Thursday, July 30, 2009

Dua minggu...

Dua minggu berbintang-bintang...toing! toing! *poning*

Alhamdulilah...
Setelah terkejar-kejar dengan pelbagai perkara sepanjang 2 minggu yang lepas,
akhirnya dapat juga rehat sikit-sikit minggu ni...

Minggu pertama...bermula dgn meeting KIPJ & berderet-deret meeting selepas itu...
Sempat juga masak untuk Malam Tautan Kasih KIPJ UIA..huhu..
Thankz to Kak Tasya yang banyak membantu...

Weekend pertama, RnR (Rehlah & Refresh) batch di Ulu Yam.
Dah berjanji nak tlg masak, tp x kesampaian bila terpaksa bantu Abang di Cheras...
Prog bersama YATIM...

Anyway, Alhamdulillah sbb sempat gak join malam tu..
Modul yang best! Chayok Wan! Hehe

Minggu seterusnya...
Perkhemahan Generasi Murabbi..
Di tempat yang sama...
Alhamdulillah...
Walaupun 'berantakan' pada awalnya...
Namun lega yang teramat bila habis program...
Adik-adik sis mmg sempoi...
Adik2 bro...sendiri mau ingat la...haha...




Perkhemahan Generasi Murabbi 09', The Woods Resort, Ulu Yam


This week, tgh sibuk *xde la sibuk sangat* jaga booth GPTD & PKPIM sempena IIUM Huminitarian Week 09'...
Alkisah dah kena 'blacklist' dari jadi komiti Huminitarian Carnival coz x buat kerja... Diulangi...x sempat nak buat kerja..haha...
Mujur minggu ni x payah buat modul EMAS,
Kalau x, 'berantakan' la jugak...





Sisi Lain...

Buat adik-adik tersayang...adik-adik yang hari-hari namapak penat..=p
Moga Allah balas jasa & pengorbanan kalian...
Kekadang diri ini dah x tahu bagaimana nak 'mendamaikan' kaliah...
Hanya doa yang mampu kupanjatkan agar hati kalian kekal pada-NYA...
Kerana hati itu akan tenang bila mengingati Allah...
& ingatlah, tiada rehat bagi seorang pejuang selagi hidupnya..kerana kematian itulah saat rehat yang sebenarnya...


Mahu kongsi nasihat sahabat...

...Dyll, hidup ini seringkali terasa pahit lantaran kita merasa kerdil di sisi mausia2 yg hebat. tapi kita lupa bahawa kita juga manusia seperti mereka, kita lupa bahawa kita juga mampu menjadi hebat. kerana kita MANUSIA..berjuang untuk menjadi yg terbaik adalah hak kita, selagi mana kita tak lupa bahwa hidup dan mati kita kerana Allah, selagi itulah kita manusia hebat..
Tp xmo la nampak hebat dihadapan manusia...(x_x)~Nauzubillah...

Thursday, July 23, 2009

Hanya SMS....

Siapa sangka, hanya dengan satu SMS mampu membuat kehidupan seseorang berubah 360%...


Semalam...


"Jangan biar kesibukanmu dgn aktivisme perjuangan menghalangmu membina intelektualisme dgn pembudayaan ilmu. Jadikan buku teman setiamu & rapatilah majlis-majlis ilmu. UMMAT menantimu!"


Sungguh, terkesan dengan ayat ini...
Ini yg berlaku hari ini.....


Jawapan SMS semalam:


"Andai kesibukanku dgn aktivisme perjuangan tidak dibantu olah kalian, bagaimana dapat aku membina intelektualisma dgn pembudayaan ilmu. Aku sentiasa mahu buku menjadi teman setiaku & merapati majlis-majlis ilmu. UMMAT menanti kita!"


Hmm..kasarkah?
Entahlah....sangat mudah menilai manusia lain tanpa memahami & mengetahui kebenaran disebaliknya... Em..tenang-tenang dyll....


Lagi hari ini....


"Kak, Ust. Muhadir & Ustazah Marsufah cancel lak bila dapat tahu tempat kat Ulu Yam..."


a.K.u membaca dengan tenang..
Tapi beberapa minit selepas itu...
a.K.u hanya mempu menjawab...


"Jap, akak fikir dulu..."


Sedang dalam keserabutan menghadapi kehidupan,
Tiba-tiba seorang sahabat dari Syria mengutus kata, pengubat jiwa...


"Dyll, hidup ini tidak indah tanpa taqwa. Lalu aku wasiatkan padamu agar bertaqwa kepadaNYA, & menjunjung sunnah RasulNYA. Belajar kerana ALLAH, usah diselit rasa jemu. Belajar kerana ALLAH, usah dilafaz kata hampa. Tetapkan hati, lalu belajarlah dan terus belajar kerana dari situ, lahirnya ilmu untuk da'wah fillah jua."


Sebenarnya, sahabatku inilah yg lebih memerlukan kata nasihat dariku...
Maafkanku duhai sahabat...
Demi ALLAh, a.K.u tetap menyayangimu...
Doaku tidak putus untuk melihatmu berjaya disana...


Beberapa minit selepas itu...
Satu lagi SMS...keluhan seorang adik akan kekurangan diri...
Sungguh..'sakit' & sedih...
Hanya sedikit nasihat yg mampu untuk a.K.u beri...


"Andai ini caranya Allah ingin mendidik hati-hati kita, kita juga perlu belajar untuk redha...
Yang penting, jangan putuskan pengharapan padaNYA"


Dalam keadaan begini, kadang-kala yang kita perlukan adalah tempat untuk meluahkan rasa...
Lalu, ini sahaja medium yang a.K.u ada untuk menyampaikanya..
Bukan meminta simpati..
Sekadar mahu didengari...
a.K.u sedar tanggungjawab da'wah ini tidak mudah...
Namun ada kalanya, sebagai manusia biasa,
a.K.u juga punya batasan kekuatan yg hanya diberi pinjam oleh DIA...
Lalu, selain berserah & berusaha...akan a.K.u perbaiki perencanaanku...
InsyaAllah...
InsyaAllah...
InsyaAllah...
Tuhan, beri a.K.u kekuatan....

