"Hati ini Allah yang pegang...kalau DIA mahu mengubahnya, dalam sesaat sahaja sudah cukup...'kun fayakun..' bila DIA kata 'jadi!' maka 'jadilah!'...."
Kata-kata ini a.K.u selalu sebut pada diri. Sedar bahawa hati ini terlalu lemah. Maka a.K.u pujukkan dengan hakikat sebenar akan hati itu sendiri. Ia raja. Akal, penasihatnya. Jika penasihatnya buruk, buruklah hatinya. Akal memimpin hati memilih jalan. Akal yang terdidik memimpin hati menuju TUHAN. Dan tubuh badan ini, askarnya. Setiap perbuatan yang terlahir dari anggota tubuh, merupakan imbasan atau cerminan hati si pelakunya...Bila hati di didik dengan kebaikan. InsyaAllah, baiklah kesannya dan sebaliknya jika dididik dengan keburukan, maka buruklah perlakuanya...Subahanallah...begitu sempurna ciptaan-NYA...
Apapun, entri kali ini akan banyak menyentuh soal hati...
~Alkisah Hati
Kenapa hati sakit…?
Terdapat dua punca utama sakitnya hati. Yang pertama, kerana nafsu yang berlebihan. Nafsu ini boleh sahaja bermaksud keinginan, kehendak ataupun harapan...(anda boleh beri maksud sendiri mengikut ilmu yang anda ada). Adapun bila nafsu ini berlebihan & tidak tertunai, maka sakitlah hati yang berkeinginan kepadanya. Sebagai contoh, Pak Abu memiliki sebuah kereta yang sangat mewah, cantik dan besar. Jirannya Pak Ali sangat berkenan akan kereta tersebut, Tetapi nak dijadikan cerita, Pak Ali ini sangatlah tidak berkemampuan. Makanya, sakitlah hati Pak Ali kerana nafsunya yang tidak tertunai. Selepas itu.....(anda fikirlah sendiri...). Rasionalkan kisah anda dengan situasi semasa. Sedikit 'homework' untuk pembaca entri ini. Hehe.
Adapun sebab yang kedua kenapa hati menjadi sakit adalah kerana kurangnya makanan jiwa. Makanan jiwa bagi manusia adalah iman. Iman ini, andai terkurang sedikit pun, dengan mudah ia akan menyakitkan hati & mengecewakan si pemiliknya. Ia berkaitan juga dengan konsep pergantungan hati pada pemiliknya yang sebenar iaitu. "Hati ini walaupun berada di dalam jasad kita, tetapi ianya bukan milik kita". Jadi, untuk memendekkan cerita, makanan bagi hati adalah iman. Meyakini bahawa hanya tiada Tuhan yang layak untuk disembah melainkan ALLAH dan meyakini bahawa DIA adalah pemilik alam dan seluruhnya. Kefahaman seseorang tentang hakikat ini, akan meminimumkan rasa 'sakit hati' nya apabila apa sahaja yang di ingininya di dunia ini tidak tertunai. Subahanallah.
InsyaAllah, pada entri yang seterusnya, akan di ceritakan pula bagaimana caranya untuk mengubati hati yang sakit..
Wallahu'alam...

No comments:
Post a Comment