Friday, June 20, 2014

Kalau Aku Kaya

Bismillahirrahmanirrahim..


Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. - (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Benarlah kata orang dulu-dulu.
Cabaran utama selepas kahwin adalah kewangan.
Selain, penyesuaian.

Kalau dulu boleh berjimat ratus-ratus.
Sewa bilik kecik pun cukup.
Makan apa adanya.
Beli barang-barang keperluan cap ayam pun tak apa.
Selagi boleh guna.

Sekarang, kena sewa satu rumah.
Makan kadang-kadang nak juga candle light dinner.
Beli barang kualiti bagus, harga pun bagus.
Yang penting tahan lama.
Tahan lama kira penjimatan la jugak sebab tak perlu beli banyak kali.
Kan~
Belum ditambah keperluan-keperluan lain lagi.

Bila berhenti kerja..
Automatik mind setting kena berubah.
Lagi-lagi bila tekanan semakin bertambah.

Tekanan?
Kesedihan aku bukanlah kerana kekurangan duit.
Aku manusia yang sudah terbiasa hidup tanpa duit.
Hidup cukup dengan apa adanya.
Makan tak perlu yang mahal-mahal tetap sedap.
Tak cukup duit nak beli baju baru bukan masalah.
Tak cukup duit nak melancong pun tak apa.
Hidup gembira selagi ada teman yang terbaik disisi.

Rezeki, bukanlah semata-mata soal duit.
Ilmu itu rezeki.
Keluarga itu rezeki.
Tenang itu rezeki.
Sabar itu rezeki.
Teman yang baik itu rezeki.
Keberkatan itu rezeki.

Tapi aku paling tak boleh,
Suami susah hati.
Itu paling tak boleh dalam hidup aku saat ini.

Dan waktu-waktu begini,
Allah sahaja yang boleh membantu.
Pesan Ibunda-ibunda tercinta,
Doa isteri ada sisi makbulnya.
Maka berdoalah dalam ada dan tiada.
Setia dalam susah dan senang.

Harapnya aku mampu menjadi bahu,
menjadi tulang belakang.
menjadi pendamping,
menjadi penenang,
menjadi asbab gembira.
Dan segalanya yang positif dalam dunia.


Allahu'alam..

No comments:

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...