Friday, November 27, 2009

Setiap saat yang berharga~

Bismillah.

Generasi ke-2
Antara tempat utama yang akan a.K.u tuju bila a.K.u dilanda masalah-masalah peribadi.
Sungguh, kami tidak punya masa yang banyak untuk bersama.
Tapi cukuplah sejarah itu mempertautkan hati-hati kita untuk terus bersama.

Hati kami pecah.
Saat aku sedang menjalankan oprasi mencipta blog Gen-2,
tiba-tiba a.K.u dapat panggilan dari seorang adik (Hanis zakaria).

"Kak, Kak Diba kemalangan"
a.K.u tergamam.
Saat Hanis ceritakan keadaan yang berlaku,
a.K.u macam antara percaya atau tidak.

Selepas telefon diletakkan.
a.K.u terfikir sejenak.
Menimbang-nimbang berita yang baru a.K.u terima.
Hati a.K.u hampir pecah.
a.K.u hubungi Hanis sekali lagi untuk kepastian.
Hubungi Balqis juga.
Malam itu, a.K.u sampaikan berita tersebut pada sahabat-sahabat
batch yang lain.
Benar, hati kami sama-sama pecah.
Adibah Ali.
Ini gambar-gambar saat awal kami berkenalan.
Berkenalan di program.
a.K.u hormati dia.
Sangat berkarisma.
Sangat komited dan bertanggungjawab.
a.K.u sayang dia.
Sangat sayang.
Sebab dia pernah hulurkan tangan waktu a.K.u menangis lama dulu.
Kemanapun a.K.u.
Generasi a.K.u tetap disitu.

Kemalangan di Tampok, Benut.
Saat dia baru habis Program KPIJ (Jambori).
Patah dua kaki & dan tulang pinggul.
Luka di kepala.
Ya Allah.
Beri kekuatan pada saudaraku ini.
(+_+)


Titian Wahyu.

Cuma 1 je gambar yang mampu a.K.u edit dan upload saat ini.
InsyaAllah. Lain kali mungkin a.K.u akan upload lagi.





:: Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). (1) Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (2) Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).(3)
[al-Kauthar: 1-3]


:: Salam Eid Adha buat semua.
Sudah di hadamkan kisah pengorbanan para Rasul dan Anbiya' lama dahulu.
Di manakah pengorbanan kita saat ini?
Untuk Islam, Ummat & persediaan diri sendiri di sana nanti.
Moga Allah tetapkan hati kita kekal di jalanNya..Ameen..

Wednesday, November 25, 2009

Induksi Titian Wahyu sesi 2010


EMAS Management Board 2010.
(Habib, Zahin, Non, Hanis, Nadia & Mieza)

Bismillah.


Hmmm..

a.K.u sangat jarang bercerita tantang program yang pernah a.K.u ikuti rupanya.

Mungkin sebab malas menulis & banyak sangat yang nak diceritakan.

Tapi..

Untuk kali ini.

a.K.u hidangkan juga kisah ini.

Untuk tatapan pembaca.

Dan untuk diri a.K.u sendiri untuk masa-masa yang akan datang.

Sebab a.K.u sangat terkesan dengan induksi kali ini..

Sentimental tahu!

(n_n)v


Awalnya.

a.K.u sangat berbelah bahagi antara keluarga, diri & induksi.

Malas la nak cite panjang.

Tapi a.K.u pergi dengan rasa ikhlas yang tidak sempurna.

Atas dasar tugasan & tanggungjawab cuma.

Turun naik emosi a.K.u sepanjang program,

Waduh!

Tuhan saja yang tahu.

Tapi a.K.u cepat sedar.

Masih mampu mengutip sisa-sisa ikhlas & hikmah.

Walaupun a.K.u x berani nak mengaku.

& tak tahu adakah a.K.u benar ikhlas atau tidak.

Ikhlas itu kan ‘gelap’.

(Kau sendiri pun tidak tahu)


Fokus!

Kami (Syah & Paan), mulakan perjalanan sekitar jam 9.30 malam.

Yang lain sudah di sana.

