Showing posts with label Tentang Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Tentang Sahabat. Show all posts

Tuesday, December 3, 2013

Congratulations Girls!

Bismillahirrahmanirrahim.

Siapa pun dia. Apa pun sejarahnya. Saya tak pernah kisah. Yang penting, dia selalu ada. Selalu terima. Selalu faham walau tak tahu cerita. Selalu berhati-hati dalam berkata-kata. Supaya Kakaknya tak pernah kecewa dengan dia. Memang tak ramai orang macam dia. Cuma satu dua. Jahat-jahat Kakak dia pun, dia tadah macam Kakak dia tak pernah buat salah. Tegur-tegur dia pun, tak pernah buat hati Kakak dia cedera parah. Sudah cukup sudah~ 
Hamek ko nak sangat ayat best.. oh-hoi! 

I love the 'craziness' in me. And the 'craziness' of them both. And the blurry sister of her (the other one). Wakaka. May Allah grant them with success in their life. Here & hereafter. Ameen. InsyaAllah.    

Thursday, November 28, 2013

Dalam kenangan..

Bismillahirrahmanirrahim.


"Memandang kehadapan pun, jangan lupa toleh sebentar ke belakang.
Masih terlalu banyak yang indah bukan."

Tuesday, September 10, 2013

"Meneruskan Aspirasi Perjuangan"

Bismillahirrahmanirrahim.


"Pengalaman sejarah umat Islam menyimpan catatan kedua-dua - kesatuan dan kepelbagaian (al-wihdah wa al-tanawwu') - sekaligus. Sekali lagi, kesatuan dan kepelbagaian adalah dua sisi mata wang yang sama. Yang selalu diperjuangkan oleh umat Islam memang kesatuan dan keseragaman, tetapi yang banyak terjadi adalah kepelbagaian dalam bingkai kesatuan."


"Terdapat 5 matlamat khusus seperti yang digariskan oleh Dr. Siddiq Fadhil dalam ucapan dasarnya pada muktamar ABIM Ke -11 iaitu :

  1. Membina sahsiah (peribadi) Islam.
  2. Membina usrah (keluarga) Islam.
  3. Membina ummah (masyarakat) Islam.
  4. Menegakkan dawlah (negara) Islam.
  5. Membina khilafah (dunia) Islam.



"Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi pernah menulis dalam kitabnya, Wajibu Syabab' Islami, terdapat 4 kewajiban bagi belia dan pemuda Islam iaitu :
  1. Berilmu. 
  2. Beramal.
  3. Berjamaah. 
  4. Melaksanakan." 
**********************

"Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dialah sebaik-baik Hakim." [Surah Yunus : 109]

p/s: Gambar-gambar diambil dari laman FB kekanda naqibah, Kak Fadhlina. 

Monday, July 8, 2013

Allah Yahdik!

Bismillahirrahmanirrahim.

pic: Bidadari Sandra

Sabtu, 6 Julai 2013. Alhamdulillah, adinda Sabariah akhirnya pulang juga ke kampung halaman. Dilambai dengan air mata teman seperjuangan sejak di UPM - percayalah, beliau juga berteman air mata disepanjang perjalanan ke Kuala Terengganu. 
Moga Allah memberikan kekuatan kepada Adinda yang seorang ini untuk terus berbakti kepada ummat. Kata Aisyah "Cuma ada seorang sahaja Sabariah dalam dunia ni.". Ya, cuma ada seorang sahaja Sabariah yang gigih, kuat, tabah, bersungguh-sungguh, ikhlas dan... gelabah..  :)
Nanti kita pergi Sabah lagi sama-sama ok. InsyaAllah.. :) 
Sobs....~

[Adinda Atikah, jangan menangis baca entri ni tau.. :)]

******************

Untuk adinda Zihan. Selamat menjalani 'proses'. InsyaAllah, sampai waktunya nanti, pasti Allah akan jawabkan. :) 
Salam sayang dari jauh [la sangat~] 

Salam Ramadhan 1434 H. :) 

Wednesday, July 3, 2013

Cari hikmah..

Bismillahirrahmanirahim.


