Bismillah.
Hari ke 14
14 November 2010
Juanda
'Es Jeruk'. Minuman kegemaran sepanjang di Tanah Jawa.
Hari ke 14 membawa menung dan fikir yang panjang. Namun hari ini juga, masing-masing berdebar kencang. Bakal menjejakkan kaki semula di Malaysia beberapa jam lagi. Untuk hari yang terakhir di Tanah Jawa, kami berqiyamullail dan bersolat subuh berjemaah. Usai subuh, tazkirah ringkas dan perkongsian dari setiap seorang. Entah kenapa hari ini yang kerap disebut soal masa lalu dan masa depan. Soal ibu ayah dan ketaatan seorang anak. Masing-masing punya kisah dan cerita tersendiri. Keharuan.
Kiyai Su dan tongkat Sakti. Hek3.
Usai tazkirah kami bersiap-siap mengemas barang. terkejar-kejar dengan waktu darihal ketiadaan air sedikit menyesakkan. Sepatutnya kami bertolak ke Bandara Juanda (Lapangan Terbang) seawal 7.30 pagi, namun hingga jam 8.00 kami masih belum bertolak sedangkan waktu yang dijadualkan berlepas jam 9.30 pagi. Alhamdulillah, akhirnya kami masih juga mampu sampai pada waktunya di bantu supir (Pak Irfan) dan van tajaan DDI.
Hani dan kipas patah. Ngee :D
Saat-saat akhir di Tanah Jawa kami habisi dengan mengenang waktu-waktu sepanjang dua minggu. Mengingat kembali mereka yang telah banyak membantu. Tak ketinggalan juga menahan sabar untuk menjejakkan kaki di Malaysia nanti. Segalanya bercampur.
Tiba di Kuala Lumpur, sahabat jiwa orang pertama yang saya hubungi. Saya menahan untuk menelefon Emak sehingga waktu yang benar-benar selesa untuk saya dan Emak melepas rindu. Suara Emak yang mendamaikan membuatkan saya lega dan berpuas hati. Saya bersyukur kerana redha Emak sentiasa mengiringi. Harapnya membuktikan Redha Ilahi juga. InsyaAllah.
Senyum garang Cik Rau~
Tukang cari pasal & kamera mahal~
"Saya janji nak jadi budak baik.." Hmph...
Izat si kanak-kanak rebena~ Lalala~
Alhamdulillah. Akhirnya Allah takdirkan juga misi berakhir dengan baik. Malah yang diharap beribu manfaat telah di kutip sepanjang perjalanan pengalaman, telahpun di terima sebaiknya. Yang bukan hanya dengan niat menjayakan misi hidup. Tetapi juga misi mengejar hidup selepas mati. Amin ya Rabb. Alhamdulillah.
Buat semua yang menyumbang tenaga, berkongsi rasa, melatih diri, memberi percaya dan menghadiahi doa. Terima kasih di ucapkan. Keluarga yang di cintai, sahabat yang jauh, yang dekat, senior yang hebat-hebat.. Tak terkata ucap maaf dan terima kasih. Moga Allah membalas semuanya dengan kebaikan dunia & akhirat. Ameen.
:: Ini bukan travelog terakhir..InsyaAllah :)
No comments:
Post a Comment