Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, Bapak dah keluar dari hospital minggu lepas. Senang hati Emak. Walaupun setiap tiga hari masih perlu ke hospital untuk dialisis, tapi dapat balik rumah lebih baik. Lebih selesa. Nak beribadah pun mudah. Kata Emak.
Minggu ini, melihatkan kebanyakan sahabat-sahabat berjuang dilapangan, terasa juga cemburunya. Namun rencana Allah ada baiknya. Menemani Emak dan Bapak selama tiga hari, macam-macam cerita keluar.
Tapi kiash Jasni yang paling banyak Emak ulang-ulang. Kisah Jasni ziarah Bapak dan Emak di hospital. Jasni bawak jalan-jalan. Jasni bagi mee. Jasni begitu. Jasni begini. Saya cuma mampu gelak tak terkata. Jasni oh Jasni. Lain kali datang lagi ye. Seronok benar Emak bercerita.
Tapi apa yang paling saya syukurkan, Emak dan Bapak tenang. Tenang meniti usia dalam Ramadhan yang mulia. Alhamdulillah. Tiga hari cuti, siap empat jenis kuih raya. Untuk Emak. Semuanya untuk Emak rasa bahagia. Alhamdulillah.
Hari ini 20 ramadhan. Tinggal lagi 10 hari. Moga 10 hari ini kita semua dapat menjalaninya dengan baik. Istiqamah dengan amal ibadah dengan kualiti yang 'mantop'. InsyaAllah. Kita usaha, kita doa, kita buat, InsyaAllah dapat. Dapat apa? Allahu'alam. Allah yang tentukan semua. InsyaAllah. :)














