Showing posts with label Gambar~. Show all posts
Showing posts with label Gambar~. Show all posts

Friday, February 22, 2013

Di Bawah Bayu (9) ; Terakhir dariku..



Rupanya, travelog Di Bawah Bayu terhenti pada siri ke 8. Tidak adil rasanya untuk tidak menyudahkan kisah ini dengan sebaiknya. 
Membentangkan jiwa untuk sesuatu yang dirasakan berbaloi-baloi untuk masa depan, takkan pernah tumbuh penyesalan walau sedikit. Kata Azimah “tiga bulan yang takkan dapat diganti dengan apa pun.”

Yup. Sungguh setuju. Tiga bulan yang takkan dapat diputar semula waktunya. Hanya tiga bulan itu menuntun saya untuk menjadi lebih baik lagi..dan lagi..dan lagi.. 
Sesungguhnya berada di ‘real battle zone’ terlalu banyak membuka mata dan hati. 
Du’at seharusnya lebih kuat. Lebih mampu memberi manfaat. Lebih bersemangat. Lebih adil dan saksama dalam hubungannya dengan Allah dan manusia. Keyakinannya pada Allah harus melebihi apa pun ; termasuk usahanya sendiri. 
Air mata, keringat, senyum dan ketawa, semuanya bercampur dalam keadaan yang indah. Paling indah bila semuanya adalah nikmat dari Yang Maha Indah.. Alhamdulillah. 
Tiga bulan menumpang hidup di tanah orang ; sentiasa seperti tanah sendiri – jutaan terima kasih buat semua yang banyak membantu, mempermudahkan, menyumbang, berkongsi, meneman, menggalakkan dan berkorban jiwa, masa, harta dan tenaga. 
Yang dihormati, Dr. Abdullah sekeluarga – yang paling tidak mampu saya lupakan adalah jemputan saat Raya Aidil Adha.. Terima kasih atas segalanya..

Geng pejabat – Dayang, Pak Cik Jaafar, Din, Kak Adi.. 
Geng SISMA& ABIM – Myzra, Fara, Azimah, Mira, Nani, Fatin, Fiqa, Ain, Liyana, Kak Jihan, Kak Jawisah, Ayuz, Hilmie, Zuhdi, Paan, Wahid, Putra, Abg Najal, Farid, Pak Cik Zik..dll..

Geng UIA – Afdalila & Tija.. 
Takkan pernah luntur ingatan untuk tiga bulan ini.. Tiga bulan yang tak dapat diganti dengan apa pun.. InsyaAllah..  

Thursday, September 6, 2012

Dakwatuna~

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya suka lukisan.
Tapi jarang-jarang melukis.
Dan, saya sangat fail melukis gambar manusia.
 *Tapi siapa sangka dapat A dalam subjek lukisan sewaktu SPM.*
Ngeh3..
Alhamdulillah.

Sekarang tangan dah keras. 
Sebab dah lama tak practice.
Bila melukis, rasa huduh semacam.
Lalala~

Dakwah zaman sekarang :


Yang ni baru je jumpa.
Comel-comel gitu.
Simple but adorable.


This is my favourite.
Kisah Meow, Afi dan Annur.
Belajar jawi moden.
Kadang-kdang merangkak juga nak baca.
Haha.


Yang ini saya kurang sikit. 
Mungkin sebab banyak sangat pasal ''nikah-kawin-soleh-solehah''. Huhu. 
Inchi Eks la ni suh baca. Hohoho..
Takmo marah...takmo marah~~ 
Tapi tak dinafikan isinya bagus-bagus.

Apapun, setiap orang ada cara dan bakat masing-masing dalam menyampaikan keindahan Islam.
Cuma sebelum itu ; wajiblah perkara-perkara asas tentang Islam itu di selesaikan dulu.
Ye tak?

*Nasihat untuk diri sendiri.

Wallahu'alam.

Wednesday, August 22, 2012

Syawal 1433 H

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Syawal tiba lagi.
Doa demi doa Allah makbulkan.
Untuk Emak dan Bapak terutamanya.
Moga dilimpahi kebaikan untuk setahun yang akan datang.
Ameen.

