Tuesday, May 12, 2009

Sketsa Bahasa ~Alahaiii~

“Alahai….”, keluh seorang guru Matematik di sebuah kampung nun di hujung Negeri Sembilan. “Kenapa?” Tanya seorang guru yang lain. “Murid-murid aku ni…susahnya nak mengajar mereka Matematik dalam bahasa Inggeris.” “Mana taknya, zaman kita dulu semua Bahasa Melayu.”



“Alahai…” keluh seorang ibu. “Kenapa ni Bedah?” Tanya jirannya. “Anak aku ni, sejak subjek Matematik dan Sains di tukar dalam Bahasa Inggeris, makin menjadi-jadi malasnya. Susah katanya.” “Em, apa nak buat…sabar je lah cik Bedah oii…kita pun bukanya pandai sangat nak mengajar anak-anak dalam Bahasa Ingeris ni.”



Di suatu tempat yang lain…”Huh! Alahai…” Keluh seorang budak sambil mencampak begnya ke sudut bilik. “Kenapa Mat?” Tanya ibunya. “Susah betul la mak…Mat ni bukanya pandai sangat Bahasa Inggeris. Tiba-tiba kena belajar dalam subjek lain pula.” Rungutnya. “Sabarlah nak…mak mintak maaf, mak nak hantar kau ke tuisyen pun mak tak mampu. Kau belajar dengan kawan-kawan lah ya..” pujuk si ibu.



Seorang kakak membelek-belek beberapa buah buku di sebuah kedai buku di pekan. “Kau cari buku apa ni?” Tanya kawannya. “Buku rujukan untuk adik-adik aku”. “Wah, baiknya kau”. “Mana taknya, buku-buku aku semua dorang tak boleh nak guna. Kan dah ditukar bahasa. Aku nak mengajar dorang pun, aku yang kena belajar balik” “Em, ye tak ye juga…Alahai…”


Situasi a.K.u…~Alahai…susahnya nak buat modul ni… Nak tak nak, kena jugak bukak kamus….”


Jadi, siapa yang sebenarnya benar-benar susah? Semua pun susah. Susah guru bila pelajar tak minat. Susah pelajar bila tak faham. Susah si ibu dan kakak bila nak membantu. Susah a.K.u nak buat modul…huhu….papepun…susahlah negara bila suatu hari nanti rakyatnya belajar kerana peperiksaan. Tetapi peperiksaan yang di nilai, tidaklah mengikut nilaian yang sebenar. Cuma nak cantikkan result je…. Lalu, dimana nilai ilmu???

1 comment:

D'Rimba said...

Nilai ilmu juga terletak dalam nilai sesuatu bahasa itu sendiri.....

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...