Bismillahirrahmanirrahim.
Kalau orang teruji.
Dengan mudahnya kita akan berkata;
"Sabarlah. Pasti ada hikmahn-Nya."
Tapi bila diri sendiri yang kena.
Mula la gelabah macam tak cukup tanah.
Waktu itulah baru nak ber'warkah berlagu pilu'.
Allahuakhbar.
Sebenarnya dua-dua pun tak salah.
Tenangkan hati orang.
Mudahkan urusan orang lain.
Kan Allah dah janji,
Kita mudahkan urusan Muslim yang lain,
Allah akan permudahkan urusan kita.
InsyaAllah.
Dan bila kita pula teruji.
Layaknya sebagai seorang hamba mempunyai rasa ketidakmampuan.
Iya. Kerana kita hamba.
Wajar bagi hamba merasa lemah.
Kerana sememangnya kita lemah.
Cuma...
Apa yang membezakan kita dan orang lain.
Adalah pada tindakan.
Tindakan kita menyikapi ujian.
Hasbirabbi jalallah.
Allah Maha Tahu lemah dan kuatnya kita.
Allah Maha Tahu iman kita di tahap mana.
Allah Maha Tahu dan Maha berkuasa menyelesaikannya sekelip mata.
Kalau Allah mahu, bila-bila masa sahaja dia boleh beri kebahagiaan pada kita.
Tapi apalah erti hidup jika senantiasa bahagia?
Apa erti perjuangan bila tiada apa yang perlu diperjuangkan?
Kan?
Cewah..pandai je Cik Dyll ni mebebel..
Siapalah yang ajar ni..
Hik....
Akhir kalam, kalau kita positf, Allah akan tolong.
Malah kalau kita negatif pun Allah tetap akan tolong sebenarnya.
Tapi, pilihlah untuk positif supaya hati lebih tenang.
Lebih redha.
Qalbun saleem gitu..
Moga keberkatan Allah mengiringi diri-diri yang sedang diuji.
Rabbi yassir wala tuassir!
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. - (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
Nah! Hadiah!


No comments:
Post a Comment