*We do cry, but we choose to smile..* :)


Ikhlas dari : Keluarga Melatu Samsi B Suhadah & Siti Fatimah Bt Aspan - Siti Zakiah - Hiswadi Anuar - Mohd. Zaki - Azliza Abd Majid - Mohd. Fathullah - Wan Natasha - Siti Nur Dalila - Mohd. Izuddin - Mohd. Badiul Juman - Mohd. Zin Fauzan

Dan 7 budak kenit : Luna Maya - Nur Izzah Insyirah - Ian Haris Ardani - Dhiya Hiswaniza - Nur Idleen Irdina - Izyan Izani - Muhammad Darwisy Hayyan

Maaf Zahir & Batin

***************************************



Dan untuk adik-adik dan sahabat terbaik saya yang bakal ke China 26 Ogos 2012 ini. Saya doa yang terbaik untuk kalian. Moga Allah permudahkan perjalanan perjuangan kalian. Ameen.
Untuk Hakim, moga tercapai segala impian merantau dibumi Tuhan. Setahun. [a.K.u doa yang baik-baik saja untuk kau ;)] 

Thursday, June 14, 2012

Santai~


'Assalamualaikum, nama saya Nur Izyan Izani B Mohd. Zaki'
[anak buah nombor enam~]

Bismillahirrahmanirrahim.  
Selesa dengan entri bergambar berteman ayat-ayat al-quran, hadis, kata-kata hukamak / sajak, puisi, lirik lagu – singkat – padat – jitu [eheh] lebih kepada satu corak yang mudah dan simple untuk memenuhkan entri blog. Tipikal untuk orang yang malas menulis tetapi kelihatan rajin meletakkan entri baru setiap hari [upss..kantoi]. 
Mungkin kerana saya jenis yang cepat bosan melihat entri yang sama – lalu berpendapat meletak entri baru itu begitu refreshing~ [konon]. 
Okeh. 
Dah start bosan dah baca ini entri kan? 
Bagus! 
Sekarang kita masuk kepada topik paling best. 
Isu nikah kahwin.

Ahaha, maaf. Saya main-main je. 
[Eh, kenapa muka awak pucat? Tak..saya tak cerita pasal awak la.. hehe. :p]
Ok. 
Tebiat datang lagi. 
Maaf semua. 
Saja-saja je ni.

Dan kata-kata hikmah untuk hari ini adalah…: 
Inilah jiwa kita; pesan Pak Hamka 
Jangan jadi perca tapi mesti jadi baja, 
Jangan jadi kerdil tapi mesti jadi bisa, 
Jangan jadi gagal tapi mesti jadi jaya, 
Jangan jadi miskin tapi mesti jadi kaya.
Dan ini lebih dalam..mendalam… 
"Kerana sudah demikian mestinya hidup itu, habis kesulitan yang satu akan menimpa pula kesulitan yang lain. Kita hanya beristirahat buat sementara, guna mengumpulkan kekuatan untuk menempuh perjuangan yang baru. Sebab itulah maka tak usah kita menangis di waktu mendaki, sebab di balik puncak perhentian pendakian itu, telah menunggu daerah yang menurun. Hanya satu yang akan kita jaga di sana, iaitu kuatkan kaki, supaya jangan tergelincir. Dan tak usah kita tertawa di waktu menurun kerana kita akan menempuh pendakian pula, yang biasanya lebih tinggi dan menggoyahkan lutut daripada pendakian dahulu. Dan barulah kelak di akhir sekali, akan berhenti pendakian dan penurunan itu, di satu padang yang luas terbentang, bernama maut." -Pak Hamka-

Assalamualaikum. *senyum sampai telinga* :D

Friday, June 8, 2012

Ya Alif Kaf Ya Nun



Once Upon A Time In Surabaya.

Bismillahirrahmanirrahim. 
Juara sebenar tidak berpegang pada prinsip:
"Untuk meyakini sesuatu, kita perlu melihatnya terlebih dahulu-seeing is believing."
Sebaliknya mereka berpegang kepada prinsip :
"Untuk melihat sesuatu, kita mesti meyakininya terlebih dahulu." 
Mukmin Profesional- Celik Mata Hati (Ust. Pahrol)
************************

Sepanjang hidup. Keluarga paling tahu degil saya.
Saya paling jarang meminta.
Tapi bila ada waktunya saya meminta, bermaksud saya benar-benar perlukannya.

Seperti soal kerja.
Bukan mudah meyakinkan.
Namun, alhamdulillah.
Akhirnya mereka faham.

Untuk apa dipaksa-paksa.
Meninggalkan sesuatu yang tidak ada ruginya.
Dunia akhirat [insyaAllah]

Itu keluarga.

Dan saya.
Apa lagi yang lebih meyakinkan mereka selain keyakinan saya ini?

Dan untuk doa mereka yang tidak pernah putus.
Terima kasih.
Allah sahaja dapat membalas semuanya.


Allahu'alam.

