
Bismillah.
Kalau boleh dia mahu menangis kuat-kuat.
Luahkan segala yang terbuku dalam hati.
Tukar jadi air mata.
Dan mulakan hidup baru.
Walau tak semudah itu.
Tapi ia tak mahu keluar.
Walau dipaksa-paksa.
Entah di campur apa hatinya keras macam batu.
Tapi mudah pecah macam kaca.
Pelik.
Manusiakah dia?
Bukan dia tak tahu ramainya yang sayangkannya.
Tapi entah kenapa sayang mereka jadi beban dalam jiwa.
Bukan dia tak tahu berapa ramai yang bertanya.
Malah sudah malas mahu dengarkan semua.
Andai di jawab juga tidak akan terjawab.
Untuk apa?
Buat dia makin sakit saja.
Nanti-nantilah.
Hidupnya belum pulih dari pengkhianatan.
Dia cuma mahu lari sebentar.
Entah kenapa dunia seakan tidak membenarkan.
Tolonglah.
Untuk sekali ini.
Jika benar cinta & sayang.
Biarkan dia sendiri...
:: Tapi sampai bila?
Kalau boleh dia mahu menangis kuat-kuat.
Luahkan segala yang terbuku dalam hati.
Tukar jadi air mata.
Dan mulakan hidup baru.
Walau tak semudah itu.
Tapi ia tak mahu keluar.
Walau dipaksa-paksa.
Entah di campur apa hatinya keras macam batu.
Tapi mudah pecah macam kaca.
Pelik.
Manusiakah dia?
Bukan dia tak tahu ramainya yang sayangkannya.
Tapi entah kenapa sayang mereka jadi beban dalam jiwa.
Bukan dia tak tahu berapa ramai yang bertanya.
Malah sudah malas mahu dengarkan semua.
Andai di jawab juga tidak akan terjawab.
Untuk apa?
Buat dia makin sakit saja.
Nanti-nantilah.
Hidupnya belum pulih dari pengkhianatan.
Dia cuma mahu lari sebentar.
Entah kenapa dunia seakan tidak membenarkan.
Tolonglah.
Untuk sekali ini.
Jika benar cinta & sayang.
Biarkan dia sendiri...
Jeruk, dek kerana lamanya ia di dalam cuka.
Sangat sukarlah untuk dibuang rasa masamnya.
Mungkin harus di rendam dalam air gula.
:: Tapi sampai bila?
5 comments:
Bismillah ...
... Cerita Tentang Jasad Minda Hati Jiwa Diri Ini ...
Mungkin cukup sampai di sini membicara tentang cerita p.e.d.i.h dan t.a.n.g.i.s [cukup sampai di sini]kerna dengan membicarakan tentangnya, J.a.s.a.d M.i.n.d.a H.a.t.i J.i.w.a akan terus-terusan dilanda kepedihan dan tangisan.
Untuk apa semua itu ...
Untuk apa mesti hidup sebegitu ...
[ sia-sia ]
Kerna aku dan juga hidup ku juga nyawaku ...
Masih terlalu banyak perkara yang menuntut untuknya [ pencarian diri sebagai hamba Tuhan ]dan aku tidak mahu melepaskan semua itu hanya kerna 'satu cerita' yang pedih dan tangis.
Dan cerita pedih dan tangis itu ... aku tinggalkan bersama sebuah redha agar diri akan mendapat keredhaan Yang Maha Kasih.
[ hidup bukan untuk pedih dan tangis ]
Dan utk kamu [ dyll gadis kuat]...
jangan pedih dan tangis kerna dyll punya ramai teman yang menyayangi dyll [ ramai yang ingin menjadi BINTANG untuk dirimu ]
p/s : tak percaya ? sila pandang depan .. lihat tu ... berderet berbaris untuk mengisi borang sebagai BINTANGMU. Senyumlah.
akak bukan bintang jua bukan bulan tapi akak sudi menjadi AWAN YANG MEMUTIH dan LANGIT YANG MEMBIRU buatmu.
SALAM DAN DOA DARI JAUH
kak ros
12:00pm
260610
Paka Dungun Trg
T_T
Nukilan kamu ini, seolah meluahkan apa yang terbuku dalam hati saya juga..
Kak Ros:
Saya sedang meniti tangga2 redha..mencari diri di sebalik sedih dan pedih jiwa..mencari jawapan disebalik tawa dan air mata.
Ia bukan tentang yang mana benar atau salah.
Ia tentang yang mana terbaik untuk diri saat ini.
Diam dan beralah. Mengurangkan sakit berbanding bercakap dan berpura2 gembira.
Saya tidak perlukan bintang sebenarnya.. saya perlukan diri saya sendiri. Diri yang sedar di mana letak duduknya disisi Tuhannya.
Biar dia dipandang hina di mata manusia, tapi jangan di mata DIA.
Saya baru sahaja perasan awan dan langit sebenarnya sangat cantik. Dan kini saya sedang berteman dengan alam! Fikir & Zikir. InsyaAllah.
Saya menulis ini dikala tenang. Terima kasih atas segala perhatian Kak Ros pada saya.
Saya percaya semuanya HIKMAH dari DIA juga. (n_n)
Rehan:
Berkongsi rasa? :D
ngehehe~ tenkiu!
udah kamu suka sgt entri ni... x jadi nk buang..hua3..
i malu lah dengan ini entry! huhu..
Post a Comment