Terus ke PD.

Singgah makan & teruskan perjalanan.

Terlajak juga hampir ke Teluk Kemang.

Sesat dalam 30 min.

12.30 pg.

Kami benar sudah di destinasi.

Alhamdulillah.

Tidak terus tidur, mesyuarat hingga jam 3.30 pagi.

(Syah, Paan, Adrian, Tirah...Mantap seh!)

Lalu...hangus qiyam~

(+_+)!


Subuh berjemaah & tazkirah.

Pagi itu, hujan renyai-renyai~

Namun redah juga ke pantai sebentar untuk riadhah.

Walaupun a.K.u tak tahu la modul apa yang a.K.u karutkan.

(Dengan emosi yang macam roller coster~)

Dilayankan je~

Hingga.

a.K.u mengambil beberapa waktu untuk bersendiri.

Namun Allah itu tahu kan apa yang hambanya perlukan.

DIA..tidak sekalipun membiarkan a.K.u keseorangan.

Tiap kali a.K.u menyisih, pasti ada yang hadir menemani.

Tanpa sedar bahawa a.K.u sebenarnya ingin bersendiri.

Namun setelah beberapa kali.

a.K.u sedar a.K.u sedang ‘ditegur’.

Subahanallah.

Cukup untuk a.K.u luruskan kembali hati.

Pacakkan keWAJAan diri.

Syukur.


Petang.

Sesi merancang dan berbincang.

Selepas marghrib.

Sesi BBQ & santai di tepi pantai.

(Saat a.K.u temukan jawapan)

Alhamdulillah.

Selasa. Pagi yang indah & cerah.

Operasi ‘Treasure Hunt’ yang sudah di komplotkan a.K.u, Ainun & Paan.

Sangat best bagi a.K.u.

Dari sesi sorakan, denda, kepit belon & korek pasir berjalan lancar sehingga....

‘Treasure’ terakhir yang ditanam tidak dijumpai~

Hampir sejam lebih menggali.

Termasuk kami yang menanam ‘treasure’ tu awal-awal lagi terpaksa membantu.

Sebab kami pun lupa kat mana kami tanam ‘treasure’ tu. Huhu.

Di sini ukhuwwah & sabar kami teruji.

Mujur.

Semuanya ‘gila-gila’ belaka.

Dengan semangat setia kawan yang tinggi &

Rasa tanggungjawab.

Alhamdulillah.

Selesai.

Walaupun rupanya ada 1 lagi ‘treasure’ tidak dijumpai.

Hurm...

Tapi...

Secara rasionalnya.

Inilah reality yang akan dihadapi nanti.

Sebagai satu persatuan,

Kerjasama, kefahaman & rasa tanggungjawab itu perlu.

Halangan pasti akan ada.

Pelbagai kerenah & sikap akan dapat dilihat dari masa ke semasa.

Ancaman dalaman & luaran.

Yang pastinya akan sangat menguji semua.

Makanya.

Persediaan itu perlu.

Sangat perlu.

Selesaikan hal-hal asas.

(Ukhuwwah, kefahaman, perancangan teliti dll.)

Agar nanti pergerakan persatuan bisa bertahan dalam apa juga keadaan.

InsyaAllah.


Untuk semua kepimpinan baru Titian Wahyu 2010.

a.K.u...amat bangga sama kalian.

Moga Allah membantu tugas da’wah kalian.

Jika tidak di balasNYA di sini.

Moga di balasNYA di sana nanti.

Ameen.


Akhir sesi kami.

Mandi laut dan main 'banana boat'.

Pertama kali untuk a.K.u.

(n_n)v

Syukur, Alhamdulillah.

Induksi berakhir dengan baik.


Balik kami singgah di Nilai sebentar sambil lepak-lepak di Kopitiam (Giant).

Untuk team EMAS, setelah berpisah mengikut jalan masing-masing,

sempat juga berjumpa semula di Mencongkam lewat jam 9 mlm.

Korang mmg best!

Siyes!


Syukur. Alhamdulillah.



