Wednesday, February 6, 2013

Bapak

Bismillahirrahmanirrahim...



"Rasanya saya memerlukan nasihat2 bernas. Kes yang biasanya saya baca di dada akhbar terjadi pada diri saya. Dada saya rasa nak meletup bila pihak hospital dari penyiasatan yang dijalankan mendapati bahawa berlaku kesilapan dalam melakukan prosedur pembedahan bapa saya d hospital Kuala Pilah yang menyebabkan komplikasi dan rawatan tidak dapat diteruskan. 
Beberapa tahun lepas bapa saya pernah menjalani satu pembedahan kecil di bahagian bawah perut di sebuah hospital swasta. Pada mulanya hospital menyalahkan pesakit kerana tidak menyerahkan laporan pembedahan tersebut namun kami betul-betul pasti bahawa kami (secara verbal) telah memaklumkan kpd hampir kesemua doktor yang merawat (spnjg 6 bulan) bhw bapa saya pernah menjalani pembedahan di perut sebelum ini. Namun tidak seorang pun dari doktor2 tersebut mencatat maklumat di dalam fail bapa saya yang menyebabkan kesilapan dilakukan dalam pembedahan baru-baru ini. 
Akibatnya sekarang bapa saya terpaksa melalui kesemua prosedur2 menyakitkan semula, menjalani satu lagi pembedahan yang saya belum sempat lagi bincangkan risikonya dengan para doktor bertanggungjawab. Secara jujur saya tak lagi sanggup melihat bapa saya dalam keadaan tersebut, apatah lagi melihat ibu saya tidur di kerusi malas di hospital berbulan-bulan lamanya. Kami juga telah berhabis berbelas ribu ringgit untuk memastikan keselesaan bapa saya menjalani rawatan di rumah (yg sekarang semuanya tak ada guna lagi). Tidak termasuk all the hidden costs sepanjang 7 bulan (dr sy mengandung 9 bulan sampai anak sy dah hampir merangkak). 
Terus terang saya tak tau apa nak buat sekarang. Allahhuakbar..."
Siti Zakiah Binti Melatu Samsi @ FB

2 comments:

Myzra Midin said...

Ujian datang sesuai dengan kemampuan... Semoga kkak n family dilimpahkan keberkatan dan kasih sayangNya yang melimpah ruah... Be strong!

alifzaimimra said...

moga akak sekeluarga kuat dan tabah. Allahu ma'ana.

:)

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...