Friday, April 30, 2010

Renyok Hati~

Bismillah.

"Good or Bad it's hard to Say"

Memang susah mahu tentukan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara.
Kerana kadang-kadang hikmah Allah itu datang tidak menentu waktunya.
Cepat atau lambat hanya Allah yang tahu.
Yang pasti, sebagai manusia, optimis itu perlu.
Positif itu juga perlu.

Manusia itu perlu di dengari.
Dan perlu juga belajar untuk mendengar.
"Give & take"

Buat si Renyok hati.
a.K.u mungkin takkan tahu sebabnya.
Tapi mohon maaf andai a.K.u mampu merasa Renyok hatimu.
Dan a.K.u sentiasa optimis untuk menilai ia sebagai satu hikmah.
Yang Allah tidak beri pada orang lain.
Tetapi a.K.u...

Dan maafkan a.K.u kalau ianya dari a.K.u.
Maaf juga andainya kedang-kadang ia bikin a.K.u buntu & tak pernah membantu.

Renyok hati kau mungkin, bukan a.K.u yang mampu membantu untuk meluruskanya kembali...
Tapi suatu waktu pasti akan kita fahami.
Kalau bukan kini, pasti suatu hari nanti.
Kan? Si Renyok hati? (n_n)v



Nota: Kau & a.K.u~






:: My Love is Friendship... [bukan no.2]

Wednesday, April 28, 2010

Kak Ros Lagi...hehe :p


Bismillah.

Kak Ros..
Selalu mengingatkan kepada dua watak ni.
Upin dan Ipin.
Dengan nada perasan,
Upin dan Ipin bagai a.K.u dalam satu jasad.

Yang matang dan banyak bertanya.
Yang manja dan mengada.
Yang membuli dan di buli.

Dan Kak Ros,
Memang bukan seperti Kak Ros dalam Upin dan Ipin.

Lebih kepada Kak Ros yang mendalam hati dan jiwanya.
Kak Ros yang tinggi nilai fikirnya.

Sampai dapat menjiwai jiwa a.K.u yang kadang-kala kusut-masai ini.

Kak Ros...
TERIMA KASIH...

Terima Kasih untuk titipan indah Kak Ros...

MySpace




... Titipan Buat Adik Dyll ...

DYLL ...jangan KELIRU dengan hidup ini kerna sebalik kabut itu pasti ada sinarnya. carilah dan moga akan ketemu sinar itu dan takkan keliru lagi.

DYLL ... jangan MEMEKIK DAN MENGELABAH kerna ranjau dan ujian itu didatangkan adalah untuk mendewasakan kita dalam membina pemikiran yang matang. moga hatimu tenang selalu.

DYLL ... walau apa jua yang berlaku TABAH lah selalu. bertabah itu susah ... bukan calang2 orang mampu memilikinya. Dyll mampu kan ?

DYLL ... moga punya jiwa yang bersih punya jiwa yang mantap punya jiwa yang baik dan JIWA BESAR. Jiwa yang sentiasa dekat dengan kebaikan.

DYLL ... JIWA LUAR BIASA kepunyaan mereka yang benar2 memahami sebuah kehidupan. bagi mereka, hidup ini satu persinggahan satu hentian. bersifat sementara dan bukannya diletakkan di hati. namun, mendiaminya perlukan usaha yang gigih kerna inilah ladang kita, tempat kita bekerja untuk emetik hasil yang baik di sana nanti. Jiwa luar biasa idola Nabi Muhammad s.a.w. , puteri kesayangan Fatimmah Azzahra dan para sahabat bahginda benar2 luar biasa.

DYLL ... usah MENYEPI kerna ramai yang menyenangimu, memerlukanmu dan menyayangimu. kalau dyll menyepi, pasti mereka akan T_T. mereka kan chenta hati dyll ...


moga dyll sentiasa TERSENYUM


P/S : Semua yang CAPS LOCK tu merupakan ilham2 dari tajuk2 entri dyll. hehehe


salam
kak ros


* Kan saya dah kata, komen Kak Ros sume boleh di jadikan entri... Buat blog Kak Ros! hehe...

MySpace
:: Vote for Kak Ros! Hoyeah!

Jiwaluarbiasa~


:: Moga si comel ini bakal punya jiwaluarbiasa...InsyaAllah..



M.E.R.E.K.A
Punya jiwa luar biasa..
Punya cinta luar biasa..
Punya hati luar biasa..
Punya semangat luar biasa...

