Bismillah.

:: Semalam
Semalam saya berbicara [bergurau] dengan seorang sahabat yang bertanya, adakah namanya akan tertulis dalam entri saya seterusnya [entri ini]. Lalu saya jawab, tidak kerana terlalu bahaya, walaupun dia mengaku bahawa dia bukan terrorist. [Eheh.]
Lalu saya jelaskan, yang penting bukan siapa yang berkata-kata, tetapi isi kata-katanya. Apapun, saya masih sanjung sahabat saya yang ini kerana terlalu banyak memberi pencerahan pada aqal dan jiwa saya. Syukran.
Alhamdulillah, Allah menghadiahkan seorang sahabat seperti dia. Saya takkan tukar dengan apa-apa sekalipun. InsyaAllah.
:: Diari Syukur
Entah bila, saya terdengar di radio mengenai 'Diari Syukur'. Kata Ustazah yang berkongi ilmu itu, sepatutnya setiap manusia ada diari syukur kerana rasa syukur akan menerbitkan rasa tenang dalam diri.
Jadi, demi mengamalkan semua yang Ustazah sampaikan, saya mulakan dulu Diari Syukur saya hari ini. Perkara diatas adalah antara perkara-perkara yang paling saya syukurkan pada Allah. Alhamdulillah. Siapa sangka, dia adalah orangnya.. [Hanya Allah yang tahu] :)
:: Pesan K.Syam [ex-IIC]
Bersyukurlah andai terbit rasa ketidakmampuan..itu tandanya hamba sentiasa perlukan tuhan..
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai diri merasa keletihan, itu tandanya hamba sentiasa perlukan tuhan..
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai hatimu diterjah kekecewaan, itu tandanya hamba perlukan tuhan...
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai hatimu diamuk kesepian, itu tandanya hamba perlukan tuhan..
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai dirimu terasa sendirian mengharungi segala tanpa teman, itu tandanya hamba perlukan tuhan..
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai kehilangan sebuah kekuatan, itu tandanya hamba perlukan tuhan..
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai jiwamu merintih untuk sebuah ketabahan, itu tandanya hamba perlukan tuhan..
Bersyukurlah atas segala keperitan dan kepayahan yang disalurkan kerna disitu lahirnya jiwa rasa hidup berTUHAN!
DIA sedang mentarbiyyahmu dengan caranya tersendiri!
Bersyukurlah!
Bersyukurlah!
Bersyukurlah!
Kerna kau menjadi pilihanNya..
"Salam Perjuangan Dyll.."
*Terima kasih kak Syam.. Syukur dikurniakan Kakak sebaik & sehebat Kak Syam.. Alhamdulillah..
:: Untuk saya, awak, dia dan mereka yang masih akan saya sayang sampai bila-bila.. Jom bersyukur! :)