Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, selesai sudah majlis kedua di Kedah.
Menghabiskan seminggu penuh cuti kedua bersama suami - bukanlah honeymoon.
Bahkan adalah seminggu yang penuh dengan tanggungjawab untuk dipenuhi.
Tanggungjawab sebagai isteri-suami.
Tanggungjawab sebagai anak - menantu.
Tanggungjawab sebagai kakak - abang.
Tanggungjawab sebagai adik.
Tanggungjawab sebagai makcik - pakcik.
Semuanya menuntun seribu satu tugasan untuk dilaksanakan.
Lillahitaala.
Alhamdulillah..
Perasaan disayang yang keterlaluan.
Sifirnya mudah -
Laksanakan tanggungjawab dengan ikhlas.
Allah akan memenuhi segala keperluan - InsyaAllah.
**************
Suami,
Dia tanpa henti berusaha menjadi yang terbaik.
Menjalani hari-hari dengan penuh sabar.
Memenuhi segala tanggungjawab dan keperluan dengan penuh amanah.
Mengorbankan segala apa adanya.
Untuk memberikan yang paling baik.
Untuk mereka yang dicinta.
Keluarga selatan,
Sanggup bermusafir jauh semata untuk melihat kebahagiaan diri.
Allah..apa lagi yang mampu diberi selain rasa bahagia yang ditunjukkan sepenuh hati.
Katanya, bila bahagia menjelma, air mata terasa asing.
Tapi berteman air mata tiada salahnya buat mencuci luka.
Ia kesembuhan yang segera biar pedihnya terasa.
Keluarga utara,
Terima kasih menerima sepenuh hati.
Terima kasih menerima diri menjadi sebahagian dari keluarga besar disini.
Terima kasih kerana tidak membiarkan diri terasa asing.
Terima kasih kerana banyak sangat bagi makan -.-".
Terima kasih untuk layanan yang membahagiakan.
Terima kasih Allah,
Terima kasih suami.
Terima kasih keluarga selatan & utara.
Jauh macamana pun Allah campakkan kita,
Bersua juga kita didunia dengan hendak-Nya.
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..


No comments:
Post a Comment