
Bismillahirrahmanirrahim.
Gambar ini sama sekali tiada kaitan dengan entri.
Saya sekadar suka sisi 'sinikal'nya.
Terkenang entri lepas,
soal mahu hidup dengan penuh 'cool'.
Dan benar sekali, kita takkan tahu masa depan.
Nampaknya cabaran demi cabaran.
Kian dekat dan terasa.
Berat tak berat, harus berani untuk berhadapan dengan semuanya.
Saya berhutang banyak.
Pada keluarga.
Bapak yang sedang sakit khasnya.
[Moga Allah memberi tenang buat Bapak dan Emak]
Sahabat yang semakin banyak terasa jauhnya.
Adik-adik yang bakal ditinggalkan nanti.
Rasa bersalah kepada kebanyakan orang.
Saya berfikir banyak.
[sampai pecah kepala; analogi je tu~]
Banyak sampai stress.
Wallahu'alam.
Namun,
Alhamdulillah.
Dia tak pernah tinggalkan saya sendirian.
Sebahagian perkara telah Dia jawabkan.
Tinggal sebahagian lagi.
Alhamdulillah juga.
Allah kurniakan teman pada waktu yang seperlunya.
Yang selalu mendengarkan & mengingatkan.
Alhamdulillah.
Katanya, "Kematangan itu subjektif. Kalau dari segi pemikiran,
awak memang matang, tapi perangai tak pula macam tu."
Oh... -.-"
"Tapi kalau orang lain boleh, awak juga pasti boleh."
.diam.
:: Bakal dimarah...dan percayalah, saya ada masalah dengan 'kemarahan'.
No comments:
Post a Comment