"Saya nampak dia di IKEA tadi kak. Dengan seorang perempuan." 
"Em, salah orang kot. Sangka baik je la." 
"Mungkin. Tapi saya rasa itu dia. Cuma perempuan tu saya tak kenal." 
"Hmm..baiklah. Tak apa lah. Akak pun tak tahu nk komen apa."

**************
Bukan hanya ketika melakukan hal salah kita bisa menghadapi masalah. Saat melakukan hal benar pun kita bisa menghadapi masalah yang lebih serius lagi. Tetapi bukan berarti kita jadi tidak mau melakukannya. Itulah yang membedakan antara orang-orang hidup dengan prinsip baik atau sebaliknya. *tere lije*

 :: Cuma mampu mendoakan yang baik-baik. :)

Monday, May 27, 2013

Demi sebuah faham..

Bismilahirrahmanirrahim.



Kali ini lain.
Dia lain.
Faham dia tak seperti orang lain.
Faham dia unik.
'Out of the box' kata orang putih.

Unik yang selalu bikin aku makin pening.
Buat aku fikir yang dia sebenarnya tak faham.
Tapi akhirnya, baru aku faham.
Yang sebenarnya dia bukan tak faham.
Cuma dia tak faham macam yang aku faham.

Itu yang aku fikir.
Yang dia fikir.
Aku tak faham.
Dan tak faham-faham.
Sampai sudah.

Tak ke unik namanya tu.

Dan akhirnya lagi.
Masing-masing cuba mencari jalan tengah.
Mempertemukan dua titik faham yang bertentang.
Atau sebenarnya dua titik tidak faham yang bertentang.

Berkali-kali.
Sampai penat lagi.
Dan lagi..
Dan lagi...

p/s [1] : Takkan habis sampai hujung waktu.

p/s [2] : 'Sharing similarities, accepting differences'

Tuesday, April 23, 2013

Hak untuk menilai~


Bismillahirrahmanirrahim. 
"Apa pun yang dia buat sekarang, aku tak ada hak untuk menilai. Pada aku, apa yang dia buat semua betul. Tak ada yang salah." 
"Kenapa?" 
"Bla..bla..bla.." 
"Kau tahu tak apa yang kau buat kat dia tu salah?" 
"Tahu..dan aku rasa Allah dah balaskan pun. Perkara yang sama aku buat pada dia, orang buat juga pada aku." 
"Habis tu?" 
"Aku tak tahu nak buat macamana. Tak tahu macamana nak betulkan keadaan. Aku cuma boleh mintak maaf." 
"Sama macam dulu." 
"Tak, tak sama.. sekurang-kurangnya dulu aku maklumkan. Mintak maaf. Jelaskan. Bagi faham. Kali ini tidak. Tak tahu nak jelaskan macamana." 
*both are speechless*

Friday, March 1, 2013

Berusaha untuk melihat indah..

Bismillahirrahmanirrahim.

Adakah saya mampu mendidiknya dengan baik?
Malam semalam saya menjaga anak saudara.
Si Kakak dan Ian yang demam.
Usai marghrib, sudah jadi rutin untuk berlama-lama ditikar sajadah.
Mengulang ingat semua aktiviti sehari dan mengenang sifat & sikap beberapa waktu terkebelakang. 
Menilai diri dengan cara melihat diri sendiri sebagai orang 'asing' rupanya berkesan.
"Kalau kau tengok orang lain berperangai macam itu, apa yang kau fikir?"
"Itulah apa yang mereka akan fikir tentang kau, bila kau buat begitu."
Itu baru pandangan manusia.
Pandangan Allah?
Wallahu'alam.
Sampai satu tahap, saya menangis.
Saya tahu silap saya banyak.
Pada manusia yang paling dekat khususnya.
Tapi apa gunanya menangis.
Segala kesalahan lalu takkan dapat diulang untuk dielakkan.
Allah sahaja yang tahu kenapa ditakdirkan begitu.
Juga, Allah sahaja yang Maha Tahu bentuk masadepan nanti.
Doa..doa..doa...tanpa henti..
Puas menangis, saya tersenyum sendiri. Senyum dengan mata merah.
Lucu mengenang diri sendiri. 
Tiba-tiba Si Kakak masuk ke bilik dan menegur.
"Kenapa Cik Lilil suka-suka ni?" dengan muka pelik.
Senyum makin melebar.
"Eiii..apa suka-suka ni?" Si Kakak geram kerana soalan tidak dijawab.
"Tak ada apa-apa la kakak." 
Ketawa saya pecah.
Lucu dengan soalan si Kakak.
Lucu dengan diri sendiri masih belum habis. 
"Apa ni Cik Lilil ketawa-ketawa pulak!" jerit si Kakak tak puas hati.
Tak sedar bila bercakap tu masih pelat. Huh. 
Akhirnya kami ketawa bersama-sama.
Sampai puas. 
Lama baru tersedar.
Allah dah bagi banyak.
Alhamdulillah. 
Apapun.
Saya masih yakin - demi matlamat yang satu.
InsyaAllah.
:)

