Thursday, November 1, 2012

Di Bawah Bayu (3); Pulau Banggi (3)

Bismillahirrahmanirrahim.
Misi Geo-Dakwah | 27 Oktober 2012 

Ekpedisi kali ini dijayakan oleh empat orang team IIC yang tak balik beraya Haji tahun ni. Kesian mereka. *Krik..krik..krik..* Dibantu oleh tiga orang pelajar geologi Geologi UMS [betapa aku sangat berterima kasih kepada mereka; Amirul, Zaini & Din] yang membuat kajian batuan di Pulau Banggi untuk assignment akhir tahun mereka.
Perkara pertama dalam otak aku selepas turun dari feri adalah untuk mencari tempat penginapan. Tapi ditahan Amirul supaya melapor diri di Balai Polis terlebih dahulu. Aku bayangkan tempatnya jauh, tetapi rupanya dekat. Guna kaki pun boleh. Penginapan juga. Dengan bajet RM 45, kami dapat sebuah bilik yang selesa untuk memuatkan kami berempat. Ok la share-share katil. Kan~

Kami menyewa kereta (four wheels drive) dengan kadar RM 100 sehari. Aku terpaksa berkira-kira dengan kos yang mahal, namun terpaksa juga diturutkan memandangkan kami hanya merancang untuk berada disini selama dua hari. 
Perancangan hari ini adalah untuk menyusuri perkampungan-perkampungan di bahagian barat Pulau Banggi. *rujuk peta pada entri sebelum ini*. Di atas ini adalah Imam dari Kampung Lok Tohog. Keterbukaan Imam berbincang bersama kami, sangatlah membantu tugas. Terima kasih Imam!
Ini ketua kampung, Kampung Padang. Menariknya disini, di hadapan rumah setiap ketua kampung akan tertulis papan tanda 'Rumah Ketua Kampung'. Percayalah, ia sangat memudahkan. Apatah lagi dengan ketua kampung yang ramah dan sporting. Osem!

Alhamdulillah juga, sahabat-sahabat Geologi yang bertiga ni berjaya mendapatkan banyak sampel-sampel batuan untuk kajian mereka. Semangat betul budak-budak geo ni. Aku doakan dorang dapat 'A' dalam thesis tahun akhir. Ameen. 
Menyusuri kampung demi kampung, kami melalui kawasan bukit Sibumbung hingga ke penghujung jalan yang berakhir di Kampung Kapitangan. Perasannya melalui sepanjang jalan ini adalah seperti sedang mengembara di dunia yang lain. Cuba tengok tempat ni, Subahanallah. Cantik tahap gaban kan?*tiba-tiba teringat Din nyanyi lagu gaban*. Ok. Abaikan~
Zaini, Din dan Farah menumpang bot ke rumah ketua Kampung Kampung Nusa Nusa untuk membuat tempahan bot bagi perjalanan esok hari ke Kampung Dogoton. 
Ada apa di Kampung Dogoton?  
Walaupun namanya seperti 'maraton', tapi SubahanAllah kampung ini sangat cantik. Esok aku kisahkan apa rencana kami di sana dan apa sebenarnya yang telah Allah rencanakan untuk kami hingga gugur air mata. :)
Nampak macam senang kan perjalanan kami? Hmm..Allah sahaja yang tahu. Dengan kereta terbenam dalam lumpur di Kampung Gagaud (sebelum Kampung Padang) - perjalanan menjadi lambat hingga lewat petang. Dan kami, kelaparan kerana tiada bekalan makanan dan tiada tempat untuk membeli makanan. 
Alhamdulillah, malamnya kami diberikan makanan dari En. Azlam (KBI) yang sedang menjalankan program Baja Kompos di Agropolitan. Allah sahaja yang tahu rasa syukur kami waktu itu. 
Malam itu juga kami berbincang panjang bagaimana untuk meneruskan misi dengan jumlah kewangan yang semakin menyusut. 
Nak datang sini? Yakin je rezeki Allah ada di mana-mana. :)


Bersambung..

2 comments:

Syed Putra said...

Perkataan 'kan~' di bahagian share-share katil tu macam menandakan ada yang tidur lesak dan sedar-sedar kaki dia sebelah muka kau je boi? :p

Dendei said...

oi~

jauh betul imaginasi mu ni~ hoh~

alhamdulillah..

xsempat kaki sampai muka dah kena bagun..haha..

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...