Bismillahirrahmanirrahim.
Misi Geo- Dakwah | 28 Oktober 2012
Malam tadi.
"Tok..tok..tok.." terdengar bunyi ketukan di pintu chalet.
Aku gelabah mencari tudung. "Sekejap!" aku jerit. Aku buka pintu.
"Nah Kak!" Amirul menghulur satu bungkusan hitam - berat. Nani di sebelah menyambut.
"Alhamdulillah. Bestnya...! Nani suka! Terima kasih Abang Mirul!" seronok benar bunyinya dapat makanan.
Amirul tak berganjak dari depan pintu.
"Kak, ada berita buruk ni." kata Amirul.
Aku dah mula risau. "Apa dia?"
"Waktu kami nak hantar makanan ke sini tadi, kami jumpa Imam Ramli. Dia jalan kaki sorang-sorang tepi jalan. Kami berhenti dan tanyalah. Dia kata, kereta accident terlanggar sapi (lembu). Jadi esok tak dapat nak sewakan kereta."
Aku tergelak. Kelakar juga bunyinya. Beberapa saat, aku terdiam. Ah, kasihan juga Imam Ramli.
"Jadi, macam mana nak pergi Dogoton esok?" tanyaku.
"Kalau ikutkan, kami betul-betul nak ke sana esok. Nantilah kami usaha tanyakan bot dari terminal."
************************
Esoknya..
"Kak, ada satu bot ni. Pak cik tu hantar budak-budak sekolah dari Dogoton ke sini. Dia kata dia boleh bawak kita ke sana. Tapi harganya, ratus-ratus juga. Akak ok ke?" Aku berfikir panjang. Malam tadi kami dah berbincang dan mengira duit. Bedasarkan keputusan yang ada, misi Dogoton perlu diteruskan.
Oh, lupa pula nak cerita kenapa kami perlu ke Dogoton. Sewaktu di feri semalam, kami bertemu dengan sekumpulan pakcik dari MARA Sabah. Pagi ini mereka akan mengadakan sembelihan lembu di Dogoton. Kami dijemput bersama untuk merayakan Aidil Adha. Pada masa yang sama, peluang yang ada boleh digunakan untuk menyelesaikan kaji selidik. Laluan yang ada untuk ke Dogoton hanyalah laluan air. Tiada jalan raya yang menghubungkan antara Karakit dan Dogoton.
"Hmm..layan je lah." tawakal penuh dalam hati.
Lebih kurang jam 10.00 pagi, bot sudah meluncur laju melalui deretan pulau-pulau kecil yang mengelilingi Pulau Banggi. Beberapa pulau dengan lanskap yang osem, mengujakan ketiga-tiga budak geo.
"Pak cik, boleh dekat sikit dengan pulau tu? Nak ambil gambar." terjerit-jerit budak ni dalam bot bila nampak beberapa pulau dengan permukaan berbatu.
************************
"Kejap, ambil gambar dulu sebelum turun bot." Kata Fara.
"Hei, kenapa korang lambat sangat?" seorang lelaki berbaju putih menegur dari pantai.
"En. Azlan!!" kami menjerit. Mujur bunyi ombak lebih kuat.
Aku betul-betul rasa seperti mahu menangis. Sejak minggu lepas lagi En. Azlan menelefon tentang programnya di Pulau Banggi. Waktu di Kudat, sekali lagi kami berjanji untuk bertemu disana. Apatah lagi sejak malam tadi, belakan elektrik di Pulau Banggi terputus dan mengakibatkan talian telefon tidak berfungsi. *Sungguh. Ini pelik tetapi benar.* Maka, setelah berkali-kali merancang dan tidak menjadi, - dah aku sudah hampir putus harap, kali ini benar-benar perancangan Allah adalah yang paling baik. Paling baik. Mujur tak boleh sujut syukur atas air.
Turun dari bot, kami dijamu makan. Sesi sembelihan sudah pun selesai. Kami terlambat. Dapat bertemu En. Azlan dengan segala macam cerita, Allah sahaja yang tahu betapa itu cukup hebat untuk kami.
En. Azlan pulang awal ke Karakit. Malam ini kami bakal berjumpa lagi di Agropolitan. Itu rencanannya. InsyaAllah.
Kami menyambung perjalanan (berjalan kaki) ke Kampung Padang setelah beramah mesra bersama penduduk Kampung Dogoton.
"Kampung Padang tu deeekat saja dari kampung ni Kak. Tiada juga jauh..tapi jauh juga sikittttt.." ujar budak-budak kecil yang mengikut kami sepanjang perjalanan. *aku memang suka dengar bila dorang sebut perkataan pajang-panjang macamtu..haha* Kami ditemani juga Armar dan Wan. Dua orang pemuda tempatan.
Aku rasa hampir 40 minit juga kami berjalan dibawah terik matahari. Dengan melalui kawasan padang luas ala-ala Zimbabwe, habis "terbakar-matahari" ; sunburn kulit kami.
Kami bersolat Zuhur di surau berdekatan. Kata Armar, "Di sini kami tidak belajar mengaji. Tiada guru yang boleh ajarkan kami mengaji. Jika ada guru, mungkin sudah lama kami pandai mengaji."
Kami diam. Berjalan terus ke rumah ketua kampung dan menyelaesaikan tugasan terakhir disana. Aku rasa, di mana-mana pun, orang-orang seperti mereka sentiasa berharap adanya manusia berjiwa besar yang akan mengajarkan mereka mengenal Tuhan. Allah.
**************************
Malamnya kami ke Agropolitan. Menumpang kereta Kak Hanidah; kontraktor di Felcra. Sempat juga berkenalan dengan beberapa orang guru dari semenajung yang mengajar di sini. Tambah lagi kenalan kami. InsyaAllah, moga mempermudahkan kerja dakwah disini nanti.
Resolusi mesyuarat bersama En. Azlan dan AJK Program Baja Kompos, membawa satu peluang dakwah yang baru. Tinggal mahu menyusun dengan baik. Bukankah seorang Muslim yang baik itu merupakan seorang yang tersusun hidupnya? (Jom berusaha ke arah itu!) :)
***************************
Kesimpulan :
Aku sebenarnya dah tak larat nak menulis. Jadi, kita terus ke penutup. Alhamdulillah, aku selamat pulang ke KK. Dua hari memang terlalu singkat. Tapi hikmah-Nya cukup banyak. Alhamdulillah.Terima kasih kerana sudi membaca karutan ini.
Report time!
Doa dari jauh~ Fiuh~
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment