Showing posts with label Monolog. Show all posts
Showing posts with label Monolog. Show all posts

Friday, June 20, 2014

Kalau Aku Kaya

Bismillahirrahmanirrahim..


Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. - (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Benarlah kata orang dulu-dulu.
Cabaran utama selepas kahwin adalah kewangan.
Selain, penyesuaian.

Kalau dulu boleh berjimat ratus-ratus.
Sewa bilik kecik pun cukup.
Makan apa adanya.
Beli barang-barang keperluan cap ayam pun tak apa.
Selagi boleh guna.

Sekarang, kena sewa satu rumah.
Makan kadang-kadang nak juga candle light dinner.
Beli barang kualiti bagus, harga pun bagus.
Yang penting tahan lama.
Tahan lama kira penjimatan la jugak sebab tak perlu beli banyak kali.
Kan~
Belum ditambah keperluan-keperluan lain lagi.

Bila berhenti kerja..
Automatik mind setting kena berubah.
Lagi-lagi bila tekanan semakin bertambah.

Tekanan?
Kesedihan aku bukanlah kerana kekurangan duit.
Aku manusia yang sudah terbiasa hidup tanpa duit.
Hidup cukup dengan apa adanya.
Makan tak perlu yang mahal-mahal tetap sedap.
Tak cukup duit nak beli baju baru bukan masalah.
Tak cukup duit nak melancong pun tak apa.
Hidup gembira selagi ada teman yang terbaik disisi.

Rezeki, bukanlah semata-mata soal duit.
Ilmu itu rezeki.
Keluarga itu rezeki.
Tenang itu rezeki.
Sabar itu rezeki.
Teman yang baik itu rezeki.
Keberkatan itu rezeki.

Tapi aku paling tak boleh,
Suami susah hati.
Itu paling tak boleh dalam hidup aku saat ini.

Dan waktu-waktu begini,
Allah sahaja yang boleh membantu.
Pesan Ibunda-ibunda tercinta,
Doa isteri ada sisi makbulnya.
Maka berdoalah dalam ada dan tiada.
Setia dalam susah dan senang.

Harapnya aku mampu menjadi bahu,
menjadi tulang belakang.
menjadi pendamping,
menjadi penenang,
menjadi asbab gembira.
Dan segalanya yang positif dalam dunia.


Allahu'alam..

Wednesday, May 21, 2014

Putus Asa atau Redha?

Bismillahirrahmanirrahim. 


Aku dah berjanji dengan diri.
Aku takkan biarkan hati aku disakitkan oleh siapa-siapa lagi.

Antara putus asa atau redha.
Ada waktunya aku memilih putus asa.
Ada perkara yang aku pilih redha.

Moga apa pun pilihan yang ada.
Semoga jiwa aku tak penat dan lelah dengan benda yang kurang penting.

Allahu'mustaan!

Monday, April 14, 2014

Impian

Bismillahirrahmanirrahim.


Kadang-kadang, kita ada impian yang kita simpan. 
Yang tak mampu untuk dipertahankan.-- demi perkara lain yang lebih penting. 
Dan akhirnya kita membiarkan impian terbiar menjadi mimpi.-- kerana setiap pilihan memerlukan pengorbanan.  

:: Moga apa yang dipilih, ada keberkatan dan redha Tuhan. 

Be brave! Haip! \(n_n)/

Tuesday, March 4, 2014

Destructive?

Bismillahirrahmanirrahim.


Dalam dunia;
ada perkara yang kita sayang.
ada perkara yang kita benci.

Apa pun ia;
semoga tidak memudaratkan hidup kita disana nanti.

Berpada.


:: Selamat bertaqwa wahai diri!

Thursday, January 9, 2014

Menjelang bukan menjeling.. (Monolog yang dibaca orang)

Bismillahirrahmanirrahim.


Menjelang waktu-waktu berlakunya perubahan terbesar dalam hidup - selain kisah berjaya masuk UIA lapan tahun dahulu - entah apa yang perlu dirasa pun tidak tahu.
Pesan-pesan Kakak Naqibah "Nikah dan dakwah perlu seiring." 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Semoga anak-anak terus bersemangat untuk sekolah. *tiba-tiba*


:: Kunni mutayaqqinan!

Tuesday, December 31, 2013

Monolong hujung tahun

Bismillahhirrahmanirrahim..