Monday, June 4, 2012

Pak Jack


Once Upon A Time in Semarang.

Bismillahirrahmanirrahm.

"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." [Ar-Rum : 9]




:: Rindu ruang bumi sebelah sana~

Tuesday, April 10, 2012

Ungku Aziz pesan..


Bismillahirahmanirrahim.

Adat la kan buat kerja mana ada yang mudah.
Yang penting, usaha kita takat mana? 
Tak gitu?
*wink*
“Sesungguhnya Allah Dialah saja yang memberi rezeki kepada sekalian makhluk- Nya dan Dialah saja yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga lagi Yang Maha Kuat Kukuh Kekuasaan-Nya.”  
(Surah Adz Dzaariyaat, 56-58) 

:: Jangan merungut dengan apa yang engkau pilih.. 

Monday, December 12, 2011

Bi-Tara


"Keunggulan... ke'tiada-tanding'an.. Daripada 2 perkataan... 'bi' dan 'tara'. Bitara : 'bi' merupakan imbuhan pinjaman bahasa Parsi bermaksud 'tidak'. Manakala 'tara' membawa maksud 'sempadan', 'had', 'takat' dan yg seerti dgnnya.”

:: Mahasiswa yang tiada tandingan? Fikirkan.

Wednesday, September 14, 2011

Lebih indah dari biasa~

Ian Haris Ardani

Bismillahirrahmanirrahim.

Perkara-perkara macam ni memang akan membuatkan kita
tersenyum lebih indah dari biasa.. :)

Tuesday, September 13, 2011

cOuGh~


Bismillahirrahmanirrahim.


Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda. [Selawat Syifa']

Thursday, September 8, 2011

Ayam


Bismillahirrahmanirrahim.

"Tidak ku kata ayam Cirebon lebih enak, tetapi ia tetap berbeza~"



Thursday, August 4, 2011

Memaknakan Kehidupan.

Bismillah.

Surabaya, 11 November 2010

Saat Tuhan menjelmakan makna.

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.” (QS Al-Ankabut ayat 64)

"Ramadhan Kareem."

:: Masih juga suka memasak untuk orang lain. :)

Tuesday, July 26, 2011

Lalala~

Bismillah.

Dia pesan.
Hiduplah seperti orang beriman.
Allhu'alam.

Tuesday, July 19, 2011

Taubat.

Bismillah.

"Tiada siapa yang mahu mengulang dosa-dosa lama bila dia tahu ia adalah satu dosa."


:: Selagi ada waktu...

Wednesday, January 5, 2011

Cirebon

Bismillah.

Cuma sekali, dalam berjuta kali.
Allah benarkan a.K.u mengambil gambar seperti ini.
Alhamdulillah.

Tuesday, December 14, 2010

Misi Menjejak Wali Songo (Sisipan 2)

Bismillah.

Abah

Try & Error~



3 gambar diatas merupakan gambar pelajar-pelajar sekolah rendah
(Pesantren Al-Munthohir)
Minggu ini, saya mahu berterima kasih pada Pak Jack [guru foto saya] yang tidak pernah lokek mengajarkan.
Walau apa pun, saya masih kagum dengan bakat yang Tuhan beri padanya.
:: Alhamdulillah :)

Saturday, December 11, 2010

Misi Menjejak Wali Songo (Sisipan)

Bismillah.

Bersama Mak & Bonda.

"Bestnya balik kampung!!!"

"Pak Jack nak ke mana ni?"
"Kebun~"

Belajar main kompang.

Mahu datang lagi~

Wednesday, November 10, 2010

Allah Maha Tahu...

Bismillah.
Sudah sembilan hari saya di Indonesia.
Sembilan hari juga tidak punya kesempatan melayari internet, apatah lagi menulis.
Dan demi Allah yang mentarbiyyah diri, hati dan jiwa.
Alhamdulillah untuk segalanya.
Sekadarnya..

Bawaku terbang-1 Nov 2010

[Foto: En.Zul]

Gerai soto ayam- cuma ini kegemaran kami..-3 Nov 2010
[Foto: En.Zul]

Memandang Merapi- 2 Nov 2010
[Foto: En.Zul]

Anak-anak POSKO Merapi-4 Nov 2010
[Foto: Dyll]


Misi diteruskan- 4 Nov 2010
[Foto: En.Zul]


Sekretariat HMI cawangan Sleman-3 Nov 2010

[Foto: En.Zul]


Temani saya- 5 Nov 2010
[Foto: Dyll]


Belajar-6 November 2010
[Foto: Dyll]














:: Bila air mata merubah persepsi manusia..

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...