Monday, January 17, 2011

Misi Menjejak Wali Songo (12)


Bismillah.

Hari ke-12
Surabaya.

Hari ni hari ke-12. Sesuai dengan tarikh 12 November 2010. Kerana itu juga mungkin setakat ni saya tak pernah tersasul dalam rakaman tentang tarikh dan hari ekspedisi.

Hari ini saya dalam debar. Di jemput untuk satu segment bual bicara di Radio Suara Muslim Surabaya. Saya mewakili PKPIM dan Abg. Suhadak mewakili GPTD. Itu persetujuan antara kami yang dimaklumi DJ Sdr. Dadang Hidayat dan sahabatnya Sdr. Didi Syahputra. Isunya soal memperkenalkan PKPIM dan GPTD, soal ekspedisi Wali Songo dan hal lain yang terkait. Sejam di dalam konti, saya berpura tenang dan berusaha menyampaikan sehabis baik. Akhir saya masih tidak berpuas hati. Tapi mungkin itu sisinya Allah mahu didikkan saya dengan kekurangan supaya saya belajar lebih lagi. Juga supaya saya sedar segala kebergantungan adalah pada rahmat dan kekuatan Allah semata, bukan kekuatan diri. Alhamdulillah.

Mangenali sahabat-sahabat dakwah yang hebat ini membantu saya memahami bahawa di sisi dan ceruk manapun, pasti akan ada segolongan manusia yang ikhlas dalam menyampaikan agama-Nya dan mujahadah dalam penderitaan demi-Nya. Sesuai dengan ayat Allah ini:

Maksud: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali-Imran: 104)

Hampir tengahari, kami meneruskan perjalanan ke Sekretariat PII cabang Jawa Timur. Pertemuan singkat bersama anak-anak muda-terlalu muda pada saya mungkin, Chotieb dan temannya Yusuf yang punya cita-cita untuk menyambung pengajian di Malaysia. Akan kami nantikan mereka.

Solat Jumaat hari ini Abg. Suhadak sudah berjanji bersolat di Masjid Hilal (yang dibina oleh Dewan Dakwah) dekat dengan penginapan kami. Perjalanan berjalan kaki hanya mengambil masa 10minit. Usai solat, pertemuan bersama Pak Tamat, wakil DDI membicarakan soal ummat. Maksud saya soal ummat yang perlu dipandangi anak muda yang idealis. Oleh itu anak muda perlu dipelihara cara fikirnya, begitulah pesan Pak Tamat.

Petang tadi, kami menghabiskan waktu di toko buku. Mencari buku-buku terbaik untuk dibawa pulang. Rupanya mencari buku tidaklah semudah yang disangka. Pesan Abg. Suhadak, hati-hati memilih buku, jangan sampai terpilih buku yang salah. Salah dari sudut isi dan pengarangnya. Saya akui nasihatnya. Siapa lagi mahu nasihati saya perkara-perkara begini disini selain dia. Terima Kasih. Dia sememangnya mentor yang baik. Walau kadang saya malas-malas mahu dengar bebelan dia. Heee :D.

Sejujurnya ini yang saya rasa hari ini:

Awal perjalanan terlihat jauh,
Terasa cepat cuma di penghujung,
Dalam membumi makna hakiki dalam diri,
Dalam mengakar iman aqidah dalam hati..
Allahurabbi,
Perteguhkan hati kami.
Dalam jalan perjuangan-Mu ini..
Ameen..



:: Mengira hari.. 2 hari lagi… Allah…Allah

No comments:

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...