Menjelang hujung-hujung waktu menuju tahun dua-kosong-satu-empat, izinkanlah hamba ber'monolog' akan apa adanya kehidupan yang sedang terfikir-fikir dibenak ini.  
Ada pun ini adalah entri kedua untuk hari ini - yang nyata berbeza isinya dari yang pertama. Niatnya cuma satu - monolog dipetang hari menunggu waktu-waktu untuk berjalan kaki pulang dari kerja. 
Ada pun juga blog ini sudah menjejak kedelapan tahun ia beroperasi. Dalam tak percaya, entahkan cuma lima orang sahaja pembaca setia. [konon ada]. Termasuk seorang budak perempuan yang mengaku-ngaku follower tegar tersebut. Ahem~ Syukurlah kalau orang masih menyangka ia ada manfaat untuk mereka. Sepertimana tertulis "Muslim yang baik itu adalah Muslim yang bermanfaat kepada orang lain." [Hadith].


Menariknya menulis adalah, kadang-kadang ia menyampaikan sesuatu yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Walaupun hakikatnya tidak semua orang faham apa yang kita tulis, tapi sekurang-kurangnya ; selain macam 'rajin' je, kita boleh kosongkan apa yang ada di fikiran dan hati supaya boleh disi dengan perkara lain. InsyaAllah.
Kata Ustaz, manusia ini fitrahnya bila dia berada di suatu tempat, dia akan mula merindukan tempat lain. Maksudnya, normal la kalau sekarang kat Bangi, tapi masih rindu suasana di Sabah. Uhuk3~
Ok. Nak balik. Nak ziarah baby Humairah.

Salam'alaik! 

Wednesday, November 27, 2013

Jikalau mahu...

Bismillahirrahmanirrahim.

Jikalau mahu. 
Jika ada usaha; cukup usaha.
InsyaAllah, semua boleh dapat.


 فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ. 



Pesan senior, "Aulakan yang aula."

Biar jauh mana pun jiwa kau tercampak saat ini.
Manisnya pasti ada.

Pasti ada...

Allahumma ameen!

Thursday, November 21, 2013

Menuju tingkat "Your dream is my dream"

Bismillahirrahmanirrahim.

Perjuangan setiap manusia beza-beza.
Walaupun hakikatnya semua mengharapkan Mardhatillah.
Mengharapkan Allah s.w.t menempatkan di syurga.
Walau tahu dan sedar diri tak layak.
Tapi semuanya tetap nak.
Nak yang terbaik untuk akhiratnya.

Mungkin...
Mungkin aku kena berhenti mengejar-ngejar kemahuan.
Mulai fokus pada keperluan.

Hakikatnya.
Allah dah tunjukkan jalan.
Allah dah tunjukkan jalan perjuangan yang lebih baik.
Dah tunjukkan jawapan kepada permintaan.
Dah lorongkan kemudahan demi kemudahan.
Dah diberikan mengikut kemampuan.
Dah susunkan mengikut fitrah kejadian.

Tapi..
Mungkin kerana emosi, terkabur pengelihatan.
Mungkin kurang sabar, tertatih-tatih sakit diperjalanan.
Mungkin kerana ego dan merasa benar, terkontang kanting mencari faham.

Memenuhi keperluan dan mengawal kehendak.
Mujahadahnya sungguh perlu super sabar.

Super sabar untuk faham.
Super sabar untuk ikhlas.
Super sabar untuk berusaha menjalankan.
Super sabar untuk menjadikan 'ia' sebagai perjuangan.
Super sabar dengan diri sendiri.

Walaupun tahu.
Sangat tidak rugi menempuh jalan yang telah Allah pilihkan.

"Ibrah sirah tidak pernah menafi wanita berjuang.
Tapi perjuangan yang macam mana?"
-Teman sejalan.


"You define yourself."

Thursday, November 7, 2013

Things-to-do (TTD)

Bismillahirrahmanirrahim.


"Kamu nak yang macam mana." tanya Emak.
"Er, yang simple-simple je mak." jawap secara tidak yakin.
"Ya lah, simple tu yang macam mana?" tanya Emak lagi. 
Aduh, tak reti pulak nak menjawabnya. Aku yang memang tak faham soalan ke atau aku tak tahu apa yang aku nak? Tu baru satu hal. Belum hal-hal yang lain lagi. Ayok~ 
Apa-apa pun, borang. Borang perlu disetelkan dulu. Baru yakin dan aman selesaikan perkara-perkara lain. Ye tak? 
Tapi disebabkan nak telefon pejabat agama ni pun berhari-hari jugak. Asyik nyonya cina je yang angkat. Dia kerja kat pejabat agama ke hapa? lol 
Esok la kot. (tiap-tiap hari ini je ayatnya..kui3)
Konon dulu macam panjang je listnya. Lama-lama jadi malas pulak. Ekekeke...
Tunggu sahaja natijahnya.
Kak Jah oh Kak Jah~~~
Zassss~

:: Nampaknya kena tambah sorang PA lagi ni. Phew~ 

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...