Tuesday, January 8, 2013

Kuasa Doa & Kuasa Maaf

Bismillahirrahmanirrahim.


Menjadi dewasa yang tersepit antara keperluan dan kehendak.
Keluarga dan jamaah.
Saudara dan perjuangan.
Hati, cinta dan persabahatan.
Harta, jawatan dan tanggungjawab.
Krisis demi krisis.
Dalaman dan luaran.
Aku rasa semua yang sedang menganjak dewasa wajib diduga perkara-perkara sebegini.
Aku kata wajib sebab aku sentiasa didengarkan dengan kisah garis-garis hidup manusia sekelilng.
Pahit pedih masam manis.
Kadang-kadang, kerja aku cuma dengar.


Dan En.Eks bakal mengulang, 
"Awak manusia penuh rahsia Dyll.."
Ewah~

Bukan mudah menjaga percaya orang pada kita.
'Ala kulli hal, Allah sebaik-baik penjaga.

Aku kongsikan sedikit dari isi perbincangan bersama Abg. Rizal dua hari lepas.
Dengan segala macam isi, ada dua benda penting yang aku rasa sangat terkesan dalam hati.

Pertama, kuasa doa.
Untuk berdoa, kita perlu yakin dengan apa yang kita doakan.
Bersulam faham dengan sebenar-benar faham semua yang dipintakan.
Yakin bahawa Allah itu sentiasa mendengar apa yang kita doakan.
Dan berdoa itu digalakkan kepada semua makhluk, yang hidup,
yang dah mati, yang wujud, yang ghaib.
"Jangan lokek mendoakan orang lain."
Kita sendiri tahu nilainya kan?


Kedua, kuasa maaf.
Abg. Rizal berkongsi kisah seorang sahabat di zaman Rasulullah s.w.t yang dijanjikan Allah akan masuk syurga hanya kerana setiap malam dia tidak pernah lupa untuk memaafkan semua orang.
Subahanallah.
Sirah sememangnya bukti penting untuk membantu kita membentuk akhlak.
Memaafkan, walau sebesar-besar kesalahan manusia,
siapalah kita sebagai hamba untuk menilai dan menghukum?
Sedangkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan manusia lain itu pun, segalanya dari Allah.
Cukup adil sebenarnya.
Memaafkan akan menghasilkan jiwa lapang dan tenang.
Kembalikan diri menjadi hamba yang redha.
Cuma mungkin kita kena bijak sikit dalam bab memaafkan ni.
Memaafkan tak bermaksud membiarkan kesalahan bermaharajalela dan bersimpang siur depan mata.
Membenci perlakuan, bukan pelaku.
InsyaAllah.

Dua kuasa besar ini akan banyak mendorong kita untuk jadi hamba yang lebih baik.
InsyaAllah.

Moga juga Allah memilih kita menjadi khalifah yang baik juga.
Ameen.

 Oh, dan satu lagi nilai yang paling 'manang' untuk dikongsi:
"Letak ilmu dihadapan setiap perkara."
*Sedang untuk beriman itu juga perlu ilmu.

InsyaAllah.

*******************************************

Oh ya..
Aku dah balik semenanjung.
Sesuatu yang aku malas untuk dikabarkan pada dunia. Huhu.
Apa pun, alhamdulillah.
Dan untuk masa depan, aku memilih untuk kembali ke pangkuan keluarga.
Sudah jauh rasanya berkelana. Cewah~
Mencari cebis-cebis ilmu dan pengalaman.
Dan kini masanya untuk keluarga.
Ada awlawiat yang lebih perlu.
InsyaAllah.

