
.::::.Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang…setelah dia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja,kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin
tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah ia sekadar keperluanmu…apabila sekali ia retak,tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.Akhirnya ia dibuang…sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

.::::.begitu juga jika kamu memiliki seseorang,terimalah seadanya.Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya… akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,yang kamu pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan, berkhasiat, mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak,nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.Kamu akan menyesal
..::::.Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.menyayangimu,mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak,kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain kamu juga yang akan menyesal…
.Bersyukurlah dengan apa yang telah di takdirkan untuk kita.. hargai setip satu darinya, kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk kita..InsyaAllah....
3 comments:
Kenapa tidak hadir ke Perhimpunan Penulis Muda di Melaka baru-baru ini? Presiden kelab puisi UIA pun hadir......
wah..akak,memang kena ni
kpd Drimba: Ada program di Pahang. Terlalu byk kekangan...
to WanFad:
Utk peringatan bersama...(n_n)
Post a Comment