
Bismillah.
Dulu, sewaktu awal mengenali Prof. Fatimah Daud (guru sosiologi saya) sewaktu Tahun 3 di UIA, satu perkara yang selalu disebut Prof. adalah berkaitan penggubalan dasar-dasar kerajaan. Terutamanya berkaitan dasar pembanguna wanita. Prof. Fatimah adalah salah seorang dari ahlinya. Dan saya, selaku pelajar yang paling senyap dalam kelas Prof., selalu bermimpi untuk menjadi seorang ahli sosiologi yang satu hari nanti akan menggubal dasar-dasar penting negara.
Ternyata. Ia bukan hanya satu mimpi-mimpi biasa. Ia bukan sekadar anganan untuk jadi insan hebat seperti Prof.Fatimah. Tegar di lapangan akademik & masyarakat. Alhamdulillah, saya diberi peluang itu. Peluang untuk merealisasikan mimpi-mimpi itu. Tapi ianya berbeza. Saya tidak dilapangan akademik. Saya datang sebagai seorang aktivis. Mewakili wadah PKPIM, saya belajar memahami sudut realiti kehidupan seorang ketua negeri. Memahami & meneliti situasi yang dihadapi oleh masyarakat dalam kerangka yang lebih besar. Bukan semata-mata dari kaca mata sendiri. InsyaAllah.
Saya sedaya upaya menggarap segala yang mampu sepanjang dua hari ini untuk sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan. InsyaAllah. Moga Allah memberi keizinan. Ameen.
Dan..saya tidak tipu kalau saya katakan saya rindukan pejabat & adik-adik saya yang sedang bertungkus lumus menjalankan tugasan masing-masing. Kerisauan kerana mereka tiada di depan mata. Namun semangat adik-adik saya yang menyatakan bahawa saya memerlukan ruang-ruang baru dalam hidup, saya ambil sebagai pemangkin semangat. Terima kasih. :)
[Mode: Retreat Majlis Pemuafakatan Wanita Selangor, 16-17 Jun 2011, Shah Alam].
:: "Nobody can live alone.."


