Bismillahirrahmanirrahim.
Antara perkara-perkara terbaik dalam hidup adalah apabila Allah mengurniakan kehendak dan kemampuan untuk memberi - kepada yang lain - yang memerlukan.
Puas rasanya. Allah sahaja yang tahu. Kalau mahu meminta pun, akan meminta supaya Allah mengurniakan hati yang sentiasa kuat untuk memberi dan diri yang sentiasa mampu untuk berkongsi-kongsi nikmat yang maha banyak dari Allah.
Allahuakhbar. Allahuakhbar. Allahuakhbar.
"Bebanan perasaan yang ditanggung Nabi Ibrahim 'alaihissalam tatkala Allah memerintahkan Nabi Ismail 'alaihissalam dikorbankan adalah maha berat. Tapi kata Nabi Ismail 'alaihissalam kepada ayahandanya, "Jika ini perintah Allah, maka laksanakanlah."
Betapa besar nilai tawakal dari sirah anbiya' ini untuk kita perhatikan dan telusuri dengan hati. Bukankah Allah telah berjanji, setiap apa yang dikorbankan itu pasti akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Apatah lagi jika niatnya ikhlas kerana Allah semata-mata.
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah; maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian itu) sebagai janji yang benar di dalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil serta al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya selain daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan ketahuilah bahawa jual-beli itu ialah kemenangan yang besar.” [At-Taubah : 111]
Maka mulailah memberi.Memberi hati.Memberi diri.Memberi harta.Memberi masa.Memberi jiwa.
Lillahita'ala.
p/s : Dakwah bukan soal peribadi.
No comments:
Post a Comment