Saturday, June 26, 2010

Kata-kata~


Bismillah.

Kempen ni dah lama.
Tapi idea tak datang-datang untuk promote kempen ni.
InsyaAllah.
Hari ini mungkin.

BERTUTURLAH DENGAN GAYA BAHASA YANG DIFAHAMI PENDENGAR.

Untuk kempen kali ini, a.K.u cuba kongsikan beberapa perkara tentang adab bercakap:


ADAB BERCAKAP

1-Semua perkataan mestilah membawa kebaikan
(Hadis Nabi saw: Sesiapa yang beriman kpd Allah dan hari akhirat, maka hendaklah berkata baik atau lebih baik dia diam-HR Bukhari dan Muslim)

2-Bercakap mestilah jelas dan benar
(Aisyah berkata: Bahawasanya Rasulullah saw itu selalu jelas sehingga difahami oleh semua yang mendengarnya-HR Abu Daud)

3-Seimbang dan menjauhi sikap berdolak-dalih.
(Sabda Nabi saw: Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku di hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan bersikap sombong dan bercakap.-HR Tirmizi-hadis Hassan)

4-Menghindari banyak bercakap, kerana ditakuti membosankan orang yang mendengarnya.
(Hadis riwayat Wail:Adalah Ibnu Masud sentiasa mengajar kami setiap Khamis, maka berkata seorang lelaki, Wahai Abu Abdul Rahman (gelaran kpd Ibnu Masud) kamu mahu mengajar kami pada setiap hari? Ibnu Masud menjawab: Sesungguhnya tiada yang dapat menghalangku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana aku pernag meminta yang demikian drp Rasulullah saw dan baginda menjawab: aku khuatir membosankan kamu- HR Muttafaq alaih)

5-Menghindari drp menyatakan yang batil.
(Sabda Rasulullah saw:Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredahai Allah yang ia tidak mengira yg akan mendapatkan sedemikian sehingga dicatat oleh Allah keredaanNya bagi orang tersebut hingga hari kiamat. Dan lelaki mengucapkan satu kata yang dikurkai Allah yg tidak dikiranya akan demikian, maka Allah akan mencatat yg demikian hingga kiamat-HR Tirmizi, katanya hadis hassan sahih. Juga riwayat Ibnu Majah)

6-Mengulangi kata-kata yang penting, jika diperlukan.
(Anas berkata apabila Nabi saw bercakap, maka baginda akan mengulanginya sampai 3 kali sehingga semua yang mendengar menjadi faham dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang maka baginda akan mengucap salam 3 kali-HR Bukhari)

7-Menjauhi perdebatan sengit.
(Sabda Rasulullah saw: Tidak sesat sesuatu kaum setelah mendapat hidayah, melainkan kerana terlalu banyak berdebat-HR Ahmad dan Tamizi)

8-Menjauhi kata keji, mencela dan melaknat.
(Sabda Rasulullah saw: Bukanlah seorang mukmin jika ia suka mencela, melaknat dan berkata-kat keji-HR Tarmizi dan Sanadnya Sahih)

9-Menghindari banyak kelakar.
(Sabda Rasulullah saw: Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah di hari akhirat ialah orang yang suka membuat manusia lain ketawa-HR Bukhari)

10-Menghina atau aibkan orang lain.
(Sabda Rasulullah saw: Jika seseorang menceritakan satu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya-HR Abu Daud dan Tarmizi)

11-Menghindari dusta.
(sabda Rasulullah saw: Tanda-tanda munafik ada 3: Jika bercakap, ia berdusta, jika ia berjanji ia mungkiri dan jika ia diberi amanah, ia khianati-HR Bukhari

12-Menghindari ghibah (umpat mengumpat) dan adu domba.
(sabda Rasulullah saw: Janganlah kamu saling mendengki, dan janganlah kamu saling benci dan janganlah kamu saling berkata-kata keji dan janganlah kamu saling berpaling muka dan janganlah kamu saling umpat mengumpat (ghibah) dengan yang lain dan jadilah hamba Allah yang bersaudara-HR Muttafaq Alaih)

Sumber: Di Sini.



:: Kalau diam bagaimana?

No comments:

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...