Tuesday, June 29, 2010

Janji.


Bismillah.
Saya sedang mencuba.
Melatari hidup saya dengan kejujuran.
Sedaya upaya.
Jika tidak berani di hadapan orang pun,
Biarlah dengan diri sendiri.

Kerana itu kadang-kadang saya lari.
Kerana takut menipu diri.
Dan orang lain.

Dalam hidup,
tak pernah rasanya saya berjanji.
Akan sehidup semati,
dengan siapa-siapa.

Kerana saya pasti,
Pertemuan dan perpisahan itu akan terjadi,
Jika bukan semasa hidup, pasti bila mati nanti.
Dan saya tidak mahu bersedih jika berpisah.
[Mungkin saya akan sedih, tapi kerana rindu.]
Kerana saya yakin, Allah ada menjaga sahabat-sahabat saya.
Saya yakin Allah telah aturkan yang terbaik di atas perpisahan kami.

Dan jika saya punca perpisahan, saya harap ia atas tujuan kebaikan.
Setakat ini, saya yakin itulah yang terbaik.
Walau bukan di mata mereka, tapi InsyaAllah, nanti-nanti pasti mereka faham.
Saya tidak mahu ungkit siapa salah dan betul.
Saya hanya mahu masa untuk Allah tunjukkan jalan-Nya satu hari nanti.

Saya janji takkan menangis lagi bila berpisah.
Kerana kita berpisah kerana Allah.
Bukan kerana kehendak diri.

Jika kehendak diri.
Sahabat saya tidak akan saya lepaskan.
Walau sekali.

Jika kerana Allah,
Perjuangan adalah tunjangnya.
Jika sahabat saya pergi berjuang,
Sayalah manusia yang paling gembira.
Dan saya akan cemburu.

Sahabat saya pergi berjuang.
Saya mahu temani dia.

Tapi jika tidak.
Jika bukan kerana perjuangan.
Jika hanya kerana kehendak peribadi.
Persahabatan pasti akan tawar.

Umpama kopi tanpa gula.
Gulai tanpa garam.
Di jamah sedikit dan di diamkan.

Saya juga tidak mahu besahabat kerana kenangan.
Kenangan adalah sejarah.
Yang tak mampu di ubah.

Biarlah bersahabat kerana keimanan.
Seperti para sahabat.

Jika saya tidak mampu jadi sahabat yang mengajak untuk menambah iman.
Saya takkan sanggup jadi sahabat yang meruntuhkan.
Kerana itu ada sahabat yang saya tinggalkan.
Maaf andai saya pernah punya dosa itu.

Saya tenang tapi tidak gembira dan takkan berpura-pura gembira.
Tidak gembira kerana ada yang tidak gembira kerana saya.
Kerana saya belum bertemu jawapannya,
dan belum mampu berikan jawapan kepada mereka.
InsyaAllah. Jika sudah, akan saya kongsikan bersama.
Saya cuma mampu doakan ketenangan mereka.






:: Maafkan saya sahabat. Tak mampu penuhi hati kamu lagi.

2 comments:

andalus said...

subhanallah kak...slalu speechless di ruang ini -_-

Dendei said...

ala, mmg xbleh bercakap kat sini pon kan... haha... :p

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...