Friday, April 1, 2011

Dalam fikir...


Bismillah.

Rupanya kalau mahu melontar kata, jangan tersalah nada.
Kelak tersilap didengar, tersilap juga menilai makna..

Kadang-kadang ada tertanya sama diri.
Ujian Tuhan bertambah berat,
atau jiwa aku yang semakin kecil?

Jawapannya ada.
Tapi untuk aku simpan sendiri.
[Setakat ini]

Apa pun.
Entri di bawah ini dari blog beliau.

Jom hayati dan renungi makna di setiap bait kata.

Seorang murid bertanyakan shaikhnya, mengapa tiada dia dinaikkan tarafnya ke darjat yang lebih tinggi, sedangkan sudah berpuluh-puluh tahun berguru dengannya. Shaikh menjawab sambil bangun mencoretkan beberapa titik di tembok di belakangnya: 'Wahai anakku, cuba beritahu apa yang kau lihat di sini', katanya sambil menunjuk kepada tembok. 'Hamba melihat beberapa coretan titik di situ', jawab si murid.


Lantas shaikh berkata: 'Kau hanya melihat titik tanpa melihat bidang luas tembok yang putih melepak ini; kau hanya memandang pada noda-noda kecil, tiada pada keputihan yang meliputi pandanganmu; kau hanya ashik pada memencilkan yang batil tanpa mengikrarkan hak yang nyata terbentang di hadapanmu! Maka dari itu bahtera pelayaran di lautan ruhani akan senantiasa tergendala tersauh cetek pada pantai permulaan.'


Risalah Untuk Kaum Muslimin; perenggan 63


01 April 2011
8.13 pagi
Kafe ECONS IIUM



:: Zikir dalam fikir... :)

No comments:

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...