Bismillahirrahmanirrahim.
[Meninggalkan bumi UMS]
20 Januari 2012
Pagi ini subuh seperti biasa pada jam 5.00 pagi. Wahid paling rajin untuk mennganggu tidur semua orang dengan pangilan telefon yang bertalu-talu. Tanda bahawa kami perlu bergegas. Barang-barang perlu di hantar ke depan kolej kediaman untuk dimasukkan ke dalam bas. Dengan pembahagian tugas malam tadi, hanya tiga orang yang akan melakukannya. Saya, Farah dan Amira. Dengan kudrat pagi yang masih awal, dua tiga-kali kami berpatah balik untuk mengngkat barangan yang tidak sedikit. Bas tiba jam 8.00 pagi bersama sukarelawan yang lain. Sepuluh orang semuanya kecuali Wahid yang akan bertolak lewat.
Usai mengangkat barangan, perjalanan dimulakan dengan doa. Masing-masing di ingatkan untuk menjaga niat dan bersedia secara mental dan fizikal. Perlahan-lahan bas bergerak meninggalkan bumi UMS menuju ke Nabawan. Kali ini kami akan dibawa melalui laluan Banjaran Crocker dan Keningau yangakan mengambil masa empat jam untuk sampai ke Nabawan. Itu yang dijanjikan oleh pemandu bas.
[Farah, Myzra, Amira & Azimah]
Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di Crocker Ranger Park Station untuk ke tandas dan mengambil gambar. Perjalanan diteruskan semula ke Keningau. Di Keningau kami mengambil peluang untuk membeli barangan masakan (barangan basah) seperti telur dan sayur-sayuran. Sementara Ramzy dan Yasir bersoalat Jumaat di Masjid Ar-Rahim, Keningau. Perjalanan diteruskan setelah kami makan tengahari.
[Menunggu pemandu bas di Keningau]
Kami tiba di Kampung Pandiwan lebih kurang jam 4.30 petang. Di kampung ini, kami di maklumkan bahawa di sini terdapat lebih kurang 27 keluarga Islam (muallaf) yang rata-rata masih bertatih dalam soal memahami Islam dan dalam ibadah. Sasaran program ini adalah kepada tiga golongan iaitu kanak-kanak, remaja dan belia. Semua sukarelawan dibahagaikan kepada tiga kumpulan tersebut yang dipisahkan antara lelaki dan perempuan. Tiga tumpuan utama pengisian program kali ini berkisar soal ‘aqidah, solat dan bersuci. Manakala pengisian tambahan seperti pengurusan jenazah dan sembelihan diberikan kerana mengambil kira latar masyarakat yang masih mengamalkan adat lama yang tidak berlandas syariat dalam hal pengurusan jenazah dan masih keliru dalam soal penyembelihan binatang secara Islam.
[Taklimat program oleh Ramzy selaku pengarah program]
Selesai mengangkat alatan, kami bersolat Asar di surau bersama orang kampung. Setelah itu, sukarelawan berkenal-kenalan dengan orang-orang kampung. Selepas marghrib, sesi taklimat dan taaruf diadakan di surau. Sebahagian sukarelawan menguruskan makanan dan persediaan makan malam di dapur yang dibina sementara bersebelahan surau. Usai bersolat Isya’, kami makan malam bersama orang-orang kampung dan sesi diteruskan lagi dengan agenda berkumpulan. Setiap sukarelawan yang telah diberikan tugasan bagi setiap peringkat umur berkumpul dalam kumpulan masing-masing bagi membincangkan tentang persoalan aqidah Islam.
[Walaupun ada Makcik-Makcik, tapi ini usrah untuk remaja]
Bersambung....





No comments:
Post a Comment