Wednesday, May 13, 2009

~Ketupat Cinta~

Musim pertama Ketupat Cinta menampilkan ilmu gastronomi Melayu-Islam. Sebuah karya satira mengenai politik dapur, sarat humor, dan kontroversi. (http://tehranifaisal.blogspot.com/)

Ketupat Cinta.. Hadiah dari Cik Hawa sempena hari lahirku ke-23... Terima kasih dik... Secara ringkasnya, Ketupat Cinta- klasik, humor, sedikit keras..namun byk unsur sejarah. Anda yang membacanya pasti akan terkeliru antara fakta & fiksyen. Jika benar mahu mengenali adat budaya bangsa-bacalah buku ini. Peace! (n_n)


~Laskar Pelangi

Sila klik pada gambar untukmendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Tuesday, May 12, 2009

Sketsa Bahasa ~Alahaiii~

“Alahai….”, keluh seorang guru Matematik di sebuah kampung nun di hujung Negeri Sembilan. “Kenapa?” Tanya seorang guru yang lain. “Murid-murid aku ni…susahnya nak mengajar mereka Matematik dalam bahasa Inggeris.” “Mana taknya, zaman kita dulu semua Bahasa Melayu.”



“Alahai…” keluh seorang ibu. “Kenapa ni Bedah?” Tanya jirannya. “Anak aku ni, sejak subjek Matematik dan Sains di tukar dalam Bahasa Inggeris, makin menjadi-jadi malasnya. Susah katanya.” “Em, apa nak buat…sabar je lah cik Bedah oii…kita pun bukanya pandai sangat nak mengajar anak-anak dalam Bahasa Ingeris ni.”



Di suatu tempat yang lain…”Huh! Alahai…” Keluh seorang budak sambil mencampak begnya ke sudut bilik. “Kenapa Mat?” Tanya ibunya. “Susah betul la mak…Mat ni bukanya pandai sangat Bahasa Inggeris. Tiba-tiba kena belajar dalam subjek lain pula.” Rungutnya. “Sabarlah nak…mak mintak maaf, mak nak hantar kau ke tuisyen pun mak tak mampu. Kau belajar dengan kawan-kawan lah ya..” pujuk si ibu.



Seorang kakak membelek-belek beberapa buah buku di sebuah kedai buku di pekan. “Kau cari buku apa ni?” Tanya kawannya. “Buku rujukan untuk adik-adik aku”. “Wah, baiknya kau”. “Mana taknya, buku-buku aku semua dorang tak boleh nak guna. Kan dah ditukar bahasa. Aku nak mengajar dorang pun, aku yang kena belajar balik” “Em, ye tak ye juga…Alahai…”


Situasi a.K.u…~Alahai…susahnya nak buat modul ni… Nak tak nak, kena jugak bukak kamus….”


Jadi, siapa yang sebenarnya benar-benar susah? Semua pun susah. Susah guru bila pelajar tak minat. Susah pelajar bila tak faham. Susah si ibu dan kakak bila nak membantu. Susah a.K.u nak buat modul…huhu….papepun…susahlah negara bila suatu hari nanti rakyatnya belajar kerana peperiksaan. Tetapi peperiksaan yang di nilai, tidaklah mengikut nilaian yang sebenar. Cuma nak cantikkan result je…. Lalu, dimana nilai ilmu???

Monday, May 11, 2009

Kisah Terindah.....

Entri ni tak siap lagi sebenarnya, tapi dah ada org komen lak....Sabo je la....huhu.. Sempena hari Ibu yang da lepas, a.K.u saje nak cerita ttg family a.K.u yang sangat comel ni...tgok la gamba Bapak & Emak a.K.u tu..comel sungguh... Macam a.K.u..haha...Em, tetibe rasa rindu lak...Almaklumlah, cuti 2-3 hari je kat umah... Tapi yang terbaru, Bapak sakit lagi...Em, lom dapat detail..tapi harapnya tak teruk la...

a.K.u x pasti kisah pertemuan Emak & Bapak waktu muda-muda dulu...tapi yang pasti Emak berumur 20-an sewaktu berkahwin dengan Bapak. Manakala Bapak time tu dah 30-an. Dulu hidup susah, tapi bahagia. Emak & Bapak jadi penoreh getah. Tak lama lepas tu Bapak drive taxi pulak...Em, kalau nak cite pasal kerja..macam-macam kot... Berniaga pun pernah, berkebun apatah lagi...Sekarang, Bapak dah tak kerja...Emak pulak buat kuih-muih utk di jual. Alhamdulillah...rezeki... Walaupun anak-anak dah ramai yang kerja, Emak tetap tak nak berhenti...kalau mak berhenti nanti orang merungut...huhu..begitulah jawabnya...

