Thursday, January 7, 2010

Boleh jadi...

"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH Maha Mengetahui,
sedang kamu tidak mengetahui"
[al-Baqarah ayat 216]








:: Beri a.K.u dua minggu...dua minggu saja....

Sudah mau pigi ka?


*Ni je satu2nye gambar kau yang ok utk diedit..semestinya a.K.u curik kat fb..haha
[tacing x? kui2]

Ni sahabat a.K.u.
Incik Shazni.
Entri ni a.K.u buat khas utk dia.
Atas permintaan sebelum dia ke Syria.
Esok/Lusa.
Flight jam 3 pagi.

a.K.u pun tatau apa dia nak buat kat Syria tu.
CAri calon isteri barangkali.
Cayalah! haha

Btw, a.K.u doakan yang terbaik untuk dia.
Moga perjalananya dibantu Allah sentiasa.
InsyaAllah.
Ameen.









:: Sudah. Tamau tulis lebey2...All the best Shazni! Chayok2!

Wednesday, January 6, 2010

Hidup~

Dalam hidup ini, apa yang paling penting adalah 'makna' atau 'nilai'. Nilai dan makna hidup a.K.u, terletak pada kebahagiaan orang lain. Biarpun itu di luar kawalan a.K.u. Sebab itu, tajuk blog ini; a.K.u dan sesuatu. Sesuatu itu menggambarkan sesiapa sahaja atau apa-apa sahaja yang mendatangkan 'makna' dan 'nilai' dalam diri a.K.u. Semuanya mahu a.K.u ukirkan dalam blog ini. [penjelasan untuk sesiapa yang pernah bertanya tentang tajuk blog ini].

Nilaian a.K.u terhadap kehidupan tidak lari dari kesedaran seorang hamba pada kelemahan dia. Makna hidup ini..tak terlepas dari mencintai dan menyayangi segala apa yang telah diberi Tuhan di sepanjang kehidupan. Pada a.K.u, setiap perkara itu wajar disyukuri dan dihargai-dengan apa cara sekalipun. Walau buruk-baik yang datang, cara menjalaninya harus dengan akal yang waras, dan hati yang bersih.


Sebenarnya, entri kali ini lebih kepada dua perkara penting yang banyak memberi 'makna' dan tinggi 'nilai'nya dalam hidup a.K.u. Tidak bermaksud perkara lain tidak penting & bermakna. Tapi ini sekadar sebahagian daripadanya.


Adik-Adik a.K.u~

Kali ini a.K.u nukilkan kisah adik-adik a.K.u-adik kandung. [Udah ramai sangat adik, kang ada yang salah faham pulak..huhu]. Adik-adik yang berkongsi Emak dan Bapak yang sama. Sejak kecil sampai sekarang. Tuhan takdirkan a.K.u punyai 3 orang adik lelaki yang comot-comot belaka. Waktu kecil, permainan kami banyak. Sembunyi-sembunyi, baling selipar, main pondok-pondok kat kebun belakang rumah dan yang paling teruk, wrestling. Kalau indoor, waktu-waktu hujan lebat, kami ada backup paln..boleh main dam haji, ABC, BINGO, main kad..dan macam-macam lagi. Kadang-kadang main badminton gak dalam rumah. Haha.

Adik a.K.u...Adik-Adik a.K.u..semua dah besar-besar belaka. Dah makin tak comel. Tapi tak juga makin hemsem. Tak apalah. Allah nak uji a.K.u agaknya. Haha. =p. [Sian korang kena kutuk free]. Tapi yang penting, masing-masing sudah punya hidup sendiri. Sudah tahu berdikari. Cuma mungkin masih kekal dibawah seliaan kakak dan abang-abang. Nak harapkan a.K.u jaga korang? Tak mengapalah. Diri a.K.u pun tak terjaga. huhu.

