Saturday, November 17, 2012

Di Bawah Bayu (5)

Bismillahirahmanirrahim.



LEADER vs FOLLOWER 
"Jika aku adalah pengikut, maka aku adalah ketua kepada diriku sendiri." -aku 
Kata Prmoedya Ananta Toer, "Seorang terpelajar harus sudah berbuat adil sejak dalam pikiran apalagi dalam perbuatan". Kadang terfikir, aku ini sebenarnya tidak adil pada diri saat mengejar terlalu banyak perkara dalam masa yang singkat. Mahu buat itu, mahu buat ini. Tidak adil sejak dari dalam fikiran sendiri. 
Kem Iqra' sudah disusun sebanyak 3 siri. Kali ini di Ranau dan Pulau Banggi. Dua program untuk dua minggu berturut-turut aku fikir minggu mendatang - pasti hebat kesibukannya. Mengurus dari A hingga Z, aku masih sangat berterima kasih pada team yang menyokong, walau sekadar datang ke pejabat untuk tanya khabar.  
Grup Wali Songo juga - tugasannya luar biasa. Kata Kiyai Suhadak, yang mahu kita siapkan ini adalah sebuah keris jawa - yang ditempa dengan api, yang di celur pada air dan ditempa lagi - hingga menjadi keris yang tajam dan berbisa, dari sisi manapun ia digunakan. Ia disimpan dibelakang, tidak ditunjukkan pada musuh, kecuali pada waktu-waktu yang sesuai mengikut kebijaksanaan. Itu kita.  
Mengajar diri untuk kekal tabah di negeri orang, kekal kuat disaat keadaan mendesak untuk jatuh, kekal sabar disaat setiap perkara menuntun kefahaman dan kekal tenang disaat keserabutan tugasan disini dan disana - aku letak semua pada Dia sebaik-baik pembantu.

KURANG BUKU & KURANG GURU 
Satu-satunya perkara yang aku rasa kurang disini adalah buku dan guru. Sabah bukan seperti di semenanjung. Kedai buku amat payah untuk dicari disini. Jika ada pun, harganya pasti lebih mahal. Aku rindu buku. Bekalan buku dari semenanjung yang aku bawa, tidak pernah dirasa cukup. Siapa-siapa, kalau mahu berniaga - tolong - bukalah kedai buku disini.  
Jika di semenanjung, setiap hari pasti ada pelbagai jenis kuliah agama, ceramah dan kelas-kelas yang boleh dihadiri. Bila berada disini, baru aku rasa bertuahnya hidup mewah punya guru di sana. Betapa ruginya mereka yang tidak memilih untuk mencarai guru dan mencari ilmu.

CUTI vs KELUARGA 
Minggu lepas aku bercuti. Bertemu keluarga - Emak dengan kisah yang bukan sedikit. Air mata Bapak dan keluh risau. Yang aku ada cuma sabar, pujuk, sedikit usaha dan tidak putus doa. Aku tidak betah menjadi asbab kerisauan Emak dan Bapak. Ya, tiada anak mahu Ayahanda Bondanya derita. Apatah lagi, tiada AyahandaBonda yang mahu anaknya menderita.  
Pesan aku pada adik ; Setiap orang ada waktunya sendiri untuk diuji. Hidup ada turun naik. Semua orang faham. InsyaAllah. 
Aku terbang dengan doa. Moga Allah sejahterakan mereka semua didunia dan disana nanti. Ameen..

HATI 
Aku masih yakin bahawa bukan jarak yang menjarakkan, tetapi tahap keyakinan dan percaya. Setiap keyakinan pasti kan diuji. Aku masih pilih sabar sambil mengingat matlamat asal sebuah pilihan. Aku tahu, ia bukan hanya sekadar perasaan. Doa yang masih sama aku panjatkan - Jika ada, syukur alhamdulillah. Jika tiada, maka redhalah hamba. Apa lagi aku boleh katakan, jika memang itu semua DIA yang aturkan.. Allahu'alam.

 *******************************
"Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah. Tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."
(Surah Yunus ayat 62) 
*aku bukan wali, tapi aku suka ayat ni. 


Wallahu'alam. 

No comments:

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...