah..
Alhamdulillah..

Wallahu'alam.

Friday, February 18, 2011

Misi Menjejak Wali Songo (13)

Bismillah.

Hari ke-13
Purwodadi-Juanda, Surabaya

"Sarapan pagi di warong berdekatan."

Hari ini hari terakhir kami di Surabaya. Maksud saya hari terakhir kami dengan segala aktiviti. Esok pagi-pagi kami bakal pulang ke Kuala Lumpur. Akhirnya....


Awal pagi kami sudah bersiap-siap untuk pertemuan bersama sahabat-sahabat HMI cabang Surabaya sekaligus bertemu sidang editorial Majalah Suara Hidayatullah dan kepimpinan Lembaga Dakwah Kampus (alumni santri-santri dari Pesantern Hidayatullah). Pertemuan kali ini menampilkan satu diskusi yang menarik dimana semua yang hadir merupakan bekas santri dari Pesantren Hidayatullah. Perbincangan bersama mereka membuahkan satu kekaguman luar biasa. Masakan ada pesantren sehebat ini-melahirkan pemimpin-pemimpin yang hebat juga. Jawapannya ada dan mereka telahpun berada dihadapan saya pagi tadi. Berkenalan, berdiskusi dan bertukar-tukar fikiran. *Ah, semuanya sosok-sosok Abyredha.. [sila abaikan].

Usai pertemuan, Mas Irfan (Driver) membawa kami mengelilingi bandar Surabaya mencari-cari kedai buku untuk shopping buku. Akhirnya kami ke Gramedia. Salah satu kedai buku besar seperti Kinokuniya. Namun disini kami dilarang untk mengambil gambar. Sabar je la...


Tapi saya curi-curi juga ambil gambar di eskulator. Haha. Tengok gambar diatas.. Banyak betul buku disini. Berbaloi-baloi..Dan berhabis duit untuk membeli buku, memang hobi saya. :p

Selepas puas berjalan-jalan, kami di hantar terus ke rumah tetamu Pak Irfan (DDI) di Juanda. Katanya berdekatan dengan lapangan terbang, jadi tidaklah kami kelam-kabut esok. Disebabkan barang kami banyak, kami perlu berulang dan beberapa orang perlu ditinggalkan di rumah tetamu.

Saya, Hani, Anuar & Zul diamanahkan untuk menghadam 5 Dasawarsa sementara En. Su, Izzat & Raudhah mengambil barang kami di rumah tumpangan Purwodadi. Dan bermulalah episod provokasi soal 5 Dasawarsa dan soal-soal peribadi. Anuar yang tak larat nak dengar kami berbalas hujah, melarikan diri dengan tidur. Apapun, saya akan tuntut janji dia. Haha.


Malam ini buat pertama kalinya kami makan A&W, sempena hari lahir en.Su barangkali. Usai makan dan solat, kami mulakan diskusi dan bedah buku 5 Dasawarsa. Menghadam sisi-sisi sejarah PKPIM, ABIM dan GPTD. Perbincangan yang rancak, menarik, sekejap panas..dan kemudian sejuk kembali..diselang-seli gelak ketawa.. Berakhir dengan satu resolusi yang dinamakan 'Resolusi Juanda'. Alhamdulillah. Harapnya 'Resolusi Juanda' akan dapat dilaksanakan dengan baik.. InsyaAllah.



:: Sedih berbaur gembira...

Monday, January 17, 2011

Misi Menjejak Wali Songo (12)


Bismillah.

Hari ke-12
Surabaya.

Hari ni hari ke-12. Sesuai dengan tarikh 12 November 2010. Kerana itu juga mungkin setakat ni saya tak pernah tersasul dalam rakaman tentang tarikh dan hari ekspedisi.

Hari ini saya dalam debar. Di jemput untuk satu segment bual bicara di Radio Suara Muslim Surabaya. Saya mewakili PKPIM dan Abg. Suhadak mewakili GPTD. Itu persetujuan antara kami yang dimaklumi DJ Sdr. Dadang Hidayat dan sahabatnya Sdr. Didi Syahputra. Isunya soal memperkenalkan PKPIM dan GPTD, soal ekspedisi Wali Songo dan hal lain yang terkait. Sejam di dalam konti, saya berpura tenang dan berusaha menyampaikan sehabis baik. Akhir saya masih tidak berpuas hati. Tapi mungkin itu sisinya Allah mahu didikkan saya dengan kekurangan supaya saya belajar lebih lagi. Juga supaya saya sedar segala kebergantungan adalah pada rahmat dan kekuatan Allah semata, bukan kekuatan diri. Alhamdulillah.

Mangenali sahabat-sahabat dakwah yang hebat ini membantu saya memahami bahawa di sisi dan ceruk manapun, pasti akan ada segolongan manusia yang ikhlas dalam menyampaikan agama-Nya dan mujahadah dalam penderitaan demi-Nya. Sesuai dengan ayat Allah ini:

Maksud: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali-Imran: 104)

Hampir tengahari, kami meneruskan perjalanan ke Sekretariat PII cabang Jawa Timur. Pertemuan singkat bersama anak-anak muda-terlalu muda pada saya mungkin, Chotieb dan temannya Yusuf yang punya cita-cita untuk menyambung pengajian di Malaysia. Akan kami nantikan mereka.

Solat Jumaat hari ini Abg. Suhadak sudah berjanji bersolat di Masjid Hilal (yang dibina oleh Dewan Dakwah) dekat dengan penginapan kami. Perjalanan berjalan kaki hanya mengambil masa 10minit. Usai solat, pertemuan bersama Pak Tamat, wakil DDI membicarakan soal ummat. Maksud saya soal ummat yang perlu dipandangi anak muda yang idealis. Oleh itu anak muda perlu dipelihara cara fikirnya, begitulah pesan Pak Tamat.

Petang tadi, kami menghabiskan waktu di toko buku. Mencari buku-buku terbaik untuk dibawa pulang. Rupanya mencari buku tidaklah semudah yang disangka. Pesan Abg. Suhadak, hati-hati memilih buku, jangan sampai terpilih buku yang salah. Salah dari sudut isi dan pengarangnya. Saya akui nasihatnya. Siapa lagi mahu nasihati saya perkara-perkara begini disini selain dia. Terima Kasih. Dia sememangnya mentor yang baik. Walau kadang saya malas-malas mahu dengar bebelan dia. Heee :D.

Sejujurnya ini yang saya rasa hari ini:

Awal perjalanan terlihat jauh,
Terasa cepat cuma di penghujung,
Dalam membumi makna hakiki dalam diri,
Dalam mengakar iman aqidah dalam hati..
Allahurabbi,
Perteguhkan hati kami.
Dalam jalan perjuangan-Mu ini..
Ameen..



:: Mengira hari.. 2 hari lagi… Allah…Allah

Thursday, January 6, 2011

Misi Menjejak Wali Songo (11)

Bismillah.

11 November 2010
Surabaya



Malam tadi kami bertolak dari Semarang lebih kurang jam 10 malam menuju ke Surabaya. Mujur van kali ini lebih besar dari van-van sebelum ini dan lebih selesa. Alhamdulillah. Perjalanan malam tiada apa yang mampu dilakukan selain tidur.

Kami tiba di Daerah Demak dan bersolat subuh di sebuah masjid disana. Tiba di Surabaya, disambut matahari terbit di sepanjang laluan jalan bersebelahan laut (gambar dalam slide). Indah, subahanallah. Berhenti sebentar untuk mengambil gambar dan teruskan perjalanan.

Kami dibawa terus ke rumah penginapan di Pekan Purwodadi dan disambut oleh Pak Irfan dari Dewan Dakwah Islamiyyah Indonesia yang mendanai peginapan dan pengangkutan kami sepanjang di Surabaya. Alhamdulillah.

