Saturday, October 8, 2011

Revise~

Bismillahirrahmanirrahim.

Tengok muka Idleen... Ngeh3... :p
Budak degil abad ini.
Rasa nak cubit2 je.........



Revise (1)

Hidup bersama lambakkan dokumen, kerja menyalin dan taip-menaip, kertas keja, surat-menyurat, minit mesyuarat, laporan dan segala macam perkara, kerap kali saya perlukan seseorang untuk menyemak semula [revise] tugasan-tugasan yang saya kira tidak pernah habis. Apatah lagi kalau saya yang lambat menyiapkan. Belum pun habis satu perkara, akan datang yang lain pula.

Saya tidak merungut mahupun menyesal, kerana memang itu sudahnya tugas saya sehari-hari. Alhamdulillah. Dan tukang semak [revise] yang paling setia dan sangat detail dalam soal dokumentasi saat ini adalah tiga orang ketua itu juga. Hehe.

Kesalahan saya dalam menaip kerap kali adalah kesilapan kecil yang sama; kesilapan ejaan. Itu tidak dapat saya nafikan. Semak saja setiap entri saya disini. Pasti akan ada terselit perkataan yang tersilap eja. Entah kenapa itu kelemahan yang paling susah untuk diubah. Bukan tidak disemak berkali-kali sebelum menghantar, tapi ia masih juga berulang-ulang.

Bertugas di pejabat dan soal-soal pengurusan, bukanlah jiwa atau dunia saya yang sebenar. Kadang-kadang, terasa tepu dengan huruf dan nombor membuatkan saya tidak dapat berfikir dengan baik. Bila bercakap dengan orang pun seperti mengarut-ngarut kerana fikiran jauh melayang; menyusun tugasan yang pelbagai. Yang kadang membuatkan saya hampir ‘senget’ dan ‘gila’.

Kadang-kadang juga [sebenarnya selalu], saya harap dalam kepala saya ini ada rak-rak yang boleh diguna pakai untuk menyusun setiap perkara satu-persatu. Kalau boleh siap dengan ‘tagging’ sekali. Haha. Manakan tidak, kalau susunan dalam kepala pun tidak beres, apatah lagi tugasan yang nampak.

Apa pun, menjadi pengurus mengajarkan saya banyak perkara. Terutamanya soal-soal profesionalisme. Menuntun saya menjadi super-perfectionist yang sangat tidak sesuai bagi saya yang memang bukan seorang perfectionist. Namun, apapun cabarannya saat ini, Alhamdulillah, Allah mengurniakan saya sahabat-sahabat yang kerap kali membantu tugasan. Mengajar dan memberi tunjuk supaya masing-masing dapat melaksanakan amanah dengan lebih baik. Insyaallah.

Dan saya kira, berkat kerjasama dan kesabaran itulah yang mendukung kami sekeluarga [usrah] masih kekal setia bersama-sama biarpun masing-masing punya lompong tersendiri.

Memudahkan tugas orang memang tidak mudah. Tetapi itulah cabaran yang manis apabila hasilnya memuaskan. InsyaAllah.

:: Semalam memang saya rasa nak 'lari', tapi hari ini, Alhamdulillah, Allah temukan dengan tenang kembali. Alhamdulillah.

Revise (2)

Alhamdulillah, saya tidak hanyut terlalu lama. Itu sudah cukup membuatkan saya bersyukur dan faham bahawa Allah sentiasa memandang setiap perbuatan, perkataan dan lintasan hati setiap manusia. Kali ini saya benar-benar faham bahawa Dia hanya mahu saya sentiasa bergantung pada Dia sahaja. Harapnya setia saya kekal hingga bertemu-Nya nanti. Allahu. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah..


No comments:

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...