Thursday, August 9, 2012

'Refresh' jadual 10 Ramadhan terakhir~

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah kerana Allah telah mengizinkan kita mengecap nikmat 20 Ramadhan yang awal. Sedar tak sedar, Ramadhan kini sudah masuk hari ke 10 yang terakhir. Subahanallah. 10 hari lagi untuk memecut amalan yang berganda hikmahnya. Untuk mendapatkan kemanisan Lailatul Qadr. Untuk melatih diri menjadi bekal 11 bulan mendatang. Hari ini saya lampirkan jadual 'asas' untuk pecutan 10 Ramadhan terakhir sebagai panduan bersama. Sama-sama kongsi, sama-sama ingat-mengingatkan untuk mengamalkan. Kan Mbak Hani? ;)

Bermula dari awal pagi, bangunlah awal untuk mengerjakan solat-solat sunat. Jam 5.00 pagi pun dah ok. Tapi kalau tak sempat, jangan tak bangun langsung. Bangunlah untuk bersahur. Ambil keberkatan sewaktu bersahur. Jangan sampai terlajak sudah la. Kan En.Hakim kan? Ngeh3...~
Selepas bersahur, bersiaplah untuk Solat Subuh. dahulukan dengan solat sunat Subuh. Sesudah itu, bacalah Al-maathurat ; Kubra atau Surghra - terpulang. Moga-moga menjadi bekal ketenangan sepanjang hari. Tadarus sekaligus tadabbur ayat-ayat Al-Qur'an paling kurang 10 muka. InsyaAllah. Jangan lupa jaga adab-adab membaca Al-Qur'an. Tajwidnya segala. InsyaAllah. 
Selepas itu, bolehlah di isi masa dengan membaca buku, mengemas rumah, menonton siaran 'Tanyalah Ostat' atau apa-apa sahaja perkara berfaedah selain dari menyambung tidur. Emak kata, tidur selepas Subuh ni 'rezekinya dipatuk ayam'. Huhu.. *Saya pun kadang-kadang kalah juga. Huhu* 
Selepas itu, bolehlah bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Ustat Don pesan, "Janganlah keluar rumah selain dengan niat untuk membuat kebaikan." Maka, niatlah setiap pagi sebelum keluar rumah untuk memenuhkan hidup sepanjang hari dengan kebaikan..kebaikan..dan kebaikan.. Ambil waktu untuk solat Dhuha dan ringankan lidah juga untuk berzikir. Moga-moga sampai ke hati dan diri di pandu Allah sepanjang hari melaksanakan kebaikan.
Tak salah membanyangkan masakan kita begini, walau hakikatnya akan menjadi seperti gambar di bawah. Huhuhu. Tapi Alhamdulillah saja. Ada rezeki untuk berifthar. Usai solat Asar tu, boleeh la siap-siap untuk memasak makanan ifthar. Kalau tak sempat, boleh saja beli di bazar Ramadhan. Tapi jangan sampai berboros dan membazir. Belilah sekadarnya. Besederhana katanya. InsyaAllah, bertambah keberkatan hidup.
Sambal belacan ni memang nampak osem... fiuh~
Sebelum ifthar, ambillah waktu-waktu yang ada untuk berdoa. Kerana waktu sebelum ifthar adalah antara waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa. InsyaAllah 'mujarab' kata budak-budak nakal yang saya kenal dulu. Prof. Muhayya kata, kalau nak berdoa, sebutlah yang 'specific'. Contohnya, 'Ya Allah, jadikanlah aku kaya raya'. Contoh je. Huhu. 
Baca doa sebelum makan, dan makanlah kurma terlebih dahulu sebelum menjamah makanan lain. Makanlah secara besederhana. Jangan sampai terpaksa minum 'Eno' pulak. Hehe.
Selepas ifthar, bolehlah bersiap untuk Solat Marghrib. Sekali lagi sambunglah lagi bertadarus dan tadabbur Al-Qur'an sementara menunggu waktu Isya'. Untuk yang Muslimin, rajin-rajin la ke masjid untuk solat berjemaah dan bertarawikh. Bagi yang Muslimat pun begitu juga, tapi kalau masjid jauh, tak ada kenderaan, atau terdapat halangan lain, cukuplah bersolat di rumah. Yang penting, ikhlas. InsyaAlllah. 

Bagi mereka yang memiliki TV di rumah, TV adalah musuh utama waktu-waktu Ramadhan ni. Ya, walaupun banyak siaran-siaran yang baik, tapi siaran yang meruntuhkan pahala puasa itu terkadang terlebih pula banyaknya. Maka, apa salahnya kuarantin sekejap TV kat rumah tu. Kalau mahu pun, pilihlah siaran-siaran yang baik. Semoga ada keberkatannya. InsyaAllah.
Akhir, tidurlah awal supaya mudah bangun pada pagi esoknya. Kalau mampu amalkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur pun bagus juga. Menambah amal sebelum 'mati' sebentar. Entah esok sempat merasa lagi nikmat Ramadhan atau tidak. Banyak-banyakkanlah berdoa. InsyaAllah.
**************************************** 
Saya menulis begini bukan kerana saya berjaya menamalkan semua. Ini adalah sasaran untuk 10 malam terakhir. Moga jika sahabat-sahabat saya membacanya, sama-samalah kita mengingatkan dan mengajak. InsyaAllah.
"Kerana Cinta Allah itu diraih dengan mujahadah" -Ust.Pahrol

:: Fighting! \(n_n)/

No comments:

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...