Jam 9 pagi, masing-masing bersiap-siap untuk ke Makam Wali Songo yang seterusnya iaitu Makam Sunan Ampel, Sunan Giri, Sunan Drajat, Sunan Grisik atau Maulana Ishaq dan Sunan Bonang. Sebelum itu kami sempat bertemu Saudara Dadang Hidayat (Ketua Umum HMI cabang Surabaya). Beliau telah menjemput kami untuk menjadi tetamu dalam program bual bicara Radio Suara Muslim Surabaya pada keesokakan harinya. Niat ini telah diberitakan kepada kami sejak di Semarang lagi melalui SMS. Pertemuan singkat bersama Saudara Dadang selain sebagai tanda perkenalan juga untuk mempersiapkan kami dengan siri bual bicara esoknya nanti.

Masjid Sunan Ampel

Bersama Sdr. Fadhil


11 pagi, kami tiba di Makam Sunan Ampel. Disini juga terdapat masjid Sunan Ampel yang sudah berusia lebih 100 tahun. Sedihnya kami tidak dibenarkan mengambil gambar makam. Namun masih juga meneruskan liputan di luar makam. Sebelum pulang, kami kebetulan bertemu seorang pelajar Malaysia dari Institut Bahasa Arab Sunan Ampel-Sdr. Fadhil yang berasal dari Penang.


Pintu masuk Makam Sunan Gresik

Makam Sunan Gresik @ Maulana Ishaq

Usai tugasan di Makam Sunan Ampel, kami bergerak ke Makam Sunan Greisik atau lebih dikenali sebagai Maulana Ishaq. Makam Sunan Grisik lebih terbuka dan jelas untuk diambil gambarnya.

Seterusnya kami ke Makam sunan Drajat yang lebih besar dan luas kawasannya. Terdapat juga surau dan muzium Sunan Drajat. *Kami sudah pun keletihan, tetapi kembara harus juga diteruskan*

Berjalan ke Makam Sunan Drajat

Muzium Sunan Drajat

Di Makam Sunan Giri kami dibasahi hujan dan terpaksa menaiki tangga yang agak tinggi dan meminjam payung dari makcik-makcik peniaga ditepi-tepi jalan sepanjang menaiki tangga. Bersolat jamak Zuhur dan Asar di Masjid Sunan Giri yang menghadap lautan...

Tangga paling atas menuju ke makam Sunan Giri


Ke Masjid Sunan Giri

Masjid Sunan Giri

Sesampai di makam Sunan Bonang kami keletihan. Solat Marghrib dan Isyak di Masjid Sunan Bonang dan keadaan gelap menyukarkan kami untuk mengambil gambar. Jam menunjukkan pukul 9 malam sewaktu kami bergerak pulang.

Makam Sunan Bonang

Hari ini masing-masing lebih banyak diam & fokus dalam menjalankan tugas masing-masing. Tiba-tiba semuanya jadi baik dan tak banyak kerenah. Tapi dalam perjalanan pulang kena marah juga bila buat lawak dan bergaduh tak tentu hala. Sampai pening kepala En.Su dibuatnya.. Maafkan kami En. Su.. huhu..

Terima kasih Pak Irfan (Pemandu) yang sangat baik melayan kerenah kami.. :)

Berteman Ma'athurat dalam perjalanan pulang..



:: Penat yang berbaloi..Alhamdulillah..

Wednesday, December 22, 2010

Misi MenjejakWali Songo (9)

Bismillah.
Lokasi: Semarang
Hari ke 9 (9 November 2010)

Hari ke sembilan, tanggal 9 November 2010 membawa kami menyelusuri sejarah PKPIM, ABIM dan GPTD dengan lebih mendalam. Tentunya bukan hanya untuk suka-suka, tetapi sebagai satu medium pemahaman tentang objektif ekspedisi yang dijalankan. Juga sebagai satu persediaan apabila berhadapan dengan organisasi-organisasi mahasiswa disini seperti HMI (Himpunan Mahasiswa Islam), PII (Pelajar Islam Indonesia) dan KAMMI (Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia).

