
Bismillah.
Sebenarnya dari semalam lagi nak post kempen ni.
Tapi tak jadi.
Terkeluar gambar Izzah pulak.
Sudah rindu yang teramat.
Sampai termimpi-mimpi.
Ok..Ok... i stop sekarang. :)
Tentang tajuk kempen kali ni.
Terimbau kisah program minggu lepas.
Di SM Sungai Rawang, Sepang [SEMESRA].
Program PRIMA 10. :)

Dalam program ini, antara budaya yang cuba di bawa adalah 'SENYUM & SALAM'.
Tentang semyum, rasanya semua tahu.
Tentang salam..
Abang Kam selaku incik trainer yangg bertugas.
Ada menceritakan tentang kepentinganya memberi salam.
Apapun, antara kisah yang menarik minat adik-adik peserta mengenai 'salam' adalah..
Di kisahkan, Nabi Muhammad s.a.w sangat suka memberi salam hinggakan tiada seorang pun yang akan memberi salam terlebih dahulu kepada baginda melainkan baginda yang memulakannya.
Bermaksud, bila sahaja bertemu sahabat-sahabat dan orang Islam yang lain di jalanan, Rasulullahlah yang akan mengucapkan salam terlebih dahulu sebelum mereka sempat memberi salam.
Hal ini menimbulkan rasa pelik di hati seorang sahabat hinggakan pada suatu hari, di sebabkan oleh keinginannya mengucapkan salam sebelum Rasulullah, dia bersembunyi di balik pokok ketika melihat Rasulullah dalam perjalanan ke masjid.
Bila sahaja Rasulullah semakin dekat pada pokok itu, maka keluarlah sahabat untuk memberi salam.
"Assalamualaikum" Sapa Rasulullah.
"Waalaikumussalam" Jawab sahabat.
:)
************************
Begitulah akhlaq Rasulullah.
Dalam hal memberi salam pun baginda sangat menjaga.
Eh, lupa pulak...
Dan rentetan dari kisah itu,
Maka adik-adik peserta ni, jadi bersemangat untuk memberi salam.
Memang seronok lah mendengar mereka memberi salam antara satu sama lain.
dengan fasilitator apatah lagi.
Sampai tahap tunggu depan pintu dewan, kat surau, kantin..
Mujur tak sembunyi belakang pintu..
Dan bila dah bagi salam tu...
"Yay, aku bagi salam dulu"
Tak memasal..
Tapi tak apa...
Orang kata, benda-benda baik ni,
Buat sikit-sikit dulu..
Mana tahu, lama-lama dah terbiasa akan jadi amalan pula...
Oleh itu,
rajin-rajinlah memberi salam..
Itukan salah satu cara bertegur sapa yang paling baik..
Ye tak?
(n_n)v
:: Assalamualikum.... :)