Luar biasa pada tunduknya mereka pd yang Esa,
Luar biasa CINTA pada-NYA yang tiada terhadang olah dunia..
Luar biasa hatinya yang tidak kalah sama ujian-Nya..
Luar biasa semangatnya mengatasi usia..
Luar biasa yang sangat indah jiwa mudanya...

M.E.R.E.K.A
Yang luar biasa,
Jiwanya kental mengisi usia,
Menjadi shabab yang berguna,
Yang tidak pernah di biarkan sia-sia,
Hatinya dekat dengan Pencipta,
Tanda CINTA dan taatnya pada DIA,
Redha-Nya dikejar-kejar sentiasa,
Aqalnya tajam bak permata,
Yang di dasari ilham dan hikmah dari-Nya,
Lidahnya petah berkata-kata,
Telus kehati dan jiwa,
Bila kalam Tuhannya jadi penunjuk bicara...

M.E.R.E.K.A
Syahid itu yang dikejarnya,
Ujian di terima tanda Cinta,
Sabar itu tanda Redha dengan takdirNya,
Tanpa keluh dan tangis sia-sia,
Berkorban hidup, masa dan tenaga..
Mengenggam kuat amanah dariNya,


M.E.R.E.K.A
Chenta hati a.K.u yang luar biasa....



*Kata Cik Rehan, “Dyll, harus jadi kakak yang baik malam ini.”
*Kata a.K.u : “Coklat sedap...” [Senyum].




:: Moga Allah dengar bicara jiwa kita... Biar DIA yang tentukanya... Moga kita tidak pernah tersasar dari landasanNya..InsyaAllah... Ameen... [Senyum]

Monday, April 26, 2010

Yang memekik dan menggelabah...


Bismillah

“Mahunya yang bagaimana?”

“Yang begitulah.”

“Iya, tahu yang itu. Tapi bagaimana?”

“Begini... Mulakan dari yang pertama. Yang asas. Hati dan niat.”

“Lalu?”

“Terus kepada perancangan yang tersusun. Tanzim gitu. Harus ada harakinya. Harus ada tempoh masanya. Harus jelas targetnya.”

“Hmm..itulah. Mahu yang itu. Tapi tidak tahu..ya, bagaimana. Bagaimana mahu dapat yang itu.”

“Usahakan. Berbincang. Mesyuarah. Syura. Begitulah.”

“Sama siapa?”

“Sama yang dekat. Yang jauh. Yang bisa mendengar. Yang bisa percaya.”

“Hmm. Jelas mungkin. Sedikit.”

Dari kejauhan...

“Hoi, Sudah-sudahlah... Ada mulut perlu di suap..Ada perut perlu di isi. Ada tanggungan perlu teduhan. Yang akan mudah nanti engkau. Yang akan kaya nanti engkau.”

Dalam hati..

“Ah, godaan lagi... lagi-lagi..”

Kata jiwa...

“Bukankah aku lebih penting?”




:: Buntu~

Friday, April 23, 2010

Separuh hati yang a.K.u beri~

Bismillah.

Setelah kau robek separuh hati yang a.K.u beri..
Kini a.K.u tidak punya percaya lagi..

Tapi a.K.u tenang.
Tenang bila tahu kebenarannya.

Mujur.
Tidak sepenuh hati a.K.u beri...

Hahahaha...
Ketawa a.K.u hanya tanda menghina.
Maaf, a.K.u bukan malaikat.

Sudah jadi hakikat,
Kau dan a.K.u terlalu jauh bezanya.

Bukan bagai langit dan bumi,
Tapi lebih lagi.

Siapa enggang, siapa gagak,
Malas mahu peduli,

Yang penting suatu hari nanti,
kita tetap akan mati.

[Bahagia]



:: Buat penyumbang tangis & tawa~


Tuesday, April 20, 2010

Nasihat al-Qamah


Bismillah


Nasihat al-Qamah:

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya)..

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."





:: Menilai diri....

Monday, April 19, 2010

Si Tabah~

Bismillah.

Mana ada manusia mahu jadi jahat.
Mana ada manusia yang mahu untuk tersilap.
Namun memang sudah hakikat manusia itu akan melakukan kesilapan.
Jelas, terang dan nyata.

Hanya mahu kembali...

“Roh kita asalnya `dekat’ dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing. Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah” Rujuk disini.






:: TABAH saja....kan? :)

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...