Daripada pengamatan peribadi, saya menyenagi semangat mereka. Kemahuan untuk melihat Islam bangun suatu hari nanti. Walau berbeza cara, pendapat dan prinsip, namun ada perkara yang wajar di contohi. InsyaAllah, akan menghadam semangat mereka dan adaptasikan mengikut situasi semasa. Adapun, citra pejuang yang ditunjukkan mereka akan terus tertanam dalam ingatan saya. InsyaAllah. :)


Di Sekretariat Persatuan Pelajar Islam (PPI) cabang Jateng

Perbincangan.

Di Sekretariat Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI).

Semangat Pemuda-Lihat sahaja nyala baju merahnya..

HMI cabang Semarang.

Anak-anak murid Sdr. Muhadz. Sangat keletah! :)

Diskusi santai bersama HMI-sambil makan dodol pemberian Sdr. Syarief (macam-macam perisa ada-coklat, strawberi, pandan.. nak tempah-hubungi Hani :p)



Hari ini kami berkesempatan juga ke Tokong Cheng Ho ataupun lebih dikenali sebagai 'Kelenteng Sap Po Kong'. Salah satu objektif ekspedisi ini sebenarnya adalah juga untuk menjejak tinggalan Cheng Ho di Indonesia. Di kelenteng Cheng Ho, bangunannya sangat unik. Disini terdapat dua bahagaian yang menempatkan tokong di salah satu bahagian dan binaan-binaan serta patung-patung di bahagian yang lain. Kami dilarang memasuki kawasan tokong untuk mengambil gambar kerana tidak mahu mengganggu pengunjung yang sedang bersembahyang. Namun setelah berbincang dengan penjaga (pak guard), hanya dua orang dari kami dibenarkan masuk. Itupun sekadar membuat liputan dokumentari. Alhamdulillah, walaupun begitu, kami masih juga bersyukur.

Kelenteng Sam Po Kong

Bahagian dalam

Kami pulang seperti selalu, hampir menjejak waktu isya' sewaktu check in di hotel. Saya masih dengan seribu satu perkara bermain difikiran. Memikir pengelaman sepanjang hari, perkara-perkara yang berbeza antara kami, mencari-cari sikap dan merangka isi travelog. Terlalu banyak untuk diungkai..malah terlalu banyak juga untuk dikongsi. Allahhuakhbar.

Usai solat Isya', saya dan Raudhah menonton Tv. Saluran berita mengejutkan kami. Kemalangan di landasan laluan Kereta Api yang kami lalui semalam cukup mengejutkan. Malah gambar menunjukkan mangsa-mangsa yang tersepit di celah-celah gerabak menambah gerun. Daham hati beristighfar, juga bersyukur. Jika ditakdirkan kami melawatkan perjalanan, mungkin kami adalah diantara mangsa-mangsa itu. Allahahurabbi. Hampir menangis juga ada.

Sewaktu post mortem- ini yang saya fikirkan: Dalam hidup bersahabat, pasti ada masam manisnya. Namun, dalam menjalankan tugas dakwah, manusia itu berbeza-beza sifatnya. Belajar untuk menerima agar diri diterima. Faham untuk difahami.Teringat pesan teman saya yang sedang dibatasi lautan lama dulu.

Ya, sebagai da’ie, saya akui kelemahan diri. Saya percaya orang yang mengaku kesalahan adalah orang yang berani, dan orang yang berubah untuk tidak melakukan kesalahan yang sama berulang kali, adalah orang yang berjaya. InsyaAllah. Saya terima kritikan dan nasihat sebagai satu medan untuk saya perbaiki diri. Alhamdulillah, tarbiyyah Allah tak pernah berhenti. Maafkan saya andai tiba-tiba saya emo hari ini. Emo kerana provokasi (capek!).

Namun, bila difikirkan semula, pergantungan pada Tuhan itu yang paling utama. Apapun terjadi, minta, tanya, rayu, syukur pada DIA. Kerna sebenarnya tiada sesiapa yang lebih tahu tentang diri kita selain DIA. Allahurabbi.



:: Terima Kasih Ya Allah...

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...