Bismillahirrahmanirrahim.
![]() |
| 8 tahun lagi jadi ostajah ye anak-anak~ |
9 Makhluk Comel
Menjadi satu-satunya makcik kepada 9 orang anak saudara yang comel-comel lagi bijak pandai adalah nikmat yang sangat besar. Alhamdulillah.
""Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Surah ar-Rahman : 13)
Hari ini hari lahir Luna Maya. 11 November. Cukup cantik tarikh yang Allah lakarkan untuk kelahirannya. Cukup cantik juga Allah menyusun kehidupannya sebagai pengajaran untuk kami sekeluarga. Allahuakhbar. Moga Allah memelihara anak yang seorang ini. Jiwa, hati dan jasadnya. Ameen.
![]() |
| Ustaz Kazimah? |
Sudah menjadi adat kebiasaan apabila menghubungi kakak dan abang-abang, akan ambil masa untuk bercakap pula dengan anak-anak. Tapi tak semua anak-anak ada mood nak layan makcik dia yang suka tanya soalan yang sama. Ahaha..
Semalam selepas berbincang dengan abang, berborak sebentar dengan Izzah. Sedang menonton 'masterchef' dengan Ibu katanya. Diserahkan telefon kepada Idleen. Tapi bila Idleen meyangka Ayah yang telefon, maka dia bercakap sambil memandang Ayah yang sebenarnya dihadapan mata. Lalu terdengarlah ketawa berdekah-dekah disebalik corong telefon.
Alahai anak...
TARBIYYATUL AULAD
Sudah menjadi kebiasaan juga untuk memerhatikan perkembangan anak-anak sejak mereka kecil lagi. Persamaan-persamaan dan perbezaan-perbezaan. Ada yang pandai berjalan dulu, ada yang lambat, ada yang kuat hafalan, ada yang kuat bebelan, ada yang malas bercakap, ada yang pendiam / malu, ada yang berani sangat, ada yang penakut. Yang pasti semua takut kucing.
Apa yang di'lakar'kan oleh Ibu dan Ayah itulah yang ter'rakam' dalam minda anak-anak. Perkembangan setiap dari mereka memang beza-beza. Maka tidak adil jika mahu diukur sama rata. Cumanya, 'cara didik' yang membezakan potensi masing-masing.
Yang penting, kalau 'soleh ibu bapanya, maka solehlah anaknya." InsyaAllah.
p/s: Sapa tak rindu....Ohohohi...
p/s 2 : Gambar dari FB adik beradik.
p/s 3: Syok ah korang pergi Lost Wold kat Tambun tu ye...Tak apa...Tak apa....Zzzz~



No comments:
Post a Comment