Friday, March 1, 2013

Berusaha untuk melihat indah..

Bismillahirrahmanirrahim.

Adakah saya mampu mendidiknya dengan baik?
Malam semalam saya menjaga anak saudara.
Si Kakak dan Ian yang demam.
Usai marghrib, sudah jadi rutin untuk berlama-lama ditikar sajadah.
Mengulang ingat semua aktiviti sehari dan mengenang sifat & sikap beberapa waktu terkebelakang. 
Menilai diri dengan cara melihat diri sendiri sebagai orang 'asing' rupanya berkesan.
"Kalau kau tengok orang lain berperangai macam itu, apa yang kau fikir?"
"Itulah apa yang mereka akan fikir tentang kau, bila kau buat begitu."
Itu baru pandangan manusia.
Pandangan Allah?
Wallahu'alam.
Sampai satu tahap, saya menangis.
Saya tahu silap saya banyak.
Pada manusia yang paling dekat khususnya.
Tapi apa gunanya menangis.
Segala kesalahan lalu takkan dapat diulang untuk dielakkan.
Allah sahaja yang tahu kenapa ditakdirkan begitu.
Juga, Allah sahaja yang Maha Tahu bentuk masadepan nanti.
Doa..doa..doa...tanpa henti..
Puas menangis, saya tersenyum sendiri. Senyum dengan mata merah.
Lucu mengenang diri sendiri. 
Tiba-tiba Si Kakak masuk ke bilik dan menegur.
"Kenapa Cik Lilil suka-suka ni?" dengan muka pelik.
Senyum makin melebar.
"Eiii..apa suka-suka ni?" Si Kakak geram kerana soalan tidak dijawab.
"Tak ada apa-apa la kakak." 
Ketawa saya pecah.
Lucu dengan soalan si Kakak.
Lucu dengan diri sendiri masih belum habis. 
"Apa ni Cik Lilil ketawa-ketawa pulak!" jerit si Kakak tak puas hati.
Tak sedar bila bercakap tu masih pelat. Huh. 
Akhirnya kami ketawa bersama-sama.
Sampai puas. 
Lama baru tersedar.
Allah dah bagi banyak.
Alhamdulillah. 
Apapun.
Saya masih yakin - demi matlamat yang satu.
InsyaAllah.
:)

No comments:

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...