Bismillahirrahmanirrahim.
Bab nikah kawin selalunya membingungkan kehidupan sesiapa pun; lelaki atau perempuan. Keluh kesah dan persoalan demi persoalan sememangnya sinonim dengan kehidupan wanita yang sedang dalam 'penantian'. Eheh. (sensitip wei topik ni~). Ini satu sisi pandang dari sifat / kehendak makhluk berjantina perempuan yang perlu difahami oleh lelaki.
Emosi perempuan mudah terusik setiap kali perkara begini bermain di fikiran. Jika tidak dikawal, bakal membinasakan diri sendiri dan orang sekeliling. Jika hebat mengawal, Alhamdulillah. Itu suatu tanda aras kematangan dan sifat tawakal yang tinggi pada Tuhan.
"Kalau tak nak..cakap je la terus terang."
Untuk lelaki, kadang-kadang sebenarnya perempuan cuma perlukan satu jawapan sahaja, iaitu 'YA' atau 'TIDAK'. Alasannya mudah, untuk mendapatkan kepastian.
Kesan-kesan kepada kedua-dua jawapan itu, terbukti banyak. Tapi jangan menyesal kerana untuk manusia beriman, semua itu cuma secebis dari lakaran hidup yang dicipta Tuhan.
Dan kepada perempuan, lelaki sentiasa perlukan waktu untuk berfikir dan menilai. Mereka sentiasa merasa 'serba-salah' dan 'tersepit' dalam keadaan yang begini (jika mereka lelaki yang bertanggungjawab). Kenapa mereka merasa begitu? Alasannya banyak. Boleh di'Google'. Uhuk3~
Membuat pilihan dan menyampaikan kebenaran adalah antara perkara yang paling sukar kepada lelaki atau perempuan. Cukup adil. Percayalah. Ambil masa - buat pilihan - sampaikan - bersabar dengan segalanya. Nampak mudah, tapi hakikatnya... Itu pentingnya istiqamah & mujahadah.. (^_^)v
Jadi, lelaki dan perempuan, ukurlah pilihan kehidupan anda dengan keyakinan. Jodoh itu kan rahsia Allah. Allah sahaja yang boleh bagi jawapan. Kalau sekarang Allah masih belum bagi jawapan, satu hari nanti - entah jika tiba-tiba Allah kata ada, maka akan adalah ia. InsyaAllah.
Jodoh bukan semata-mata soal hati dan perasaan. Ia soal iman. Lelaki beriman, dia tahu menghormati wanita dengan tidak menzaliminya dengan cara apa pun; fizikal dan hati. Wanita beriman, dia akan sentiasa berusaha untuk tidak menjadi asbab kehancuran iman lelaki. Wallahualam. :)
:: Selamat Hari Wanita Sedunia. Jom hargai wanita-wanita disekeliling kita.. (n_n)v

No comments:
Post a Comment