Adik sudah sambung belajar sekarang. Syukur. Emak mesti bangga dengan kau. a.K.u pun. Terima kasih sebab temankan Emak & Bapak bertahun-tahun. Rasanya ini kali pertama kau jauh dengan Emak dan Bapak, walaupun umur kau dah tua bangka. Tapi sekurang-kurangnya kau sudah juga berbakti dan berjasa pada kedua orang tua berbanding a.K.u. Hmm..

Juman..a.K.u malas nak komen pasal kau..Bukanya kau kisah pon. Haha.

Izun..mungkin baru sekarang, kita boleh percaya satu sama lain. a.K.u genggam amanah a.K.u. Kau cuma perlu percaya dan yakin akan ada orang yang sentiasa bersama waktu kau susah. Tapi waktu kau senang, a.K.u tak kisah. Sebab itu dunia kau. Dunia yang a.K.u malas untuk kacau.

:: Doa a.K.u agar adik-adik a.K.u jadi manusia. Beguna. Bejasa.


EMAS.

a.K.u masih sayang. Bukan calang-calang. Mungkin bukan nilai yang paling mahal. Tapi a.K.u masih tersangat terkesan. Syukur a.K.u dipertemukan dengan yang ini. Cabaran untuk diri. Dan kini a.K.u semakin jauh dan lancar mengejar masa depan. Subahanallah.











:: Ada perkara-perkara yang terlalu sukar untuk dilepaskan. Tetapi inilah hidup. Punya nilai dan makna yang terlalu dalam.

Monday, January 4, 2010

Selamat Hari Lahir*


Ini budak.
Yang selalu tacing2.
Selalu rasa keseorangan.
Selalu menangis sorang-sorang.
Selalu tabahkan diri sendiri.
Selalu lihat bulan.
Selalu ditemani bintang.
Dan.
Selalu ada dalam hati a.K.u.

Hari ini Hari Lahirnya.
Mari bikin dia gembira.

Tanpa kek harijadi.
Tanpa sebarang kad.
Tanpa punya masa untuk bgayut.

a.K.u nukilkan sepenuh hati.
dalam entri a.K.u kali ini.
Buat insan tercinta bergelar adik.
Ucapan.

SELAMAT HARI LAHIR.
&
Moga Allah meredhai perjalanan hidupmu.
Ameen.








:: Mcm ayat dalam kad harijadi kan? Hoh

Saturday, January 2, 2010

a.K.u berhenti berharap~


Bila sesuatu itu memang di takdirkan untuk kita, ia tetap akan jadi milik kita...Tapi.....



Pernah suatu ketika dahulu, ada seorang Abang senior ni selalu je dianggap ‘bertuah’ . Kami (adik-adik) selalu rasa pelik sama dia. Kebiasaanya dalam program-program berbentuk ukhuwwah seperti 'Family Day' atau 'Gathering' pasti akan ada sesi cabutan bertuah dan Abang ini selalu sahaja dapat hadiah. Kami cemburu tahu!

Hinggakan suatu ketika, di dalam satu program. Sedang MC mengadakan sesi cabuatan bertuah, kami teliti Abang itu. Dia dapat hadiah lagi tak kali ini. (Maaf, kami sedang tidak matang)..haha..

dan.....dan....... ya! dia dapat lagi! Lalu kami tanyakan pada dia dengan nada tidak puas hati, ‘Kenapa asyik Abang je yang dapat hadiah? Ilmu apa Abang pakai?’. Haha. Soalan macam sengal.

Abang tu pun jawab. "Senang je. Jangan berharap.''

Lepas Abang tu cakap camtu, a.K.u terus matikan harapan a.K.u untuk dapat hadiah cabutan bertuah tu...dan kau tahu apa yg terjadi? Akhirnya a.K.u dapat juga hadiah tu..=p


Pengajaran: Berhentilah berharap pada DUNIA. Kadang-kadang Allah tidak mahu memberi kepada kita kerana DIA sayang. Kadang-kadang, diambil semula kerana itu hak-NYA. Jadi, apa yang perlu di runsingkan? Tiada apa-apa bukan? Sebab di akhirnya nanti, kita semua pasti akan kembali kepada-NYA juga. Akan berjumpaNYA juga. Cuma kita tidak tahu dalam keadaan yang bagaimana. MAri, sama-sama menggali sebanyak-banyaknya bekalan di DUNIA. Untuk dipersembahkan padaNYA di akhirat nanti.