Dari kami mantan-mantan yang sangat sayangkan TW & Biro EMAS~

Kami doakan yang terbaik..

Jangan lupa panggil kami kalau ada program ya!

Ikhlas: Paan, Dyll, Ainun =)



To Ainun: Kisah air laut sampai ke daput tu....rahsia kita saja ya...hehe...=p





:: To tuan Presiden, sokongan padu dr k.dyll yg comel & muda....InsyaAllah..=)

Chayok2! ngeh2...=p

Saturday, November 21, 2009

Dua puluh Empat jam buat kita~


Bismillah.

Hari itu.
Allah telah takdirkan kita bersama.
Entah apa yang mengusik hati kita.
Yang kita tahu,
kita perlu bersama.
Dan kita sangat bahagia bila bersama.
Walaupun hati kita masing-masing,
ada terselit derita.
Dan derita itu,
hilang.
Seakan terbang melayang.
Bila kita tuturkan kata bicara.
Kerenah-kerenah jujur dari setiap satunya.
Lawak-lawak bodoh dari a.K.u pastinya.
Bikin kamu berdua mahu ketawa.
Walaupun payah.
Sebab kena tahan dari ketawa kuat-kuat.
Sakit kau kata.
Biarlah.
a.K.u kata.
Diam. Dia.
Haha.

Tapi kita tetap suka.
Habiskan masa.
Sambil melayan 'fb' dan blog masing-masing.
Bertukar-tukar 'turn'.
Kerana a.K.u tak bawak laptop.
Korang bagi pakai laptop masing-masing.
a.K.u terharu tahu!
Walaupun a.K.u dah biasa.
Eheh.

Dan tak lupa.
Wajah-wajah kamu bila a.K.u berbicara.
Lagak bagai si motivator.
Yang kamu sangat bersemangat untuk mendegar kata-katanya.

Dan yang mahal bagi a.K.u.
Bila dengan sesuka hati.
a.K.u bantai kamu dengan bantal.
Sebab kamu banyak sangat tanya.

Dan a.K.u suka bila muka kamu.
Khusyu' dengar a.K.u bercerita.
Sampai tak berkelip mata.
Walaupun sebenarnya dah bosan dengar satu nama.
Yang a.K.u ulang-ulangkan setiap masa.
(n_n)v

Time nak tidur.
Kita berhimpit.
Dan bertukar 'turn' juga.
Semata-mata.
Kasih dan kasihan.
Tapi a.K.u.
Tido juga tak sedar diri.
Hurmm...

Esoknya.
a.K.u & dia.
Keluar melaksanakan amanah.
Sampai ke petang.
Tapi baliknya itu, menjanjikan sesuatu.
Walau dalam penat.
Kita gagahkan.
Melepak di tasik.
Melintasi hutan.
Kita seronok.
Melayan alam.
Sambil 'snap-snap' gambar.
Kekadang terliur nak main kayak.
Tapi kita mampu tengok je.
Sebab kita pemalu.
Hehek.

Kita terpisah petang itu.
Dengan hati yang puas,
dan rindu.





Sisi diri.
Untuk kali pertama.
Dalam hidup a.K.u.
Punya perasaan yang sangat berbeza.
Subahanallah.
Allah itu Maha Tahu kan?
DIA titipkan rasa cinta.
Yang a.K.u harap sentiasa mekar hingga ke syurga.
Ameen.




:: a.K.u takkan lupa Dua Puluh Empat jam itu sampai akhir hayatku!

Friday, November 20, 2009

Kisah kita~

Dua Puluh Empat jam buat kita.
MySpace

Bismillah.
Mari a.K.u kabarkan di sini.
Dua lagi sisi hidup a.K.u kala ini.
Tapi kali ni a.K.u buat ala-ala pantun pulak.
Menarik kan?
Eheh, perasan je ko ni Dyll.
haha.

Nadyllna nama diberi.
Buat perangsang dikala sunyi
Bila sendirian teringat dihati
Walau jauh tetap dikenangi

Bila bersama berhari-hari
Bergelak ketawa memecah sunyi
Berjalan bertebaran kesana kemari
Malah berkongsi tangis dan rahsia hati

Jajan dan asam menjadi pilihan.
Buat juadah waktu perbualan.
Kadang terlebih, kadang terkurang.
Apapun yang penting, hati kami girang.



