Saturday, February 9, 2013

أما زلنا

Bismillahirrahmanirrahim..


Kami persembahkan jiwa-jiwa kami kepada Allah
Tiada ketakutan dan kesedihan bagi sesiapa yang diberi-Nya petunjuk
Tali-Nya kukuh takkan terlerai
Rezeki-Nya sentiasa ada buat yang memerlukan 
Di setiap tempat
Di setiap waktu
Di atas sana Tuhan Yang Maha Agung yang memeliharamu
Di mana jua
Pada bila-bila masa
Kau punya Tuhan yang sentiasa menyayangimu dan tidak pernah melupakanmu 
Adakah kita masih punya rasa takut terhadap-Nya
Adakah kita perasan nikmat Allah kepada kita
Adakah kita masih punya rasa takut terhadap-Nya
Adakah kita masih lagi sentiasa memujiNya atau
Adakah kita telah melupainya 
Tiada Tuhan selain Allah
Kita hidup dibawah kekuasaannya selagi mana Dia kehendaki
Kita menikmati kemurahan daripadaNya dengan berdoa
Kita berhajatlah kebaikan daripadaNya dengan penuh pengharapan
Tempat kita berlindung tatkala ujian dirasakan begitu berat 
Hatiku untuk Allah
Seluruh nyawaku untuk Allah
Cita-citaku untuk Allah
Segalanya hanya kerana Allah

  "نقبل بقلوبنا على الله"

No comments:

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...