:: Apapun, semua perkara berada di dalam pengetahuaNYA. Berhentilah berharap pada selainNya.

Friday, January 1, 2010

~Hatiku sudah tawar.....

:: a.K.u suka entri ini..jadi a.K.u post semula untuk tatapan semua~




MySpace

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, " bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? " . Lalu, dia terus pergi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
MySpace

" Anak muda... " lelaki tua itu bersuara .

" Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. " ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil...air diisi...dan garam dimasukkan.
Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

" Sekarang kamu minumlah air tersebut ". Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya? ", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin! "MySpace lelaki tua itu tersenyum lagi.

" Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. "

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

" Apa rasanya, anakku? " soal lelaki tua itu.

" Tawar, tidak masin seperti tadi ", lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

" Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? " tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

MySpace" Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri " .

Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada! MySpace

Moral: Sahabat sekalian, jangan lah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.








:: Subahanallah..muhasabah diri..

Irama hati~



Bismillah.

Hati ini.
Sekejap dingin.
Sekejap beku.
Sekejap lagi sendu.
Lalu keliru.
Terkadang panas.
Bahang dan hangat.

Hati ini.
Rindunya SATU.
CINTAnya, kekal yang ITU.
Lagunya, syahdu.





Sengal. Mungkin itulah perkataan yang terbaik untuk menggambarkan kehidupan a.K.u ini. Satu saat, a.K.u normal. Satu saat lagi, a.K.u terkapai-kapai lesu dalam permainan jiwa. Mudah, tetapi tidak. Isunya banyak. Persoalanya bertingkah. Jawapanya tidak semua sepadan. Perlu berubah-ubah mengikut keadaan. Kesesuain. Dan menjadi insan yang mampu berubah-ubah dan menyesuaikan diri [baca: dinamik atau fleksibel] tidak mudah tahu!. Emosi perlu kuat. Jiwa perlu kental. Mental perlu bersedia. Fizikal juga. Sebab diakhirnya. Jika gagal membawa rentak yang dikehendaki. Bisa rosak. Bisa retak. Mungkin percah, hancur dan berkecai. Biarpun bisa di gam cebis-cebisnya. Namun ia tak akan kembali seperti yang asal.



Di satu sisi. a.K.u kekal gembira dengan beberapa perkara. Di sisi lain, a.K.u cuba mengawalnya. kerana masih ada insan yang mudah terkesan dengan tingkah a.K.u. Biarpun sesungguhnya, a.K.u tidak mampu. Dan tidak pernah mampu. Pernah berkali-kali a.K.u ditanyakan. Apakah kasih sayang engkau ini? Bagaimana engkau mendapatnya dari yang ramai?
Percayalah, a.K.u tidak tahu. a.K.u tidak pinta. Ia datang dari DIA. HikmahNYA mungkin. UjianNYA juga mungkin. Dan sebenarnya, antara sisi yang mereka tidak tahu. Yang sayang itu tidak semua. Biarpun ramai. Ada juga yang cemburu. Iri. Malah...[Usah a.K.u ungkap lebih lagi. Pasti ramai yang akan terasa hati]. Cukup!

Bukan salah mereka. Bukan salah siapa-siapa. Tapi mungkin banyak yang DIA mahu ajarkan pada a.K.u. Sungguh, ilmuNYA yang Maha tinggi itu tidak selalu dapat a.K.u gapai dengan sempurna. Bikin a.K.u sedar diri ini hamba. Subahanallah. Tersungkur a.K.u akhirnya menyembah DIA juga. Sujud pada DIA juga.
Wallahu'alam.
[DIA sahaja yang tahu segala rahsia]










:: Akal a.K.u masih ok bukan? Alhamdulillah~

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...