Bismillahirrahmanirrahim.
*Once Upon a Time....
Mengingatkan diri bahawa dunia hanya alat menuju akhirat.
Bukan kerja mudah.
Mujahadah tahap gaban untuk mengingatkan diri sendiri bahawa yang datang dan pergi itu- yang terlihat nikmat & ujian itu – yang diberi dan diambil semula itu – semua dari DIA.
Semuanya untuk dikembalikan – ingatan, tujuan, pergantungan, misi & matlamat hidup pada DIA sahaja.
Menulis dalam keadaan merasai hati sedang pedih [mungkin ini manifestasi hidup sebagai manusia biasa] dan dalam penuh sedar bahawa semuanya telah tertulis oleh-Nya – ia lebih dekat.
Moga waktu-waktu nanti, jadi ingatan buat diri.
Allah sedang berbicara:
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat dari pada urat lehernya.” (Al Qaaf:16)
:: InsyaAllah..tiada apa-apa untuk dirisaukan..tiada apa-apa… :)

No comments:
Post a Comment