Jalan Terbiar
Dua jalan mencapah di hutan
Sayangnya, kedua-dua tak daya aku lalui
Sebagai pengembara, lama aku termengu
Ku pandang yang satu sejauh mungkin
Ke mana beloknya di balik belukar
Lalu ku pandang yang satu lagi
Mungkin yang ini tampak lebih baik
Kerana ia bertempat seakan mengundang
Walau telah dilalui dahulu
Sebenarnya tampak tetap sama
Suria pagi dimana-mana pun sama
Menyinari daun-dedaunan
Oh, ku biarkan yang pertama untuk hari mendatang!
Walau ku tahu jalannya kemana dituju
Rasanya tak mungkin ku jejak kembali
Kata-kataku penuh keluhan
Walau di mana, zaman ke zaman
Dua jalan mencapah haluan, dan aku-
Akan memilih jalan terbiar
Dan itu mengubah segalanya
Robert Frost: 1916
…kata bapa kaya “Jika kamu jenis orang yang tidak berani, kamu akan menyerah kalah setiap kali kehidupan menolak kamu. Jika kamu jenis yang sebegitu, kamu akan sentiasa memilih jalan selamat melakukan perkara yang betul, menyelamatkan diri dari kejadian yang tidak pernah berlaku. Akhirnya kamu hidup dalam kebosanan sehingga kamu mati. Kamu mempunyai ramai kawan yang menyukai kamu kerana kamu seorang yang bekerja kuat. Hakikatnya kamu membiarkan kehidupan kamu menolak kamu sehingga kamu tewas…jauh di lubuk hati kamu, kamu sangat takut untuk mengambil risiko. Kamu ingin menang, tetapi ketakutan terhadap kekalahan telah mengatasi keseronokan terhadap kemenangan. Dalam hati kamu, hanya kamu yang tahu bahawa kamu tidak berani melakukanya-kamu memilih jalan selamat.”
Rich Dad, Poor Dar (Bapa Kaya, Bapa Miskin)
a.K.u: ‘terkesan’…
1 comment:
Berani dan terus berani mengorak langkah terus mencuba.
Post a Comment