Wednesday, November 6, 2013

LA TAHZAN Kebahagian Pasti Bersamamu

 Bismillahirrahmanirrahim.

Jenuh jugak tengok cerita ni tak habis-habis.


Nikmatilah hari-harimu dan detik-detik dalam hidupmu. Masa lalu jangan sampai membuatmu selalu bersedih. Masa depan jangan sampai membuatmu risau dan serahkan segala urusanmu kepada ALLAH. 
Janganlah kamu membiarkan kemusykilan sebesar apapun membinasakan emosimu dan fikirkanlah dengan tenang dalam mencari penyelesaian.  
Ingatlah harga mahal yang kamu bayar untuk kesihatan kamu ketika kamu menjadi tawanan kegelisahan, ketegangan dan stress. 
Ketika anda tegang dan stress disebabkan sesuatu kemusykilan walau apa pun bentuknya, ambillah sehelai kertas dan pena dan catatlah jawapan di atas kertas tersebut untuk beberapa soalan berikut: Apakah yang membuat saya tegang? Apakah yang harus saya lakukan dengan ketegangan saya? Bilakah aya dapat melakukannya? Bagaimana saya mampu melakukannya?  
Jangan sesekali meragui bahawa kamu adalah seorang yang bahagia. Janganlah kamu menanyakan dirimu, apakah Dirimu bahagia atau tidak. Kamu pasti bahagia selagi kamu mentaati ALLAH, menyembahNya dan menuntu ilmu keranaNya.  
Kamu harus bersungguh-sungguh dan tekun dalam menuntut Ilmu dan beramal, menikmatinya dan menjadikannya mampu mengisi kekosonganmu. Ketika itu kamu pasti tidak akan merasa risau lagi. 

Lupakanlah masalah yang remeh temeh. Janganlah kamu menghiraukan masalah yang tidak bermanfaat. Janganlah kamu marah lantaran masalah remeh temeh atau membiarkannya menakluki dirimu dan mekarkan hidupmu. 
Janganlah kamu khuatir dengan masa depan. Percayalah Dengan takdir ALLAH dan ketentuanNya. Yakinlah dengan kebijaksanaan ALLAH. Relakanlah segala apa yang ditakdirkan Allah pada dirimu. Bersikaplah dengan baik, bersyukur dan redha. Hadapilah dugaan dengan sabar dan berserah diri kepada ALLAH. 

Suatu ketika dahulu...

Mula-mula berempat.
Lepas tu tiga.
Sekarang dua.
Tak lama lagi - satu?

Walaupun dalam kubur nanti sendiri-sendiri.
Biarlah hidup beramai-ramai disisi.

Allah yahdik! :)

No comments:

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...