Moga Allah membantu sepanjang perjalanan hidup.
Semua orang. Semua makhluk. InsyaAllah.
Ameen.

Friday, December 14, 2012

Barakallah Mbak Hani

Maaf En. Rahimie, pinjam sekejap isteri encik ni ya...~

Bismillahirahmanirrahim.

Alhamdulullah.
Menjelang 11 / 12 / 2012 Mbak Hani sudah pun bergelar isteri orang. 
Walaupun tarikh itu waktu bekerja, aku nekad walimah Mbak Hani wajib aku pergi.
Bertarung juga nak minta cuti.
Sila bayar gaji aku wahai Mbak Hani.
Wahahaha...Maaf, tak sopan pulak.
*ehem*

Malas nak bercerita panjang pasal majlis,
aku cuma nak ucapkan tahniah kepada sahabat aku yang seorang ni.

Alhamdulillah dah jadi isteri orang.
Dah boleh tambah amal pahala tiap-tiap hari.
Dah ada pembimbing yang halal.
Dah ada guru yang bertauliah.
Dah ada peneman sepanjang hayat.
Moga diberi bahagia.
Sepanjang usia.
Dunia & akhirat, insyaAllah.

Ameen.

***********************************

Setiap kali mendengar lafaz nikah, satu benda je yang aku terfikir.
Syukurlah mereka telah menyelesaikan sebahagian dari tuntutan agama.
Syukurlah Allah memilih mereka.
Alhamdulillah.
"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana ALlah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui". (An Nur : 32)

:: Positip Dyll! Haip!

Monday, October 22, 2012

Sunday, October 21, 2012

'Tamu Gadang'

Bismillahirrahmanirrahim.

Minggu ini minggu 'Tamu Gadang'. Majlis Konvokesyen UMS yang ke-14. Meriahnya, Allah. Cukup penat rasanya berjalan sepanjang Tamu Gadang meraikan adik-adik SISMA-UMS yang bergraduasi tahun ini. Sungguh, untuk yang hadir tanpa ditemani keluarga, aku cuba berusaha menjadi 'keluarga'. Walaupun usaha aku cuma sedikit, aku harap mereka tidak rasa 'kosong' sepanjang melayani semangat graduasi. melihat mereka tersenyum gembira, cukup Alhamdulillah. Cukup juga aku kata, aku pernah rasa graduasi tanpa keluarga. :)

:: Ya, aku sedang rindu keluarga.. Harap maklum. 

Saturday, October 20, 2012

Abdul Hakim (19 Oktober 1986) & Raja Nurul Balqis (20 Oktober 1987)

Bismillahirrahmanirrahim.

Bulan ni.
Bulan kelahiran manusia-manusia hebat.
Alhamdulillah.



Tuan Hakim.
Kawan aku sejak KPIJ 2006 (kot).
Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-26.
Moga baik-baik saja di tempat orang bos! 
(n_n)v


Puan Raja Nurul Balqis.
Kali pertama jumpa sewaktu malam tautan anak negeri KPIJ di Matrikulasi UIAM, 2004.
Moga Allah merahmati kehidupan kamu & suami.
Ameen..

Moga sihat-sihat saja ya mak buyung.. Hehe..
Pesan aku pada Fahmi, jaga adik akak elok-elok..
Nanti dapat anak bagi nama Raja Nur Dalila pun ok.
Kan? Kan? Lalalala~

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu/berserah diri)." 
(Al-Ahqaf [ 46 ] : 15)

:: Doa dari Negeri di Bawah Bayu~ Fiu~ Fiu~

Wednesday, October 17, 2012

Mohd. Shazni Abdullah


Bismillahirahmanirrahim.

Sabda Rasulullah.saw.: “Sebaik-baik manusia, ialah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya, seburuk-buruk manusia ialah orang panjang umurnya tetapi buruk amalannya.”

Selamat Hari Lahir geng!
Teringat pulak kat selipar kau tu.
Haha..

Hidup bagus-bagus bha di perantauan.
Peace!

Ok. Bai.