Ahakz!
Sengal sungguh rasa pantun-pantun ini.
Lawak tak?
Hahaha.
*Tak?
Apasal a.K.u gelak berguling!
haih~






::Behave Dyll..Behave!




Monday, November 16, 2009

Level of Love~ ♥

LEVEL OF LOVE BASED FROM AL-QURAN
www.iluvislam.com
lart_ieha
editor: azzahra_solehah



Menurut hadis Nabi: Orang yang sedang jatuh cinta, cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu).

Sabda Nabi: Orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu).

Sabda Nabi juga: ciri dari cinta sejati ada tiga -
(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan
(3) lebih suka mengikuti kemahuan yang dicintai dibanding kemahuan orang lain/diri sendiri.

Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah SWT, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.

Dalam Qur’an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:

1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan “nggemesi”. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, mahunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.

2. Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih walaupun ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.

Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antara orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur’an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim.

Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim ertinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.

3. Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedut seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur’an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.

4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) boleh jadi seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyedari apa yang dilakukan. Al Qur’an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, isteri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.

5. Cinta ra’fah, iaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak sanggup membangunkannya untuk solat, membelanya meskipun salah. Al Qur’an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kes hukuman bagi pezina (Q/24:2).

6. Cinta shobwah, iaitu cinta buta, cinta yang mendorong kelakuan yang menyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur’an menyebut term ni ketika mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)

7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur’an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur’an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahawa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma’tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as’aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa’ika,
aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.

Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab “Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin”, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, (hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi).

8. Cinta kulfah yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur’an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)

Sunday, November 15, 2009

Jiwa-jiwa~



Wahai jiwa-jiwa yang resah.
Ingatlah kamu akan hadirnya hikmah.
Tiap kali ujian melanda.

Wahai jiwa-jiwa yang resah.
Isi kamu dengan CINTA.
Agar nantinya payah dan resah.
Bisa hilang tanpa lelah.

Wahai jiwa-jiwa yang tenang.
Kongsikan rasa kamu pada mereka.
Agar rasanya nanti bisa di bajai.
Demi diri-diri yang mencari.

Wahai Tuhan yang memiliki jiwa & hati kami.
Taatkanlah ia pada perintahmu.
Jauhkanlah ia dari azabmu.
Satukanlah ia demi CINTA kepadaMu.
Ingatkan ia andai lupa dan lalai kepadaMu.

“ Wahai Tuhan yang sentiasa membalik-balikkan hati ,
tetapkanlah hati kami atas agama-Mu dan ketaatan-Mu”
(Ya Muqallibal Qulub , Thabbit Quluubana ‘ala Deenika Wa ‘ala Thoo’atik).






:: Orang yang bersyukur itu pasti merasa bahagia kan? =)

Friday, November 13, 2009

New Chapter begin~

Memang susah.
Nak mengekalkan suatu perhubungan.
Hingga ke akhir nafas.
Kecuali.
Dengan keluarga sendiri.
(Ini pendapat peribadi)

Bertahun.
Setelah beberapa bab hidup a.K.u berubah.
Kini berubah lagi.

Tapi kali ini.
Dengan sangat cepat.
Sampai tak tercapai akal.

Tapi.
Alhamdulillah.
a.K.u tetap dapat jawapan.
Biarpun tidak sempurna.

Melepaskan dia pergi.
Bukan sesuatu yang mudah.
Tapi tidak juga payah.
Sebab kali ini.
a.K.u sudah benar bersedia.
Dan tidak terasa sangat sakitnya.

Apatah lagi.
Ramai yang menanti.
a.K.u bersama mereka.
Menerima a.K.u dengan ikhlas.
Tanpa alasan.

Menerima.
Ikhlas.

Itu sahaja kan?

Wallahu'alam.






:: a.K.u tidak menyesal~

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...