Wednesday, February 27, 2013

Fukuk..eheh..Pokok lah~ :)

Bismillahirrahmanirrahim.


Hati itu umpama tanah. Kitalah yang bertanggungjawab untuk menanamkan apa sahaja  yang bakal tumbuhan di atasnya. Pokok yang baik, akan memberikan hasil yang baik. Pokok yang buruk, akan memberikan hasil yang tidak bermanfaat. Bayangkan jika satu hari kita tersilap memilih pokok. Pokok beracun disangka pokok buah-buahan. Bertahun-tahun ia dijaga, dibaja, diuruskan sehingga menjulang tinggi. Suatu hari kita diberitahu bahawa itu adalah pokok beracun. Allahuakhbar. Manusia manakah yang tidak bersedih? Sesuatu yang disangka baik - tidak begitu pada akhirnya. Walaupun awal dulu niatnya baik - untuk berkongsi manfaat dengan orang lain, tetapi rupanya apa yang ditanam, jauh dari apa yang diharapkan. 
Maka bergelutlah hati, bertarung jiwa. Untuk terus membiarkan pokok itu kekal hidup. Atau dengan penuh berani dan besar jiwa, pokok itu ditebang. Untuk memberi ruang kepada pokok yang lebih baik. AllahuAllah. Untuk membuat keputusan itu mengambil masa. Antara keyakinan dengan apa yang dipegang, dan kebenaran hakiki - penanam pokok sedang kesakitan! 
Akhirnya, pilihan dibuat. Dengan penuh redha, pokok perlu ditebang. Namun menebang pokok tidak semudah itu. Saat ditebang batang pokok, akarnya kekal masih bertaut kuat ditanah. Mencengkam tanpa belas kasihan. Kerna itu sifat akar. Lalu, membersihkan akar itu perlukan mujahadah. Penuh hemah dan kesabaran. Perlu ilmu dan kekuatan. 
Sedang begitu, bagaimana sekalipun akar itu dicabut, kesannya pasti akan muncul di tanah. Tanah akan tergembur. Dan akan mengambil masa untuk kembali kepada keadaan asal. Akan mengambil masa untuk disuburkan kembali. Di bersihkan untuk ditanam pokok yang lebih baik. Pokok yang akan memberi manfaat pada orang ramai. InsyaAllah.  
Memilih pokok yang baik itu perlukan ilmu. Menanam pokok juga perlukan ilmu. Menjaga dan membaja dengan baik juga perlukan ilmu. Malah memenfaatkan hasil juga memerlukan ilmu. Segalanya memerlukan ilmu. 
Setelah ilmu, mujahadah. Bersabar dalam setiap proses. Hujan lebat pasti akan turun. Angin kuat dan badai pasti menyinggah. Terkadang dahan patah, daun gugur, hasil tidak sebanyak yang diharapkan. Itu semua pasti akan dilalui. Jika dengan kesabaran menguruskan pokok yang diyakini kebaikannya diakhir waktu nanti, pasti hasilnya akan lebih baik. Pokok bertumbuh sihat, jiwa bertumbuh kuat. :) 
Namun jangan dilupakan pencipta pokok. DIA yang Maha Tahu segalanya. Baik dan buruknya sesuatu. Maka apa sahaja yang cuba dilaksanakan, tanyalah pada Sang Pencipta. Mintalah dengan ikhlas dan yakin. Mustahillah yang mencipta tidak tahu apa yang dicipta. Maka dengan itu, yakinlah! Yakin dengan sebenar-benar yakin. Pasti akan dijawab-Nya dengan jawapan yang paling baik. InsyaAllah. 


 :: Jom tanam pokok yang baik. Untuk hasil yang baik. Unktuk berkongsi segala yang baik-baik. Moga dapat jadi bekal dibawa ke'sana' nanti. Kita bukan apa-apa, bukan sesiapa. Kita empunya DIA...cuma DIA..

No comments:

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...