Ini rumah kami sekarang... Dulu kecik je..sekarang bila kami dah besar, rumah pun dibesarkan walaupun kami semua tidaklah berbadan besar2... Daripada 2 bilik...5 bilik...skrg dah 6 bilik... tu pun masih tak cukup...terutamanya bila hari raya atau ada majlis-majlis tertentu...syok gile dok umah... kiri-kanan sume pokok... ada rambutan, manggis, pulasan, mempelam, jambu, belimbing.... InsyaAllah bulan 7 ni meriah lah kami dengan longokkan buah-buahan. Time tu jugak Abg Fat bakal melangsungkan perkahwinan dengan KakTasya... InsyaAllah...

Buah hati Emak... huhu.. Kami berdua je perempuan dalam keluarga. Yang lain semua lelaki. 5 orang. 'sengal2' lak tu. Haha. a.K.u anak ke-4 (5 sebenarnya-kami ada lg sorg kakak, tapi dah meninggal masa kecik). Adik2 a.K.u ada 3 org (lelaki semua). Terjal2 & suke buli org...huh!. Bila balik rumah, sume pakat nak ukur tinggi ngan a.K.u. Mentang-mentang la a.K.u x tinggi2...Huh... Kakak da 3bln pragnent skrg... Hope sumenya selamat setelah apa yang berlaku time cuti haritu...

~Pape pun, a.K.u bersyukur di kurniakan keluarga seperti ini...Walupun kadang-kadang spt kurang perhatian, tapi hidup penuh dengan kasih sayang... Alhamdulillah......Tiada yang dapat menggantikanya...


~Alkisah a.K.u...

Thursday, May 7, 2009

~Alkisah...apa yg penting?

Salam bahagia untuk sahabat-sahabat pembaca blog ini... Rindu sungguh untuk bercerita & berkongsi rasa disini... a.K.u ingin berkongsi beberapa perkara-perkara menarik untuk a.K.u sepanjang 2 minggu bercuti...


Berita penat tapi menarik...

Mengembara seorang diri selepas exam... MySpace Bahaya sungguh... Tapi mmg mujahadah jugak la.. Demi insan-insan tersayang...cewahhh...hehe...

  • KL-Klang (UIA-KL-Klang-Meru-Bandar Puncak Alam
  • Benut - Melaka (Sebenarnya Benut-Batu Pahat - Muar - Melaka)
  • Melaka - KL (bersama kakak & abg ipar)
  • Benut - KL (Da biasa dah...)

~Pengalaman yang sangat mendebarkan...Kadang-kadang terfikir gak...kalau masuk Amazing Race ni musti boleh menang sbb pergi ke tempat-tempat yang mmg tak pernah pergi...naik bus pulak tu...hehe...

Program....MySpace

  • Kem Kepimpinan Pengawas (Seremban)
  • Induksi Pimpinan Nilai (Kolej Darul Hikmah, Kajang)
  • Tamrin Jundy KPIJ (Bagan Darat, Batu Pahat)
  • Majlis doa selamat (Rumah a.K.u)


Berita Gembira: MySpace


  • a.K.u bakal bergelar makcik beberapa bulan dari sekarang...harapnya anak-anak buahku nanti juga comel-comel & sihat sepertiku. hehe.MySpace

  • Bakal menerima kakak ipar baru bulan Jun ini.
  • MySpace Umur sudah 23....Bila lagi? hehe...(Menariknya menjadi insan biasa di rumah...). Thankz a lot utk sahabat2 yang mengingati tarikh lahirku...antaranya...
  1. Hawa (org pertama...seawal 3hb...hehe)
  2. Puya
  3. Syam
  4. Yati
  5. A.Rozan
  6. Adrian
  7. Asyrani
  8. K.Yna
  9. Naheed
  10. Puteri
  11. Sahabat-sahabat Batch...(Maaf, banyak yang call tapi x dapat angkat...)
  12. & adik-adik kesayangan yg lain...
  13. Sahabat-sahabat GPTD yang meraikan hari lahirku....TQ

Jadi, apa yg penting? Kerjasama....? Tak jugak... Tapi rasa tanggungjawab... Tanggungjawab yang semakin banyak untuk digalas... Kepada DIA, beliau, mereka berdua dan yang lainnya... Betapa diri ini semakin tua....semakin berkurang umur....semakin dekat dengan maut...makin sedikit masa yang ada untuk memberi...padahal yang diterima terlalu banyak...melampau-lampau banyaknya...Kasih sayang Dia & mereka.... Subahanallah...

~Kiranya cuti kali ni agak menarik jugak la...he2..

Kisah Penjual Tempe~

Moga menjadi iktibar.
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.... Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu.
Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkaraajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soyaini menjadi tempe . "Amin" Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangatyakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tuaitu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetapkacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin"Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!
Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentupasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walau bagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian kepasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya kepasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.
Di sepanjangperjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe ...
Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudahmula kurang.Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh disudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "YaAllah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika.Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur padaAllah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...
Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa,padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidakpernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan kearah kebaikan...
Wallahu'alam...

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...