Bismillahirrahmanirrahim.
Aku rasa sejak 1 Mei yang lepas, aku jadi paling rajin untuk
semak semula semua entri dan buang entri-entri yang 'kurang' bagus.
Kadang-kadang aku fikir macam hipokrit buat kerja-kerja macamni.
Tapi dalam otak aku ada rasionalnya yang tersendiri.
Hati tu kalau dia kata 'jangan', maka adalah tu perkara yang tidak kena.
Kerana itu kadang aku ikut kata hati.
Walau aku tahu kata hati aku bukan selalunya betul.
Haha.
Dan manusia lain yang rajin menegur,
aku tahu ia sentiasa punya makna.
Cuma kadang aku yang ego tak mahu terima nasihat orang.
Tapi itu tak bermakna aku tak berfikir.
Cuma mengambil masa untuk berfikir.
"Keyakinan adalah kepercayaan dan jihad"
Soal yakin, masih panjang lagi rupanya untuk di hujahkan.
Kalau dah yakin, perlulah di 'jihadkan'.
Di buat dengan bersungguh-sungguh.
Itu bukti yakin ; iaitu usaha.
Mengerti kamu? ;)
Aku tunggu..
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu iman yang mengembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui tidak akan berlaku padaku melainkan apa yang kau tuliskan bagiku. aku reda dengan apa yang Kau berikan kepadaku. Dikaulah pengawalku dunia dan akhirat. Matikan aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang baik."Ameen..
No comments:
Post a Comment