Friday, July 17, 2009

Kenduri Kawen: Jawa Style.....(Siri 1)


Salamunalaik...

Setelah dua kali majlis perkahwinan diadakan di rumah a.K.u, rasa tertarik untuk berkongsi kisah tentang adat atau 'culture' didalam majlis perkahwinan ala-ala jawa di kampung a.K.u-Kg. Parit Ismail, Benut, Pontian, Johor..

Kebiasaanya, persediaan untuk menjalani sesuatu majlis perkahwinan mengambil masa selama sebulan sebelum majlis. Kadang-kala lebih awal lagi untuk memastikan majlis berjalan lancar. Tuan rumah akan memastikan segala persiapan teknikal seperti tempahan khemah, tempahan barang-barang keperluan 'rewang' dan persediaan di dalam dan luar rumah diselesaikan sebelum 'rewang'.

Rewang

Rewang merujuk kepada aktivit gotong-royong untuk memasak di rumah yang bakal di adakan majlis. Di sini, rewang tidak hanya berlaku semasa majlis, tetapi juga sebelum majlis. Kebiasaanya, ahli rewang terdiri dari sudara mara tuan rumah yang terdekat, jiran-tetangga dan ahli rewang di kampung.

Ahli rewang


Ahli rewang terdiri dari penduduk kampung yang bernaung di bawah kumpulan rewang. Kumpulan rewang adalah seperti persatuan penduduk dimana ahlinya perlu membayar yuran tahunan, terlibat dengan mesyuarat dan perlu melibatkan diri secara langsung dengan masyarakat kampung apabila adanya majlis-majlis perkahwinan. Komitmen yang baik dari ahli rewang akan memastikan mereka mendapat layanan yang baik dari masyarakat sekitar jika mereka ingin menjalankan majlis perkahwinan. Semasa majlis diadakan, ahli-ahli rewang ini bertanggungjawab menjaga bahagian makanan i.e memasak, membungkus 'berkat' dan juga selaku pelayan kepada tetamu.

Di kampung ini terdapat dua kumpulan rewang disebabkan faktor geografi kampung ini yang agak besar. Keluarga kami agak unik kerana terlibat secara langsung dengan kedua-dua kumpulan ini kerana rumah kami berada ditengah-tengah kampung. Namun, kami hanya boleh memilih satu kumpulan rewang sahaja setiap kali mahu mengadakan majlis.
Bersambung....

*gambar diatas merupakan gambar-gambar semasa 'rewang'. ~Dorang masak sup daging malam tu...sedap gak la....haha~

Thursday, July 16, 2009

Permulaan sesuatu yang baru....




Alhamdulillah...


Bermula sem baru...hidup baru..

Namun masih juga tanggungjawab yang lama..

Malahan semakin bertambah..


Alhamdulillah juga...

Diberi lebih kekuatan & kematangan mengurus kehidupan...

Perkara-perkara yang sukar waktu dahulu, semakin mudah sekarang..

Moga diberi kekuatan untuk teruskan segalanya..

dengan lebih baik...

InsyaAllah..




Namun, cabaran besar tetap menanti...

Cabaran untuk kekal dekat denganNYA dari hari ke sahari...

Cabaran untuk mengekalkan kualiti kehidupan a.k.a pelajaran..

Cabaran dunia luar yang semakin dekat... *nk grad dah...*

Dan antara cabaran terbesar...

Cabaran untuk meninggalkan kader-kader da'wah di bumi UIAM...




Terkadang...

Tertanya-tanya juga pada diri..

Mampukah a.K.u hadapi semua ini?

Mampukah a.K.u ikhlaskan hati untuk teruskan amanah ni...





"Kadang-kadang, hati merintih derita, jiwa menangis sedih, akal mengeluh letih...

Namun hakikat hidup takkan berubah,
Yang perlu diubah adalah diri yahg menghadapinya,

Hati memilih jalan,akal memulakan langkah dan iman menguruskan arah..."


Namun berada disisiNYA, DIA sentiasa punya jawapan...



"Allah tidak akan menguji sesuatu kaum itu melainkan dengan apa yang mereka sanggupi"



Allah takkan memberi kehidupan ini,

Jika a.K.u tidak mampu untuk menghadapinya...



InsyaAllah,

Akan a.K.u cekalkan hati ini...

Akan a.K.u bertahan semampuku...



~Andai kalian tahu a.K.u mampu...DIA lebih tahu...
InsyaAllah.....

Wednesday, July 15, 2009

Ikhlas...

Belajar Ilmu Ikhlas
www.iluvislam.com
Oleh: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Editor:NuurZaffan


"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"




Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

"Cukup?"

"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."




Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.

"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"

"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"

"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.




"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.




Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"

"Tak buat apa-apa."

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."

"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.




"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."

"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.

Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.




Pengajaran:

Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.




~Ikhlaslah duhai hati.....

Friday, June 26, 2009

10 Muwassafat Tarbiyah


10 Muwassafat Tarbiyah
www.iLuvIslam.com
Aufa_Risya
editor : IskethaykaL


Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:

"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."

Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:

"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.


8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Tranformers : Revenge of the Fallen

Date: 25 june 2009
Time 5 - 7 pm
Venue: KLCC
~Abg Fat, Kak Tasha, Izun, a.K.u
(Luna ditinggal kat umah umi...haha)


Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...