Thursday, September 27, 2012

Dup Dap~

Bismillahirrahmanirrahim.


Sepuluh bulan lepas..
"Kenapa awak tak ajarkan topik Fiqh Taharah tu Dalila.. Penting tu.." soal YDP dengan sedikit rasa kecewa.
Aku dah gelabah. "Alamak, acane nak jawab neh." bisik hati.
Mujur si Nini tolong jawabkan.
"Ada ajarkan YDP, tapi tak cukup masa. Mereka mintak diajarkan Iqra'. Mereka mau baca Al-Qur'an juga macam anak-anak mereka."
Selepas dibebel sedikit...
"Jadi kamu nak datang lagi?" Soal YDP.
"InsyaAllah." Dengan muka mengangguk yakin.
*Kalau tangan boleh tunjuk gaya 'peace' dah lama aku tunjuk.
Tamat.....

Ahaha..padahal ceritanya panjang lagi..
Kini..
Kurang 36 jam dari sekarang..
InsyaAllah.
Aku akan berada di Kota Kinabalu semula..
Misi Rahmatan Lil'alamin & Misi Hidup Biar Berjasa.

Alhamdulillah. Minggu ini macam-macam betul diperingatan demi peringatan dari DIA (pastinya):
"Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan NYA, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." (At-Taubah : 24).
Memang syok kalau dapat duduk KL. Tiap-tiap minggu boleh balik rumah. Hujung bulan dapat gaji. Waktu-waktu bosan ada kawan-kawan. Rumah pun selesa. Tapi..itulah.. Apabila nikmat menjadi ujian & ujian adalah nikmat. Pilihan di tangan sendiri.
"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam." (Al-anbiya' : 107)
Dan apabila Allah dah pilihkan kita menjadi agen menyambung risalah dakwah Nabi, satu ; syukur alhamdulillah, dua ; sedar bahawa jalan ini tidak pernah mudah.
Pesan emak ; "Jangan buat perangai kat tempat orang." *Huhu -.-"v
dan kata En.Eks
"Memang perlukan kekuatan yang luar biasa.. Dah baca banyak ayat motivasi dalam quran kan? Dah paham ayat-ayat ustaz kan? Dah selalu diingatkan oleh pentazkirah kan? Tinggal diri sendiri je yang kena kuat. Ayuh..AMALkan apa yang sudah difahami..!

:: Ayo Geng! Laksanakan tugas kita di tempat masing-masing! \(n_n)/

Friday, September 21, 2012

*SeCret~

 Bismilahirrahmanirrahim.
 

Ada suara.
Tapi tak terdengar di udara.
Ada cahaya.
Tapi tak nampak di mata.
Rahsia.

Sering menjarakkan kita.
Manusia.
Kawan.
Teman.
Saudara.
p/s : Turun satu beban. Tambah satu. Setiap satunya nikmat tak terungkap.

Sunday, September 16, 2012

Geng

Bismillahirahmanirrahim.


Bila kita tahu geng-geng kita sedang kuat teruji di tempat masing-masing.
Tempat jauh.
Apa yang kita punya sebenarnya cuma doa.

Doa saya untuk teman-teman tak pernah putus.
Walau sedar air mata bagi seorang pejuang adalah lumrah.

Moga kalian aman.. 
*senyum*

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-Ankabut : 2)


"Aku nak jadi kuat macam korang.."



Wallahu'alam..

Wednesday, September 5, 2012

Domo vs Danbo

Bismillahirrahmanirrahim.


"Hati itu Allah yang pegang. Kita doa je lah"
Guru saya yang seorang itu, kata-katanya memang menusuk. 
*tanpa dia sedar* :)

Kenangan adalah sesuatu yang kadang-kadang tak perlu untuk di ungkapkan.
Ia takkan mampu di padam pun.

"Setiap pengalaman yang tidak dinilai baik oleh dirinya sendiri ataupun orang lain akan tinggal menjadi sesobek kertas dari buku hidup yang tidak punya makna. Padahal setiap pengalaman tak lain daripada fondasi kehidupan" — Pramoedya Ananta Toer (Nyanyi Sunyi Seorang Bisu 2)

Nilaian kita pada kenangan, tak perlu cuma memikir yang sakit-sakit sahaja.
Cukup dengan : "Kenangan itu telah menciptakan seorang aku yang bergini pada hari ini."
Syukur sahaja kan.
Kerna Allah juga yang memegang hati.
Alhamdulillah.

