Bismillahirrahmanirrahim.
Emak Bapak
Khabarnya, orang yang sewaktu Ibu Bapanya masih hidup, dan dia menjagai mereka sebaik-baiknya sampai hujung nyawa; maka dia telah menempah satu syurga untuknya di akhirat nanti.
Allahuakhbar.
Entah dimana kita terbaca hadis ni. Dan kita sedih sekali masih belum mampu menjagai mereka seadanya. Biarpun umur kita sudah menjejak..tettt..mana boleh bagitahu. Malu la kita.
Dan sekarang, setiap hari, kita hanya punya doa sahaja untuk mereka. Doa sejahtera dunia dan akhirat. Moga Allah perkenankan. Ameen.
Jauh vs Sunyi
Dalam banyak-banyak perkara yang berlaku dua minggu ini ; yang tak terluah, baru semalam kita rasa kita benar-benar mampu berhadapan dengan dua perkara ini; rasa jauh dengan orang-orang yang disayang dan sunyi tanpa ketiadaan mereka disisi.
Rutin kita lebih banyak bersendiri. Buat kerja sendiri, makan sendiri, solat sendiri dan tidur di rumah sewa juga sendiri. Ya, kita benar-benar rasa jauh dan sunyi. (sebenarnya kerana sunyi itulah kita mula berfikir yang bukan-bukan...Allah..)
Hujan
Bumi KK kini kerap sekali hujan. Dua tiga kali dalam sehari. Beberapa hari ini juga, setiap malam hujan lebat. Dengan tidur tanpa bantal dan selimut dan terjaga lewat malam kerana kesejukan, kita masih bersyukur. Bersyukur ada tempat berlindung. Bersyukur atas nikmat yang melebih-lebih Allah beri pada kita setiap hari. Alhamdulillah.
Mungkinkah langit sedang mencurahkan apa yang ada didalam hati kita, atau hati mereka? Moga Tuhan iringkan damai.. Ameen..
Menunggu
Menunggu bukanlah di antara hobi-hobi yang kita suka. Tapi beberapa hari ini kita benar-benar penat menunggu. Sedangkan kita tahu tahap kudratnya untuk berada di situ ; tidak selalu. Kita pilih sabar.
Did you fell asleep while waiting in front of the screen, hoping that person might appear before your eyes shut?
Did you fell asleep while missing under the blurry sky, wondering that person might be watching the same shining star?
Did you fell asleep during morning on the couch while others waking, willing to face the cold staring eyes just to hear that person's voice?
Did you?
- Putra @ Cakup Atma
Beza
Tapi semalam berbeza. Seusai esak sendirian beberapa waktu selepas solat marghrib, kita temui tenang. Tenang dalam sendirian. Kita jadi tahu apa yang sebenarnya sedang menemani saat ini.
InsyaAllah, kita sudah benar-benar tahu. InsyaAllah.
Dan kita cuma minta untuk dikarunia dua perkara ; ketabahan dan keberanian berhadapan dengan diri sendiri dan masa hadapan. Ameen.
Wallahu'alam..

No comments:
Post a Comment