Dan kau adalah Domo. 
Mengada-ngada dan gedik. Garang tapi sensitif.
Ya, mungkin cuma bila mental kau tak stabil. Haha.
Terima kasih.
Fiuh~

Wallahu'alam.

Saturday, September 1, 2012

Islah Nafsak

“Aku bukan nak tinggalkan kawan-kawan. Aku Cuma perlukan persekitaran.” Ujarnya dengan nada sedih.
“Kalau kau tengok, persekitaran sekarang tak membina pun untuk kita memperbaiki diri.” Tambahnya lagi.
 “Aku bukan nak tunjuk baik. Aku tahu aku pun banyak tak betul. *sambil menyebut satu-satu perangai tak eloknya*
“Ada perkara-perkara yang aku nampak salah, tapi aku tak kuat nak tegur sebab aku tahu aku pun tak betul, tak baik mana. Tapi macam inilah jadinya. Kita sakit hati sendiri. Salahkan diri.” Diam.
“Bila kita diam, orang kata kita sombonglah, demamlah..sakitlah..Padahal..”
****************
Ok. Kalau dituliskan, banyak lagi luah si dia ni. Sampai tak terjawab.
Mungkin dia cuma nak saya sebut “Sabar je lah..”
Tapi konklusinya ; 
أصلح نفسك وادع غيرك

“Perbaikilah diri kamu & seru orang lain”
Dan katakanlah, bekerjalah kamu maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. (At-Taubah : 105)
Allah Lebih tahu apa yang ada dalam hati kita. Selabuh manapun hijab yang kita letakkan di luar, belum tentu dapat menggambarkan betapa ‘labuh’nya hijab dalam hati. Soal perubahan ke arah kebaikan, prasyarat utamanya adalah ; MUJAHADAH. Dan ianya adalah sangat tidak mudah. Sangat tidak mudah. Allahu’alam.

Monday, August 27, 2012

Menjejak-Meneladani-Memimpin

Bismillahirahmanirrahim.

"Sorang-sorang terbang."
Begitulah ayat-ayat yang terungkap di kalangan kami.

InsyaAllah.
Allah menjagai mereka.
Walau dimanapun mereka berada.

Grup Cheng Ho

This is awesome!


Ucapan terakhir Hakim sebelum berlepas ke China.


Projek Dakwah Pulau Kokos

*Seronoknya Shazni di Pulau Kokos... :D

Salah seorang dari mereka di atas pernah menyebut:

"Kita akan pulang dengan misi yang lebih besar."

InsyaAllah.
"Seandainya orang yang mencela mereka yang suka mengembara (untuk menuntut ilmu) mengetahui betapa nikmatnya pengembaraan tersebut, betapa besarnya semangat yang dirasakannya ketika meninggalkan tanah kelahirannya, dan kenikmatan yang dirasakan oleh semua anggota tubuhnya pada saat memanfaatkan seluruh kesempatannya untuk melihat tempat yang baru dan rumah yang baru, pada saat melihat dusun-dusun kecil, pada saat melihat kebun-kebun dan tanah-tanah yang lapang, pada saat mengenal bentuk muka baru, pada saat melihat keajaiban pelbagai negeri, pada saat melihat perbezaan bahasa dan kulit, pada saat istirehat dibawah bayangan dinding-dinding dan kebun, pada saat makan di dalam masjid, minum dilembah-lembah, dan tidur dimanapun saat malam tiba pada saat berteman dengan siapa saja yang dicintainya kerana Allah s.w.t tanpa memandang lagi faktor kerabat dan keluarga ketika segala bentuk kepura-puraan ditinggalkan dan ketika semua kegembiraan itu sampai ke dalam hatinya kerana sudah dekat dengan apa yang dia inginkan kerana tercapainya maksud yang dia dambakan, kerana kejayaannya menembusi majlis yang dia dambakan, dan kerana kemampuannya menakluki semua rintangan." (Al-Hafiz Ar-Ramhurmuzi)

Misi Rahmatan Lil-'Alamin

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...